Harapan Israel
Presiden Russell M. Nelson: Tiada perkataan dapat mengungkapkan rasa terima kasih kepada koir seminar. Kamu semua menyanyi dengan baik. Terima kasih. Terima kasih banyak. Apabila saya lihat Pusat Persidangan ini dipenuhi dengan Orang Suci, harapan saya untuk mempunyai keluarga yang besar telah dikabulkan. Ada 22,000 orang di sini dan beribu-ribu lagi bersama kami dalam siaran ini.
Saya dan Sister Nelson sangat gembira dapat bersama anda malam ini. Kami suka bersama anda, para remaja Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir—serta guru dan ibu bapa anda.
Kami berharap dapat mendengar dari setiap anda mengenai pengalaman dalam persediaan pertemuan sedunia ini, apabila anda membaca Kitab Mormon setiap hari dan berdoa untuk mengetahui apa Tuhan mahu mengajar anda.
Sekali lagi, saya mengucap terima kasih kepada koir seminari kerana menyanyikan lagu pembuka dengan bersemangat. Lagu itu—“Kami Bersyukur Bagi Nabi”—kenyataan itu memalingkan hati kita kepada Nabi Joseph Smith. Betapa terhutang budi kita kepada dia! Dialah nabi pada zaman keagamaan akhir ini! Bayangkanlah! Dia diilham oleh kata-kata Rasul Yakobus pada umur seperti anda: “Jika ada sesiapa antara kamu kurang bijaksana, hendaklah dia berdoa kepada Tuhan.”1
Firman itu mendesak pemuda Joseph untuk pergi ke hutan berhampiran di mana dia mencurah hatinya kepada Tuhan.
Syurga terbuka! Joseph nampak Bapa dan Putera dan belajar bagi dirinya ke mana dia boleh dapat jawab untuk pertanyaannya.
Sekarang saya meminta anda semua untuk buat yang sama seperti Joseph. Bawa pertanyaan terus kepada Bapa Syurgawi dalam doa. Minta Dia, dalam nama Yesus Kristus untuk membimbing anda. Anda boleh belajar untuk sendiri—pada umur anda sekarang—cara menerima wahyu peribadi. Tiada apa jua yang akan membawa perubahan besar dalam hidup anda dari itu!
Saya berjanji dengan anda—bukan orang yang duduk sebelah anda, hanya anda—di mana anda berada, di mana anda dalam jalan perjanjian—bahkan pada saat ini anda tidak berfokus pada jalan itu—Saya berjanji jika anda tulus dan konsisten melakukan kerja rohani untuk mengembangkan kemahiran rohani untuk mendengar bisikan Roh Kudus, anda akan mempunyai segala arahan yang diperlukan dalam hidup anda. Anda akan diberi jawapan kepada pertanyaan dengan cara dan masa Tuhan. Jangan lupa nasihat daripada ibu bapa dan pemimpin Gereja anda. Mereka juga menerima wahyu untuk anda.
Apabila anda tahu hidup anda dibimbing oleh Tuhan, tidak mengapa cabaran dan kekecewaan yang akan datang, anda akan merasa kebahagian dan kedamaian.
Kini, kami ingin bercakap bersama anda tentang cabaran terbesar, tujuan terbesar, dan pekerjaan terbesar di bumi. Dan kami menjemput anda menjadi sebahagian dari itu!
Saya telah meminta Sister Wendy Nelson untuk memberi konteks bagi pesanan penting ini. Silakan, Sister Nelson.
Sister Wendy W. Nelson: Saudara dan saudari sekalian yang kami kasihi dan yakin, saya mahu bermula dengan memberitahu apa yang saya dan suami saya nampak pada satu hari ketika menaiki ATV di bukit-bukit Utah
Hari itu musim luruh yang indah. Kami suka di kelilingi pokok-pokok yang berwarna emas, cantik, lurus dan tinggi mencapai ke langit.
Kemudian, kami membelok di selekoh dan nampak satu pokok yang mengingatkan diri saya dan sering rasa dalam banyak situasi.
Tahukah anda perasaan itu? Anda lihat di sekitar dan seandainya semua orang lebih tinggi, lurus dan mencapai ke langit.
Hidup mereka sungguh bagus. Mereka memakai pakaian terbaik, selalu bercakap baik, tiada masalah, sungguh patuh—seperti tidak pernah buat kesalahan dalam hidup mereka.
