Friend
Harun Mengajar Raja
Julai 2024


“Harun Mengajar Raja,” Friend, Julai 2024, 26–27.

Pesanan Bulanan Friend, Julai 2024

Harun Mengajar Raja

Imej
Harun mengajar orang ramai; Harun berdiri di hadapan raja

Ilustrasi oleh Andrew Bosley

Harun adalah salah seorang anak lelaki Mosia. Dia seorang misionari. Dia mengajar raja bangsa Laman seluruh negeri itu.

Imej
Harun bercakap kepada raja

Harun bertanya kepada raja adakah dia percaya kepada Tuhan. Raja berkata dia akan percaya jika Harun memberitahunya bahawa Tuhan adalah benar. Dia meminta Harun untuk memberitahunya lebih lanjut tentang Tuhan.

Imej
Harun mengajar dengan latar belakang syurga

Harun membaca tulisan suci kepada raja. Dia mengajar tentang penciptaan bumi. Dia mengajar tentang rancangan Tuhan. Dia memberitahu raja tentang Yesus Kristus.

Imej
Raja bangsa Laman berlutut; Harun membaptiskan orang ramai

Selepas itu, raja berdoa. Dia bertanya kepada Tuhan jika apa yang Harun katakan adalah benar. Raja menerima jawapan bahawa ia adalah benar!

Raja mempercayai apa yang Harun ajarkan. Semua isi rumahnya juga percaya. Mereka dibaptiskan dan memilih untuk mengikuti Yesus Kristus.

Halaman Mewarna

Saya Boleh Ikut Yesus dengan Menunjukkan Kasih

Imej
Halaman mewarna kanak-kanak dan hati yang besar

Ilustrasi oleh Adam Koford

Bagaimanakah anda tunjukkan kasih kepada orang lain?

Cetak