“Bapa Bangsa: Siapa Mereka Dan Mengapa Ia Penting,” Untuk Kekuatan Remaja, Feb. 2022.
Pesanan Untuk Kekuatan Remaja Bulanan, Februari 2022
Bapa bangsa
Siapa Mereka dan Mengapa Ia Penting
Mungkin anda pernah dengar tentang Abraham, Ishak dan Yakub. Kita selalu membaca tentang mereka dalam Kitab Mormon dan anda pasti akan mendengar lebih banyak tentang mereka semasa anda mengkaji Perjanjian Lama tahun ini. Dengan banyak perhatian yang diberikan kepada mereka, sudah tentunya mereka sangat penting, betul? Tetapi anda mungkin menanya diri anda, “Mengapakah tiga orang yang hidup beribu-ribu tahun yang lalu adalah penting hari ini?” Kunci kepada jawapan itu berada dalam perjanjian abadi dan berkat-berkat yang dijanjikan yang Tuhan telah berikan kepada mereka.
Abraham
Abraham adalah nabi yang hebat. Dia soleh dan patuh kepada perintah-perintah Tuhan.
Dia dibaptiskan, menerima imamat, dan dimeteraikan kepada isterinya Sara untuk keabadian.
Tuhan membuat perjanjian dengan Abraham bahawa keturunannya akan menjadi hebat dan akan memperoleh berkat-berkat yang sama yang dia telah terima.
Mereka akan mengambil kegenapan injil Yesus Kristus kepada bangsa-bangsa di bumi.
Ishak
Dia adalah anak lelaki Abraham dan Sara.
Tuhan memfirmankan Abraham untuk mengorbankan Ishak. Abraham mengasihi Ishak tetapi memilih untuk mematuhi Tuhan. Sebelum Abraham mengorbankan Ishak, seorang malaikat memberitahu Abraham untuk berhenti. Kerelaan Abraham dan Ishak untuk mematuhi Tuhan adalah simbol Korban Tebusan Putera Tunggal Tuhan.
Ishak dijanjikan berkat-berkat yang sama seperti Abraham.
Yakub
Sama seperti ayah dan datuknya, Yakub setia kepada Tuhan.
Kerana kesolehannya, Tuhan mengubah nama Yakub kepada Israel, yang bermaksud “orang yang menang dengan Tuhan” atau “biarlah Tuhan menang” (lihat Bible Dictionary, “Israel”).
Yakub mempunyai 12 orang anak lelaki. Anak-anak lelaki dan keluarga mereka dikenali sebagai suku-suku Israel.
Perjanjian yang Tuhan buat dengan Abraham diperbaharui dengan Yakub dan anak-anaknya.
Bapa Bangsa dan Anda
Sebagai seorang ahli Gereja, anda adalah sebahagian daripada keturunan Abraham, Ishak, dan Yakub. Perjanjian yang mereka buat dengan Tuhan berkaitan dengan anda!
Anda mempunyai berkat dan tanggungjawab untuk memberi kesaksian anda tentang Juruselamat dan berkongsi injil.
Anda juga dipanggil untuk menjemput semua orang untuk membuat dan mentaati perjanjian serta menerima tatacara imamat. Presiden Russell M. Nelson berkata bahawa ini semua sebahagian daripada pengumpulan Israel, yang “adalah hal yang paling penting yang berlaku di bumi hari ini” (“Harapan Israel,” [pertemuan rohani remaja sedunia, 3 Jun 2018], 8, ChurchofJesusChrist.org).
© 2022 by Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved. Dicetak di Amerika Syarikat. Kelulusan Bahasa Inggeris: 6/19. Kelulusan terjemahan: 6/19. Terjemahan Monthly For the Strength of Youth Message, February 2022. Malay. 18344 348