Kemudian, adanya anda dan saya!
Saudara dan saudari, inilah masa untuk hentikan perbandingan diri kita dengan mereka. Masanya untuk mengetepikan pandangan salah mengenai kita dan mereka. Sebenarnya kita tidak begitu teruk dan mereka tidak begitu sempurna—hanya Juruselamat, Yesus Kristus yang sempurna.
Yang penting ialah anda dan saya berusaha dalam komitmen kita—bahkan dijanjikan—pada masa pra-fana dengan Bapa Syurgawi bahawa kita akan berusaha di bumi ini.
Jadi, saya mahu bertanya: Apakah perkara yang anda dilahir untuk lakukan?
Saya ingin sekali anda boleh menonton video 10 minit tentang kehidupan pra-fana anda di Youtube.
Nabi Joseph Smith berkata jika anda memerhati langit selama lima minit, anda akan lebih tahu akan sesuatu dari segala yang anda belajar sepanjang hidup. 2 Bayangkan, jika anda hanya dapat memerhatikan kehidupan pra-fana anda selama 10 minit!
Kita tahu Tuhan telah menutup dengan tirai rohani ke atas memori itu. Tetapi, bayangkan kesan pada hidup anda sekarang jika dibenarkan melihat 10 minit dari kehidupan pra-fana anda.
Saya percaya jika anda nampak diri anda tinggal bersama Ibu Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus; jika boleh perhatikan perbuatan, komitmen—janjian anda di pra-fana—bersama orang lain, termasuk mentor dan guru anda; jika anda dapat melihat diri membela kebenaran dengan tabah dan berani untuk Yesus Kristus, saya percaya setiap anda akan mendapat kuasa, komitmen dan perspektif abadi yang lebih besar supaya anda menangani segala dan semua kekacauan, keraguan, kesusahan dan masalah anda. Semua itu!
Saya percaya jika anda tahu siapa yang anda akan menolong semasa di bumi atau pengalaman pedih yang anda pilih untuk mengalami, apa jua situasi yang susah anda ada sekarang—atau akan alami—anda berkata, “Oh, saya ingat sekarang. Sekarang saya faham. Saya tahu situasi susah ini sekarang. Dengan bantuan Tuhan, saya boleh mengatasinya!”
Kini, saya mahu meminta anda memikirkan sesuatu. Saya membayangkan kita semua datang ke bumi dengan satu surat bersama roh kita yang tertulis “Hal-hal untuk Melakukan di Bumi.”
Mari kita berbincang tentang hal-hal yang mungkin ada dalam surat itu. Kita akan berbincang lima hal yang pasti tertulis menurut injil Yesus Kristus.
Pertama, anda ke sini untuk menerima tubuh fana. Sekalian, itu sesuatu yang penting.
Kedua, anda datang untuk diuji.
Tahukah ujian ini selalunya berkaitan dengan kawalan nafsu tubuh kita, yang kadang-kadang susah di kawal? Jika anda kini mengalami kesusahan dari kesan-kesan apa jua ketagihan atau dosa besar yang belum ditaubat, saya menasihati anda untuk melepaskan beban itu dengan bercakap dengan uskup—hari ini. Dia memegang kunci imamat untuk bantu anda.
Hal ketiga untuk lakukan di bumi: pilih untuk ikut Yesus Kristus dan membela Dia seperti anda lakukan di pra-fana.
Keempat, pilih untuk bertaubat setiap hari dan ambil sakramen setiap minggu. Bila anda lakukan ini, anda akan dipulih, dikuatkan, bertumbuh, disucikan dan dimuliakan secara rohani melalui Korban Tebusan Yesus Kristus.
Sekarang, inilah hal kelima dalam senarai anda: cari dan memenuhi misi fana anda. Kawan-kawan saya di sini, sejak pra-fana anda diberi misi yang menakjubkan untuk dilakukan di bumi.
Kita berpeluang untuk memenuhi misi fana kita, tapi tidak semestinya. Tiada orang akan memaksa kita. Kita ada hak pilihan untuk gunakan masa dan tenaga, kemahiran dan bakat-bakat. Sebenarnya, apa kita pilih untuk lakukan merupakan sebahagian ujian kita.
