Friend
Pahlawan Teruna
Ogos 2024


“Pahlawan Teruna,” Friend, Ogos 2024, 26–27.

Pesanan Bulanan Friend, Ogos 2024

Pahlawan Teruna

Orang menguburkan senjata mereka di dalam lubang

Ilustrasi oleh Andrew Bosley

Orang-orang yang Ammon dan saudara-saudaranya ajar mahu mengikuti Yesus Kristus. Mereka menguburkan senjata mereka dan berjanji kepada Tuhan bahawa mereka tidak akan berperang lagi.

Sekumpulan lelaki muda mendekati sebuah rumah di mana orang dewasa yang lebih tua bercakap

Tetapi tidak lama kemudian mereka perlu melindungi keluarga mereka. Para bapa yang menguburkan senjata mereka tidak mahu memungkiri janji mereka dengan Tuhan. Jadi anak lelaki mereka bersedia untuk bertarung bagi pihak mereka. Mereka dipanggil dua ribu pahlawan teruna. Teruna bermaksud “muda.”

Lelaki muda berdoa dengan ibunya sementara lelaki muda lain berkumpul dengan senjata

Pahlawan teruna tidak pernah bertempur dalam peperangan sebelum ini. Tetapi ibu mereka membantu mempersiapkan mereka dan mengajar mereka untuk mempercayai Tuhan.

Helaman mengetuai pahlawan teruna dalam perarakan; seorang lelaki muda membantu seorang lagi lelaki muda yang cedera berjalan

Mereka meminta Helaman untuk menjadi pemimpin mereka. Mereka berani, dan Tuhan membantu mereka. Mereka semua tercedera, tetapi mereka membantu satu sama lain. Tuhan menghormati iman mereka, dan mereka semua hidup!

Halaman Mewarna

Tulisan Suci Boleh Membantu Saya Setiap Hari

Halaman mewarna watak Kitab Mormon melangkah keluar dari halaman buku yang terbuka

Ilustrasi oleh Adam Koford

Apakah cerita tulisan suci yang anda paling suka?