2018
Ketika Kita Maju Bersama
April 2018


Pesanan Presidensi Utama, April 2018

Ketika Kita Maju Bersama

Para saudara dan saudari yang terkasih, saya berasa rendah hati bersama dengan anda pagi ini. Empat hari yang lalu, kita menguburkan seorang lelaki yang sungguh baik, seorang nabi Tuhan—Presiden Thomas S. Monson. Tidak ada perkataan yang dapat menggambarkan keulungan dan keindahan kehidupan dia. Saya akan menghargai persahabatan kami buat selama-lamanya dengan kesyukuran untuk apa yang dia mengajar saya. Sekarang kita mesti memandang ke masa depan dengan iman lengkap kepada Tuhan kita Yesus Kristus, yang mempunyai Gereja ini.

Dua hari yang lalu semua Rasul yang hidup bertemu di bilik atas di Bait Suci Salt Lake. Di sana mereka membuat keputusan sebulat suara, pertama, untuk mengatur lagi Presidensi Utama sekarang dan, kedua, bahawa saya melayani sebagai Presiden Gereja. Perkataan apapun tidak cukup untuk memberitahu anda bagaimana perasaan Para Saudara saya—Para Saudara yang memegang semua kunci imamat yang dipulihkan melalui Nabi Joseph Smith dalam zaman ini—meletakkan tangan mereka di atas kepala saya untuk mentahbiskan dan menetapkan saya sebagai Presiden Gereja. Ia merupakan pengalaman yang kudus dan merendahkan hati.

Selepas itu tanggungjawab saya adalah untuk membezakan siapa yang telah Tuhan sediakan untuk menjadi penasihat-penasihat saya. Bagaimanakah saya dapat memilih hanya dua daripada Dua Belas Rasul yang lain, yang semuanya saya sangat menyayangi? Saya sangat bersyukur kepada Tuhan kerana menjawab doa-doa saya yang sungguh. Saya sangat bersyukur bahawa Presiden Dallin Harris Oaks dan Presiden Henry Bennion Eyring rela melayani dengan saya sebagai Penasihat Pertama dan Kedua. Presiden Dieter F. Uchtdorf telah kembali semula kepada tempatnya di Kuorum Dua Belas Rasul. Dia sudah menerima tugasan besar dimana dia dapat melaksanakan kerana pengalamannya yang unik.

Saya memberi penghormatan kepada dia dan Presiden Eyring untuk pelayanan indah mereka sebagai penasihat-penasihat kepada Presiden Monson. Mereka mampu, setia, dan diilhamkan sama sekali. Kita sangat bersyukur untuk mereka. Setiap mereka rela melayani di mana dia diperlukan paling banyak.

Sebagai Rasul kedua paling lama tempoh perkhidmatan, Presiden Oaks juga menjadi Presiden Kuorum Dua Belas Rasul. Namun, diberikan panggilannya kepada Presidensi Utama dan menurut susunan Gereja, Presiden M. Russell Ballard, yang ketiga paling lama dalam tempoh perkhidmatan, akan melayani sebagai Pemangku Presiden kuorum itu. Presidensi Utama akan bekerja bersama dengan Dua Belas untuk melihatkan kehendak Tuhan dan memajukan pekerjaan-Nya yang kudus.

Kami bersyukur atas doa anda. Doa-doa anda telah diberikan di seluruh dunia untuk kami. Pada pagi selepas pemergian Presiden Monson, salah satu doa yang demikian diberikan oleh seorang anak berumur empat yang bernama Benson. Saya memberi beberapa petikan daripada surat ibunya yang ditulis kepada isteri saya, Wendy. Benson berdoa, “Bapa Syurgawi, terima kasih kerana Presiden Thomas S. Monson dapat melihat isterinya lagi. Terima kasih atas nabi baru kami. Tolonglah dia menjadi berani dan tidak takut kerana dia baru. Tolonglah dia membesar menjadi sihat dan kuat. Tolonglah dia mempunyai kuasa kerana dia mempunyai imamat. Dan tolonglah kami menjadi baik hati selalu.”

Saya berterima kasih kepada Tuhan untuk anak-anak seperti ini dan untuk para ibu bapa yang serius tentang tekad mereka kepada penjagaan yang soleh—untuk setiap ibu bapa, pengajar, dan ahli yang mengangkat beban besar tetapi yang melayani dengan begitu rela. Dalam kata lain, saya sangat bersyukur untuk setiap satu anda.