Pilihan itu tergantung pada anda dan saya. Adakah kita memilih untuk berusaha memenuhi misi yang ditetapkan setelah kita diutus ke bumi?
Mari kita bercakap tentang kenapa anda di bumi sambil anda memikirkan soalan saya tadi—pada saat ini, yang merupakan masa yang istimewa di sejarah bumi.
Kenapa anda di bumi ini sekarang?
Kenapa tidak dilahir pada tahun 1880? Atau 30 tahun akan datang?
Biarlah saya berikan satu pengalaman yang mengajari saya pada masa istimewa kita berada ini.
Kita sering bercakap tentang hidup pada zaman akhir. Lagipun, kita Orang Suci Zaman Akhir. Namun zaman ini lebih “akhir dari disangkakan.
Kebenaran ini menjadi kenyataan kerana pengalaman saya pada hari 15 Jun 2013 dalam 24 jam. Suami dan saya berada di Moscow, Rusia.
Sambil Presiden Nelson berjumpa dengan pemimpin imamat, saya berpeluang berjumpa hampir 100 saudari. Saya kasihi saudari-saudari Rusia kita. Mereka sangat menakjubkan!
Bila saya berdiri untuk berucap, saya berkata sesuatu tidak dirancang. Saya berkata kepada mereka: Saya ingin mengenal anda melalui keturunan. Sila berdiri menurut suku Israel yang ternyata dalam berkat bapa bangsa anda bila di sebutkan.”
“Benyamin?” Sekumpulan kecil berdiri.
“Dan?” Sekumpulan lebih berdiri
“Ruben?” Lebih lagi berdiri.
“Naftali?” Lebih lagi.
Sambil nama dua belas suku-suku Israel disebutkan—dari Asyer ke Zebulon—dan wanita berdiri, kami kagum dengan apa yang dirasai, belajar dan saksikan.
Berapa banyak suku-suku Israel anda boleh teka dapa diwakili oleh perjumpaan ini sebanyak 100 wanita pada hari Sabtu di Moscow?
Sebelas! Sebelas dari dua belas suku-suku Israel dapat diwakili dalam bilik itu! Suku yang tidak diwakili ialah Lewi. Saya sangat terkagum. Ia adalah saat yang rohani bagi saya.
Setelah pertemuan itu, saya dan suami segera pergi ke Yerevan, Armenia. Orang pertama yang kita berjumpa selepas turun pesawat ialah presiden misi dan isterinya. Isterinya mendapat khabar tentang pengalaman di Moscow dan dengan gembira berkata “Saya ada Lewi!”
Bayangkan kemeriahan kami apabila saya dan suami bertemu para penginjilnya pada hari esok, termasuk seorang elder dari suku Lew dari Gilbert, Arizona.
Pada masa kecil, saya menghadiri Sekolah Primer di Raymond, Alberta, Canada. Saya belajar mengenai pada hari terakhir—sebelum Kedatangan Kedua Juruselamat—dua belas suku Israel akan berkumpul. Kebenaran itu mengghairahkan saya dan pada masa itu sukar untuk membayangkan. Jadi ingatlah perasaan saya semasa saya bersama para saudari dua belas suku Israel dalam 24 jam itu!
Sejak itu, saya sepatutnya tidak meminta mereka untuk berdiri mengikut keturunan ternyata dalam berkat bapa bangsa kerana ia kudus dan sesuatu peribadi. Namun, saya bersyukur dapat melihat hasil pengumpulan Israel sendiri. Kesan pengalaman itu tidak hilang dalam hati dan minda saya.
Saudara dan saudari, inilah zaman akhir! Tiada zaman yang setara dalam sejarah dunia seperti ini. Tidak pernah! Semasa pra-fana, anda dan saya telah buat komitmen untuk melakukan pekerjaan yang hebat di bumi ini. Dengan bantuan Tuhan, kita akan melaksanakannya! Dalam nama Yesus Kristus, amin.
Presiden Nelson: Terima kasih, Wendy. Saya sayang kamu! Dia sangat indah.
Saudara saudari sekalian, inilah zaman akhir dan Tuhan sedang mengumpulkan Israel. Pengumpulan itu adalah yang terpenting pada masa ini di bumi. Tiada yang lain dapat dibandingkan dari segi kebesaran, kepentingan dan keagungan kerja ini. Dan jika mahu, anda boleh menjadi sebahagian besar dalam kerja ini. Anda boleh menjadi sebahagian sesuatu yang besar, hebat dan agung!
