2018
Menghulur Bantuan Dengan Rasa Kasihan
Julai 2018


Ministering

Asas-asas Pelayanan, Julai 2018

Menghulur Bantuan Dengan Rasa Kasihan

Semasa anda mengikuti teladan rasa kasihan Juruselamat, anda akan mendapati yang anda boleh membuat kelainan dalam kehidupan orang lain.

Rasa kasihan adalah kepekaan terhadap keperluan orang lain dan keinginan untuk meringankan atau melegakannya. Perjanjian untuk mengikuti Juruselamat adalah perjanjian rasa kasihan untuk “menanggung beban satu sama lain” (Mosia 18:8). Tugasan untuk mengawasi orang lain adalah satu peluang untuk melayani seperti Tuhan yang lakukan: dengan “belas kasihan, membuat kelainan” (Yudas 1:22). Tuhan berfirman, “Tunjukkanlah belas kasihan dan rasa sayang kepada sesama” (Zakharia 7:9).

Rasa kasihan Juruselamat

Rasa kasihan merupakan daya kekuatan dalam pelayanan Juruselamat (lihat bar sisi: “Juruselamat yang Berbelas Kasihan”). Rasa kasihan-Nya kepada orang ramai menyebabkan Dia sering menghulur bantuan kepada mereka yang di sekeliling-Nya. Melihat keperluan dan hasrat orang, Dia dapat memberkati mereka dan mengajar mereka dalam cara yang paling sesuai bagi mereka. Hasrat Juruselamat untuk mengangkat kita dari kesedihan kita mendorong kepada tindakan rasa kasihan: Korban Tebusan-Nya bagi dosa-dosa dan penderitaan umat manusia.

Keupayaan-Nya untuk bertindak terhadap keperluan orang ramai adalah sesuatu yang kita boleh usahakan ketika kita melayani. Semasa kita hidup dengan soleh dan mendengar bisikan Roh, kita akan di ilham untuk menghulur bantuan dalam cara yang bermakna.

Perjanjian Rasa Kasihan Kita

Bapa Syurgawi ingin anak-anak-Nya untuk berbelas kasihan (lihat 1 Korintus 12:25–27). Untuk menjadi pengikut sejati, kita perlu membentuk dan menunjukkan rasa kasihan kepada orang lain, terutamanya kepada mereka yang memerlukan (A&P 52:40).

Mengambil ke atas diri kita nama Yesus Kristus melalui perjanjian pembaptisan, kita bersaksi bahawa kita sudi untuk menjalankan rasa kasihan. Presiden Henry B. Eyring, Penasihat Kedua dalam Presidensi Utama, mengajarkan bahawa kurnia Roh Kudus membantu kita melakukan sedemikian: “Anda adalah ahli perjanjian Gereja Yesus Kristus. …

“Itulah sebabnya anda memiliki perasaan untuk menolong seseorang yang sedang berjuang untuk maju menanggung kedukaan dan kesulitan. Anda berjanji bahawa anda akan membantu Tuhan agar beban mereka boleh menjadi ringan dan agar mereka boleh dihiburkan. Anda diberikan kuasa untuk membantu meringankan beban itu apabila anda menerima kurnia Roh Kudus.”1

Sebagai contoh, seorang saudari di Rusia mempunyai keadaan keluarga yang susah yang menghalangnya menghadiri gereja untuk lebih dari setahun. Saudari lain di dalam cabang menghulur bantuan dengan rasa kasihan setiap Hari Ahad dengan menelefonnya untuk memberitahunya tentang ucapan, panggilan misi, bayi yang lahir, dan berita lain tentang cabang. Ketika masalah keluarga saudari itu selesai, dia masih merasakan dia merupakan sebahagian dari cabang tersebut kerana panggilan mingguan sahabatnya.

Nota

  1. Henry B. Eyring, “Sang Penghibur,” Liahona, Mei 2015, 18.