Tuhan Berada Pada Kemudi

Semasa kita maju bersama, saya menjemput anda untuk berfikir tentang cara yang agung Tuhan memerintah Gereja-Nya. Apabila seorang Presiden Gereja meninggal dunia, tidak ada misteri tentang siapa yang akan dipanggil melayani dalam panggilan itu. Tidak ada pilihan raya, tidak ada orang berkempen, tetapi hanya melalui aturan rancangan ilahi pewarisan damai, yang ditetapkan oleh Tuhan Sendiri.

Setiap hari pelayanan seorang Rasul merupakan hari pembelajaran dan persediaan untuk lebih banyak tanggungjawab pada masa depan. Ia mengambil dekad-dekad pelayanan untuk seorang Rasul berpindah dari kerusi junior ke kerusi tua dalam bulatan. Semasa pelayanan itu, dia mendapat pengalaman secara langsung dalam setiap bahagian pekerjaan Gereja. Dia juga menjadi biasa dengan orang-orang bumi, termasuk sejarah, budaya, dan bahasa mereka semasa tugasan mengambilnya ke seluruh dunia berkali-kali. Proses pewarisan ini dalam kepimpinan Gereja ialah unik. Saya tidak mengenal cara yang lain sepertinya. Ini tidak patut mengejutkan kita, kerana ini adalah Gereja Tuhan. Dia tidak bekerja seperti manusia bekerja.

Saya telah melayani dalam Kuorum Dua Belas di bawah lima Presiden Gereja sebelumnya. Saya telah melihat setiap Presiden menerima wahyu dan bertindak pada wahyu itu. Tuhan selalu akan mengajar dan mengilhamkan nabi-nabi-Nya. Tuhan berada pada kemudi. Kami yang telah ditahbiskan untuk memberi kesaksian kepada nama-Nya yang kudus di seluruh dunia akan terus mencari tahu kehendak-Nya dan mengikutnya.

Kekal pada Jalan Perjanjian

Sekarang, kepada setiap ahli Gereja saya berkata, kekallah pada jalan perjanjian. Tekad anda untuk ikut Juruselamat dengan membuat perjanjian dengan Dia dan mematuhi perjanjian-perjanjian itu akan membuka pintu kepada setiap berkat dan hak istimewa rohani yang ada untuk para lelaki, wanita, dan anak-anak di merata-rata tempat.

Sebagai Presidensi baru, kami ingin bermula dengan berfikir tentang akhir. Untuk sebab ini, kami berucap kepada anda hari ini dari bait suci. Akhir yang setiap kita ingin mencapai adalah untuk dianugerahi dengan kuasa di dalam bait suci Tuhan, dimeterai sebagai keluarga, setia kepada perjanjian-perjanjian yang dibuat di dalam bait suci yang melayakkan kita untuk kurnia Tuhan yang paling besar—iaitu kehidupan abadi. Tatacara-tatacara bait suci dan perjanjian-perjanjian yang anda membuat di sana adalah sangat penting dalam memperkukuh kehidupan, perkahwinan, dan keluarga anda, dan kebolehan anda untuk menolak serangan si musuh. Penyembahan dan pelayanan anda di bait suci bagi saudara-mara anda akan memberkati anda dengan lebih wahyu peribadi dan kedamaian dan akan memperkukuh tekad anda untuk kekal pada jalan perjanjian.

Jika anda telah menyimpang dari jalan, saya menjemput anda dengan semua harapan dalam hati saya untuk kembali. Tidak kira kebimbangan anda, tidak kira cabaran anda, terdapat tempat untuk anda dalam Gereja Tuhan ini. Anda dan generasi yang akan datang akan diberkati oleh tindakan anda sekarang untuk kembali ke jalan perjanjian. Bapa kita di Syurga mengasihi anak-anak-Nya, dan Dia ingin setiap kita pulang ke Dia. Inilah matlamat besar Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir—untuk menolong setiap kita pulang rumah.

Saya menyatakan kasih saya yang dalam untuk anda—kasih yang telah berkembang dekad-dekad lamanya berjumpa anda, dan melayani anda. Tugasan ilahi kami adalah untuk pergi ke setiap negara, bangsa, bahawa, dan orang, membantu menyediakan dunia untuk Kedatangan Kedua Tuhan. Kita akan melakukan ini dengan iman kepada Tuhan Yesus Kristus, mengetahui bahawa Dia mengetuai. Inilah kerja-Nya dan Gereja-Nya. Kita ialah pelayan-pelayan-Nya.

Saya mengisytiharkan pengabdian saya kepada Tuhan Bapa Abadi kita dan kepada Putera-Nya, Yesus Kristus. Saya mengenali Mereka, mengasihi Mereka, dan berjanji untuk melayani Mereka—dan anda—dengan setiap nafas yang masih ada dalam kehidupan saya. Dalam nama kudus Yesus Kristus, amin