Apabila kami bercakap tentang pengumpulan, kami hanya menyatakan kebenaran yang asas iaitu setiap anak Bapa di Syurga patut mendengar injil Yesus Kristus yang dipulihkan di kedua-dua belah tirai kehidupan. Mereka memilih bagi diri mereka jika ingin tahu lebih.
Kebanyakan mereka yang akan memaling hati kepada Tuhan adalah dari suku-suku Israel yang berbeza-beza itu. Dia berkata, “Domba-domba-Ku mendengarkan suara-Ku. Aku mengenal mereka dan mereka mengikut Aku.”3 Mereka dari bani Israel akan mengenali Tuhan Yesus Kristus sebagai Juruselamat dengan mudah dan ingin dikumpulkan oleh-Nya. Mereka akan menjadi ahli Gereja-Nya, membuat perjanjian dengan Dia dan Bapa Syurgawi dan menerima tatacara mereka yang penting.
Tuhan beritahu Nabi Joseph Smith bahawa kini, masa kini adalah pukul lima petang dan panggilan terakhir pekerja-pekerja ke dalam ladang anggur untuk mengumpul yang terpilih dari empat penjuru bumi.4
Soalan hari ini kepada semua berumur 12 hingga 18 tahun ialah: Mahukah anda melibatkan diri dalam sebahagian besar dari cabaran terbesar, tujuan terbesar, dan pekerjaan terbesar di bumi hari ini?
Mahukah anda mengumpulkan Israel pada zaman akhir yang penting ini? Mahukah anda, yang terpilih, rela mencari orang terpilih yang belum mendengar injil yang dipulihkan? Mahukah anda menjadi “utusan-utusan yang tangkas” dikata oleh nabi Yesaya?5
Penglibatan dalam mengumpul Israel perlukan sedikit pengorbanan daripada anda. Mungkin sedikit perubahan dalam hidup anda. Ia pasti akan mengambil masa, tenaga, dan bakat yang diberi oleh Tuhan kepada anda. Anda masih berminat?
Fikirkan pengumpulan yang teruja ini: setiap nabi bermula dari Adam telah melihat zaman kita. Dan setiap nabi telah berkata tentang zaman kita, Israel akan dikumpul dan dunia akan bersedia untuk Kedatangan Kedua Juruselamat. Fikirkanlah! Dari semua orang yang hidup di dunia, kitalah yang dapat menyertai peristiwa pengumpulan yang besar ini. Betapa bagus sekali!
Bapa Syurgawi telah menyediakan banyak roh-roh yang mulia—menurut saya, pasukan terbesar-Nya—pada fasa terakhir ini. Roh-roh mulia itu—wira-wira itu—ialah anda!
Saya bersaksi masa pengumpulan adalah sekarang, dan benar. Pada tahun saya dilahir, jumlah keahlian Gereja kira-kira 600,000 orang, tiada ahli di Amerika Selatan. Kini lebih 16 juta ahli seluruh dunia termasuk hampir 3 juta ahli di Amerika Selatan.
Saya akan beritahu pengalaman saya pada tahun 1979. Waktu itu, saya melayani sebagai Presiden Umum Sekolah Minggu. Saya dijemput ke pertemuan pemimpin Gereja di mana Presiden Gereja, Presiden Spencer W. Kimball, berbicara. Dia menggalakkan kami berdoa agar berpeluang untuk berkhutbah injil Yesus Kristus ke semua orang di dunia. Dia berkata khas untuk negara China dan minta kami berdoa kepada rakyat di China. Dia berkata, “Kita harus memberi layanan kepada orang Cina. Kita harus belajar bahasa mereka. Kita harus berdoa untuk mereka dan membantu mereka.”
Saya pulang ke rumah kepada isteri saya Dantzel (telah meninggal dunia kira-kira 13 tahun lalu) dan berkata, “Presiden Kimball minta kami belajar bahasa Cina! Dan saya tidak mendengar dia berkata, ‘Semua kecuali Brother Nelson!’ Jadi, mahukah kamu belajar bahasa Cina Mandarin dengan saya?” Pasti, dia setuju dan kami diajari bahasa Mandarin.
