2023
Tujuh Hari Berkongsi
Julai 2023


“Tujuh Hari Berkongsi,” Untuk Kekuatan Remaja, Julai 2023.

Pesanan Untuk Kekuatan Remaja Bulanan, Julai 2023

Tujuh Hari Berkongsi

Anda boleh berkongsi injil dengan cara yang normal dan lazim. Adakah anda sahut cabaran itu?

Apabila kita cakap tentang berkongsi kesaksian kita, kita sering berfikir tentang berkongsi kesaksian dalam pertemuan sakramen atau situasi formal yang lain. Tetapi kita telah digalakkan untuk “mencari peluang untuk membangunkan iman anda dengan cara yang lazim dan normal.”1

Dalam cabaran tujuh hari berikut, anda boleh berkongsi kesaksian anda dalam cara yang berbeza setiap hari selama seminggu. Anda boleh melakukan hal-hal ini dalam apa pun urutan, atau anda juga boleh fikirkan idea anda sendiri! Adakah anda sahut cabaran itu?

tempat pertemuan

Ilustrasi oleh Emily Davis

Hari 1: Gereja

Pertimbangkan untuk memberi kesaksian anda dalam pertemuan puasa dan kesaksian di gereja jika anda rasa selesa. Jika tidak, anda juga boleh berkongsi kesaksian di gereja dengan menyertai kelas-kelas pada hari Ahad dan di seminari. Komen-komen yang anda kongsi di sana boleh meningkat semangat orang lain dan menguatkan kesaksian mereka dan juga kesaksian anda.

kawan

Hari 2: Kawan

Apakah yang anda pelajari di gereja pada hari Ahad? Adakah anda suka apa yang seseorang telah kongsi dalam ucapan pertemuan sakramen atau dalam perbincangan kelas anda? Mungkin lagu pembuka itu adalah salah satu lagu rohani kegemaran anda. Beritahu itu kepada seorang kawan! Kemudian tanya tentang hujung minggu mereka juga.

telefon dengan media sosial

Hari 3: Media Sosial

Media sosial merupakan tempat yang bagus untuk berkongsi hal-hal rohani secara normal dan lazim. Untuk cabaran hari ini, pertimbangkan untuk berkongsi pos tentang:

  • Salah satu ayat suci kegemaran anda.

  • Satu petikan dari persidangan umum.

  • Satu fikiran atau pengalaman rohani.

  • Sesuatu yang anda kasihi atau hargai tentang Juruselamat.

  • Satu cara Dia telah membantu anda baru-baru ini atau kualiti Dia yang anda kagumi dan mengapa.

telefon dengan video dan teks

Hari 4: Teks atau Video

Hantar mesej yang meningkat semangat kepada kawan melalui teks atau video. Anda boleh berkongsi ucapan persidangan yang anda rasa mereka mungkin suka, beritahu mereka sesuatu yang anda hargai tentang mereka, atau berkongsi tentang iman anda kepada Yesus Kristus. Contohnya, mereka mungkin perlu tahu tentang kasih Bapa Syurgawi terhadap mereka. Anda juga boleh memberitahu mereka secara bersemuka!

remaja puteri dengan belon yang berbentuk hati

Hari 5: Melayani

Anda mungkin tertanya-tanya bagaimana melayani orang lain boleh menjadi cara untuk berkongsi kesaksian anda. Rasul Paulus memberitahu Timotius, “Jadilah teladan bagi orang-orang percaya, dalam perkataanmu, dalam tingkah lakumu, dalam kasihmu, dalam kesetiaanmu dan dalam kesucianmu” (1 Timotius 4:12). Jadi anda boleh tunjukkan kepercayaan anda melalui teladan anda, dengan melayani orang lain seperti Juruselamat akan melayani mereka.

melaksanakan seni

Hari 6: Seni

Kadangkala orang menggunakan seni sebagai cara lain untuk berkongsi fikiran dan perasaan mereka. Anda boleh menggunakan lukisan, ukiran, puisi, muzik, atau seni lain untuk berkongsi perasaan anda tentang Yesus Kristus dan injil-Nya.

remaja bercakap

Hari 7: Perbualan Santai

Jangan takut untuk menyebut kepercayaan anda dalam situasi yang santai, sama seperti anda akan berkongsi fikiran lain yang anda ada tentang topik yang diberikan.

Sudah tentu anda boleh bercakap tentang aktiviti Gereja atau tulisan suci yang anda baca baru-baru ini, tetapi ia juga boleh lebih santai. Contohnya:

  • Jika anda terilham oleh alam semula jadi, nyatakan penghargaan anda terhadap ciptaan Tuhan kepada orang lain.

  • Mungkin anda ada pengalaman rohani yang hebat baru-baru ini. Beritahu seorang kawan tentangnya jika ia tidak terlalu peribadi.

  • Cari analogi injil dalam buku atau wayang yang anda suka, dan kongsi pemahaman anda.

Normal dan Lazim

Apabila anda mencari pelbagai cara untuk berkongsi kepercayaan anda, ia akan menjadi lebih lazim untuk anda lakukannya. Mungkin agak kekok pada mulanya, tetapi itu tidak apa! Ingatlah, kesaksian anda sendiri adalah lazim bagi anda—ia sebahagian dari siapa anda. Berkongsinya juga boleh menjadi lazim. Anda hanya perlu menunjukkannya lebih banyak setiap hari.

Bagaimanakah anda akan berkongsi kesaksian anda hari ini?