“Perlukah Kita Menjadi Sempurna Sekarang?” Untuk Kekuatan Remaja, Feb. 2023.
Pesanan Bulanan Untuk Kekuatan Remaja, Februari 2023
Perlukah Kita Menjadi Sempurna Sekarang?
Daripada ucapan persidangan umum Oktober 2017.
Tulisan suci telah ditulis untuk memberkati serta menggalakkan kita, dan sudah tentu fungsinya sedemikian. Tetapi tahukah anda, dari semasa ke semasa ayat suci akan muncul dan mengingatkan kita bahawa kita tidak sebaik yang kita harapkan? Contohnya di Matius 5:48, ia tertulis bahawa kita haruslah menjadi sempurna seperti Bapa di syurga yang sempurna. Dengan perintah itu, kita mahu mengaku kalah sahaja dan tidak mencuba untuk usahakan. Matlamat selestial itu nampaknya tidak dapat dicapai. Tetapi sudah tentu Tuhan tidak akan memberi kita sebuah perintah yang Dia tahu kita tidak boleh patuhi.
“Ya, datanglah kepada Kristus, dan disempurnakanlah di dalam Dia”, Moroni merayu. “Mengasihi Tuhan dengan segala daya, fikiran dan kekuatanmu, maka … dengan rahmat-Nya kamu boleh menjadi sempurna di dalam Kristus” (Moroni 10:32; penekanan ditambah). Satu-satunya harapan kita untuk kesempurnaan yang sejati adalah untuk menerimanya sebagai kurnia daripada syurga—kita tidak boleh “bekerja untuk mendapatkan” kesempurnaan ini.
Melainkan Yesus, tiada pelaksanaan yang sempurna dalam perjalanan duniawi yang kita lalui sekarang, jadi semasa berada di dunia kefanaan, marilah kita berusaha untuk penambahbaikan yang stabil dan mengelak daripada menaruh harapan yang berlebihan pada diri kita serta orang lain.
Jika kita bertabah, maka perbaikan kita akan dilengkapkan dalam keabadian—inilah maksud kesempurnaan dalam Perjanjian Baru.
© 2023 by Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved. Dicetak di Amerika Syarikat. Kelulusan Bahasa Inggeris: 6/19. Kelulusan terjemahan: 6/19. Terjemahan Monthly For the Strength of Youth Message, February 2023. Language. 18910 348