Enam minggu selepas galakan Presiden Kimball, saya pergi ke mesyuarat tahunan Persatuan Pembedahan Torasik Amerika. Ia diadakan di Boston, Massachusetts. Pagi itu, saya berdoa dalam bilik hotel untuk rakyat China, seperti digalakkan oleh Presiden Kimball. Saya pergi ke mesyuarat hari pertama dan duduk di mana saya selalu duduk—di depan sekali. Sejak mesyuarat itu bermula, saya berasa tidak senang berduduk di kerusi saya. Semasa lampu dimalapkan untuk sebuah persembahan slaid, saya bangun dan jalan ke belakang sekali—tempat yang saya biasa tidak pernah duduk. Bila lampu buka kembali, saya telah duduk sebelah seorang doktor cina. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Profesor Wu Ying Kai dari Beijing, China!
Selepas bercakap dengan dia, saya menjemput dia untuk melawati Salt Lake City dan memberi ceramah di Universiti Pengajian Perubatan Utah. Dengan gembira, dia menerima dan berceramah dengan baik. Kemudian dia pulang ke China.
Tidak lama nanti, dia menjemput saya ke Universiti Pengajian Perubatan Shandong di Jinan, China sebagai seorang profesor pelawat. Dari itu, datanglah jemputan selanjutnya ke dua universiti di China sebagai seorang profesor pelawat.
Pengalaman indah ini—sebelum dipanggil ke Dua Belas—mencapai puncak apabila dipanggil oleh pakar-pakar bedah cina untuk menjalankan pembedahan jantung terbuka supaya menyelamatkan bintang opera mereka yang terkenal. Saya menerima dan bersyukur atas pembedahan yang berjaya. Ia merupakan pembedahan terahkir dalam kerjaya saya.
Sejak itu, saya berdoa bagi rakyat di China selama 40 tahun sekarang. Saya bersukacita dengan persahabatan rakan perubatan dan kawan-kawan lain di China. Saya amat gembira di kenali secara rasmi sebagai “kawan lama China.”
Adalah kesaksian saya apabila kita ingat dan terus lakukan apa saja yang diminta oleh nabi Tuhan, jalan akan dibuka dan hidup akan berubah.
Kini, saya harap anda sedang bertanya, “Bagaimana saya, seorang remaja, boleh bantu mengumpul Israel?” Sister Nelson dan saya tanya soalan itu dan yang lain kepada sekumpulan remaja berumur 12 hingga 18 pada malam ini.
Pertama, kami bertanya, “Apa itu pengumpulan Israel? Dan apa maksudnya bagi anda?” Jawapan mereka berbeza-beza, tapi kebanyakan mereka tidak begitu pasti. Malam ini, kami mahu anda tahu ertinya adalah memberi injil Yesus Kristus kepada anak-anak Tuhan di dua belah tirai yang belum buat perjanjian penting dengan Tuhan atau menerima tatacara penting.
Setiap anak Bapa di Syurga harus berpeluang membuat pilihan untuk mengikut Yesus Kristus, mengenal dan menerima injil-Nya serta berkat-berkatnya—ya, semua berkat Tuhan telah dijanji kepada keturunan Abraham, Ishak, dan Yakub, iaitu Israel.
Kepada remaja yang hebat ini, anda di utus ke bumi pada masa khas ini, masa penting di sejarah dunia untuk bantu mengumpul Israel. Tiada apa pun berlaku di bumi sekarang yang lebih penting dari itu. Tiada apa pun lebih penting. Tiada apa pun.
Pengumpulan ini sepatutnya sungguh penting bagi anda. Inilah misi yang anda telah diutus ke bumi.
Jadi soalan saya kepada anda “Mahukah anda menyertai batalion remaja Tuhan untuk bantu mengumpul Israel?” Sila fikiran hal ini. Jangan jawab dahulu.
Kembali ke soalan lain Sister Nelson dan saya bertanya kepada kawan-kawan muda kami. Kami bertanya, “Jika nabi menjemput setiap orang berumur 12 hingga 18 tahun untuk menyertai dalam bantuan mengumpul Israel, apa yang anda sanggup lakukan?”
