“Bagaimanakah Anda Mendengar Dia?,” Untuk Kekuatan Remaja, Mac 2022.
Pesanan Untuk Kekuatan Remaja Bulanan, Mac 2022
Bagaimanakah Anda Mendengar Dia?
Daripada ucapan persidangan umum April 2020.
Berserta arahan damai yang kita terima daripada Roh Kudus, kadangkala, Tuhan secara berkuasa dan peribadi menjaminkan setiap kita bahawa Dia kenal dan kasihi kita. Kemudian, pada masa kesukaran kita, Juruselamat mengingatkan kita tentang pengalaman tersebut.
Fikirkan tentang kehidupan anda sendiri. Pengalaman-pengalaman ini mungkin datang pada masa yang penting dalam hidup kita atau dalam apa yang mungkin kelihatan seperti kejadian biasa pada mulanya. Masa-masa rohani datang pada masa yang berlainan dan cara yang berbeza, disampaikan secara individu untuk setiap kita.
Joseph Smith menjelaskan bahawa kadangkala kita menerima “idea secara tiba-tiba” dan kadangkala aliran kecerdasan yang lancar.1
Presiden Dallin H. Oaks, menjawab seorang lelaki ikhlas yang mendakwa tidak pernah alami pengalaman sedemikian, berkata, “Mungkin doa-doa anda telah dijawab beberapa kali, tetapi anda telah mencari satu tanda yang sangat besar atau suara sangat kuat sehingga anda fikir anda tiada jawapan.”2
Baru-baru ini kita mendengar Presiden Russell M. Nelson berkata: “Saya menjemput anda untuk berfikir secara mendalam dan kerap mengenai soalan utama ini: Bagaimana anda mendengar Dia? Saya juga menjemput anda untuk mengambil langkah-langkah untuk mendengar Dia dengan lebih baik dan lebih kerap.”3
© 2022 by Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved. Dicetak di Amerika Syarikat. Kelulusan Bahasa Inggeris: 6/19. Kelulusan terjemahan: 6/19. Terjemahan Monthly For the Strength of Youth Message, March 2022. Malay. 18296 348