Untuk Kekuatan Remaja
Bagaimana kita boleh bersatu jika kita semua begitu berbeza?
Oktober 2024


“Bagaimana kita boleh bersatu jika kita semua begitu berbeza?,” Untuk Kekuatan Remaja, Okt. 2024.

Pesanan Bulanan Untuk Kekuatan Remaja, Oktober 2024

Bagaimana kita boleh bersatu jika kita semua begitu berbeza?

kiub dengan anak panah atasnya

Kita semua berbeza. Tetapi Tuhan mahu kita untuk “jadilah satu” (Ajaran dan Perjanjian 38:27). Berikut adalah beberapa asas perpaduan yang para nabi dan rasul ajarkan kepada kita:

Kita bersatu dalam Yesus Kristus, injil-Nya, dan Gereja-Nya. “Hanya dalam dan melalui kesetiaan dan kasih individu kepada Yesus Kristus, kita boleh menjadi satu.”

Perpaduan memerlukan kasih. “Bahkan dengan kepelbagaian bahasa dan tradisi kebudayaan yang indah dan bermanfaat, kita mesti menjadikan hati kita terkait bersama dalam perpaduan dan kasih.”

Perpaduan bukan kesamaan. “Perpaduan dan kepelbagaian tidak bertentangan. Kita boleh capai perpaduan yang lebih jika kita memupuk satu suasana kemasukan dan hormat bagi kepelbagaian.” “[Perpaduan] tidak memerlukan kesamaan, tetapi ia memerlukan keharmonian.”

Perpaduan mengusir pertikaian dan prasangka. “Terdapat ruang untuk semua orang. Walau bagaimanapun, tidak ada ruang untuk prasangka, penghukuman, atau pertikaian apa pun.”