Mereka jawab dengan komen seperti “Jika nabi menjemput kami menyertai pengumpulan Israel, saya pasti akan menyertai.” Seorang berkata, “Saya pasti akan henti segala dan menyertai!” Yang lain: “Saya akan pergi dan buat apa yang dia hendaki, kerana nabi ialah pengkhutbah Tuhan.”
Jawapan lain termasuk: “Saya rela buat lebih banyak kerja sejarah keluarga. Saya akan lebih terbuka dan lebih berusaha berkongsi injil dengan lain. Saya akan menjadi contoh baik dengan menunjuk ciri-ciri seperti Kristus. Saya akan buat pembaptisan untuk yang mati dengan banyak, ubah cara hidup dan pilihan saya, pergi ke mana dia ingin saya pergi, belajar bahasa, jumpa orang baru, pinjamkan Kitab Mormon saya kepada mereka yang belum bacanya. Dan saya akan menjadi orang paling baik hati sekali.”
Kami juga tanya remaja-remaja ini apa yang mereka rela mengorbankan untuk bantu mengumpul Israel. Mereka menggembirakan kami lagi, Mereka membalas dengan: “Saya akan kurangkan masa bermain sukan supaya boleh membantu seorang yang mencari kebenaran. Saya akan mengabaikan berjalan-jalan dengan kawan dan menjemput mereka ke bait suci. Saya pasti akan kurangkan penggunaan telefon saya. Saya akan kurangkan melihat skrin telefon. Saya juga akan rela mengabaikan tidur siang hari Ahad!”
Kami tanya, “Jika anda mahu menyertai dalam bantuan pengumpulan Israel, apa yang anda mula buat dan henti buat?” Mereka balas dengan ini “Saya akan lebih teliti membaca kitab suci, supaya boleh menjawab soalan yang mereka akan tanya. Saya akan kurangkan penggunaan media sosial, melibatkan diri dalam kerja penginjil yang mudah, dan kerja melayan harian. Saya akan kurangkan penggunaan telefon, dan bila saya menggunanya, saya akan mengirim ayat suci atau mesej rohani di media sosial. Saya akan membaca ucapan persidangan umum kerana mereka amat penting. Saya akan makan makanan sihat untuk kesihatan. Saya akan henti memikirkan semuanya tentang diri saya.” Terima kasih, saudara dan saudari untuk balasan kepada soalan kami.
Begini, saudara dan saudari, kini saya bersedia menantikan hari di mana saya akan memberi laporan kepada Nabi Joseph Smith, Nabi Brigham Young dan lain-lain terutamanya kepada Tuhan—mengenai pengawasan saya sebagai nabi Tuhan di bumi hari ini. Saya tidak mahu ditanya, “Brother Nelson, kenapa kamu tidak memberi penerangan yang lebih jelas tentang peranan remaja dalam pengumpulan Israel? Kenapa kamu tidak lebih berani menjemput mereka untuk menyertai?”
Jadi, saya sedang menjemput setiap remaja puteri dan setiap remaja putera berumur 12 hingga 18 di Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir menyertai batalion remaja Tuhan untuk bantu mengumpul Israel.
Apakah akan membantu anda? Bila anda terus membaca Kitab Mormon harian, anda akan belajar ajaran pengumpulan ini,6 kebenaran tentang Yesus Kristus, Korban tebusan dan kegenapan injil-Nya yang tidak terdapat dalam Alkitab. Kitab Mormon adalah penting dalam pengumpulan Israel.7 Kalau tiada Kitab Mormon, pengumpulan Israel yang dijanjikan tidak akan berlaku.
Saya menjemput anda untuk mempersiapkan diri dengan melakukan lima perkara—yang akan mengubah anda dan dunia ini.
Pertama, lepaskan diri dari media sosial supaya pengaruh duniawi berkurangan dalam hidup anda.
Saya akan memberitahu anda tentang seorang pemuda seumur anda. Dia cucu lelaki kawan saya. Dia terkenal di kalangan kawannya dan ketua di sekolah. Baru-baru ini, ibu bapa menemui hal-hal dalam telefonnya yang tidak sesuai sebagai pengikut Yesus Kristus. Mereka mendesak dia untuk henti media sosial untuk seketika. Mereka gantikan telefon mudah alih ke telefon biasa, dan dia berasa amat cemas. Bagaimana dia berkomunikasi dengan kawannya?
Pada mulanya, dia marah terhadap ibu bapanya, tetapi hari-hari kemudian, dia bersyukur kerana mereka menggantikan telefon kesukaannya. Dia berkata, “Saya merasa bebas buat kali pertama.” Sekarang dia menelefon dengan telefon biasanya untuk berkomunikasi. Dia bercakap dengan mereka berbanding dengan hanya sms!
Apakah perubahan lain yang berlaku dalam hidup pemuda ini? Dia berkata dia lebih suka bebas dari kehidupan tipu daya yang diciptakan oleh media sosial. Dia aktif dalam hidup berbanding dengan selalu melihat telefonnya. Dia menyertai aktiviti di luar berbanding dengan permainan video. Dia lebih positif dan menolong dalam hal-hal di rumah. Dia mencari peluang untuk melayan. Di gereja, dia mendengar lebih baik, wajahnya lebih terang, lebih gembira dan bersedia untuk melayani misinya dengan aktif! Semua ini kerana dia beristirahat dari pengaruh negatif media sosial.
Jadi, jemputan pertama saya ialah melepaskan diri dari media sosial dengan berpuasa selama tujuh hari dari media sosial. Saya mengakui adanya hal-hal positif tentang media sosial. Namun, jika anda lebih fokus pada hal-hal media sosial berbanding kepada bimbingan Roh, anda berada dalam risiko rohani—juga dalam risiko mengalami pengaruh keseorangan dan kemurungan. Saya dan anda tahu remaja dipengaruhi oleh media sosial dalam perbuatan dan percakapan yang sepatutnya dilakukan atau disebut. Contohnya membuli.
Salah satu keburukan media sosial adalah ciptaan realiti yang palsu. Semua orang memuat naik gambar seronok, hangat, dan menarik yang menciptakan pendapat salah bahawa hanya anda tidak mempunyai hidup yang seronok, hangat dan menarik. Kebanyakan yang dapat dilihat dalam media sosial sering diputarbelitkan atau pun palsu. Jadi, beristirahat selama tujuh hari dari kepalsuan itu!
Pilih tujuh hari berterusan dan lakukannya! Perhatikan perbezaan dalam perasaan, pemikiran dan cara anda berfikir, dalam tujuh hari itu. Selepas tujuh hari, perhatikan hal-hal anda mahu henti buat dan hal-hal anda mahu mula buat.
Puasa media sosial ini hanya di antara anda dan Tuhan. Ia merupakan tanda kepada Dia bahawa anda rela mengabaikan dunia untuk menyertai batalion remaja-Nya.
Jemputan kedua saya adalah membuat pengorbanan masa mingguan kepada Tuhan, sepanjang tiga minggu berturut-turut, supaya Dia tahu anda mahu menjadi sebahagian batalion remaja-Nya—lebih dari kemahuan lain yang anda ada. Selama tiga minggu anda mengorbankan suatu kesukaan anda dan menggunakan masa untuk bantu mengumpul Israel.
Bilamasa anda lakukan segala untuk membantu seseorang membuat perjanjian dengan Tuhan dan menerima pembaptisan dan tatacara bait suci penting bagi mereka di kedua-dua belah tirai, anda membantu mengumpulkan Israel. Ia mudah seperti itu.
Apabila anda berdoa tentang pengorbanan masa ini, anda akan tahu apa yang perlu diabaikan minggu itu dan boleh anda buat untuk bantu mengumpulkan Israel. Contohnya, seorang pemain golf muda akan mengorbankan satu sesi permainan untuk pergi melakukan pembaptisan di bait suci.
Jemputan ketiga adalah untuk anda membuat penilaian hidup dengan Tuhan, dan mungkin dengan ibu bapa dan uskup anda, memastikan anda berada dan dikukuhkan dalam jalan perjanjian. Jika anda merayau dari jalan atau ada hal-hal dan perlu diabaikan supaya minda dan hati anda boleh menjadi lebih suci, masa sesuai untuk berubah ialah hari ini.
Jika anda tidak pasti macam mana bertaubat, bercakap dengan uskup atau ibu bapa, kedua-dua pun boleh. Mereka akan membantu anda memahami Korban Tebusan Yesus Kristus. Mereka akan membantu anda alami kebahagiaan yang selalu datang dari pertaubatan sejati.
Mohon jangan menyimpang dari jalan perjanjian walaupun satu minit. Mohon, kembali melalui pertaubatan sejati, sekarang. Kami perlu anda dalam batalion remaja Tuhan. Ia tidak akan sama tanpa anda!
Jemputan keempat saya adalah berdoa setiap hari supaya semua anak Tuhan dapat menerima berkat injil Yesus Kristus. Anda dan saya kini hidup untuk lihat dan akan terus lihat Israel dikumpulkan dengan kuasa besar. Dan anda boleh menjadi sebahagian kuasa itu.
Jemputan kelima saya ialah untuk menonjolkan diri anda; jadilah luar biasa dari dunia. Anda dan saya tahu bahawa anda perlu menjadi cahaya kepada dunia. Oleh itu, Tuhan perlukan anda kelihatan, bercakap, bertindak, dan berpakaian seperti pengikut sejati Yesus Kristus. Ya, anda sedang hidup di dunia, tapi anda hidup standard berbeza dari dunia untuk bantu mengelakkan kekotoran dunia.
Dengan penemanan Roh Kudus, anda boleh lihat dan sedar akan budaya orang-orang terkenal yang semakin popular dalam masyarakat kita. Anda boleh lebih bijak dari generasi terdahulu. Dan jika anda dipanggil “pelik,” anggaplah panggilan itu seperti satu lencana hormat dan bergembira bahawa cahaya anda bersinar terang dalam dunia yang semakin gelap ini!
Jadilah contoh kepada seluruh dunia! Terimalah perbezaan itu! Buku kecil berjudul Untuk Kekuatan Remaja seharusnya menjadi standard anda. Itulah standard yang Tuhan mengharap semua remaja-Nya membela. Sebagai hamba-Nya, saya merayu kepada anda untuk belajar dari buku kecil ini semula. Baca dengan penuh doa seperti anda tidak pernah baca sebelum ini. Tandailah. Bercakap mengenainya. Bincangkan standard dengan kawan-kawan anda. Pilihlah cara anda menjalankan standard ini, standard anda, dengan lebih terperinci.
Anda mempunyai salinan sendiri. Pada akhir pertemuan ini, jika anda memilih untuk menyertai, sila ambil satu salinan Untuk Kekuatan Remaja dan berikan kepada seorang kawan yang belum tahu atau menjalankan standard ini.
Berdoa kepada sesiapa yang perlukan buku kecil ini. Anda akan dibimbing. Dan ia akan menjadi menarik.
Sekarang, saya akan meringkas dengan mengulang semula lima jemputan bagi anda untuk menyertai batalion remaja Tuhan dalam membantu mengumpul Israel:
-
Berpuasa tujuh hari dari media sosial.
-
Lakukan pengorbanan masa mingguan kepada Tuhan selama tiga minggu.
-
Setia kepada jalan perjanjian. Jika anda keluar, bertaubat dan kembali pada jalan itu.
-
Doa setiap hari supaya semua anak Tuhan akan menerima berkat-berkat injil Yesus Kristus.
-
Tonjolkan diri. Jadilah luar biasa. Jadilah cahaya. Bagi satu salinan buku kecil Untuk Kekuatan Remaja kepada seorang kawan.
Saudara dan saudari muda yang dikasihi, anda berada di kalangan orang terbaik yang Tuhan mengutus ke dunia ini. Anda memiliki keupayaan untuk menjadi lebih cerdas, bijak dan berpengaruh di dunia berbanding dengan generasi lain!
Sebelum mengakhiri ini, saya menjemput anda berdiri bersama dengan para remaja di seluruh dunia dan mengalami semangat menjadi ahli batalion remaja Tuhan di “tentera Sion” dengan menyanyikan lagu penutup , “Yang Jadi Harapan Israel,” kerana lagu rohani ini mengenai anda!
Dari jiwa saya, saya bersaksi inilah pekerjaan Tuhan Yang Maha Kuasa. Dia hidup. Yesus ialah Kristus. Inilah Gereja-Nya yang dipulihkan untuk melaksanakan takdir ilahinya termasuk pengumpulan Israel yang dijanjikan.
Anda ialah harapan Israel, “umat hari perjanjian”!8 saya bersaksi dalam nama Yesus Kristus, amin.