2018
Membina Hubungan yang Bermakna
August 2018


Ministering

Asas-asas Pelayanan, Ogos 2018

Membina Hubungan yang Bermakna

Keupayaan kita menjaga orang lain bertambah apabila kita mempunyai hubungan yang bermakna dengan mereka.

Jemputan untuk melayani orang lain adalah peluang untuk membina hubungan yang penyayang dengan mereka—jenis hubungan yang akan membuat mereka rasa selesa untuk meminta atau menerima bantuan kita. Apabila kita telah berusaha untuk membangunkan hubungan sebegitu, Tuhan mampu mengubah kehidupan kedua-dua pihak hubungan itu.

“Saya benar-benar percaya tiada perubahan yang penting tanpa hubungan yang bermakna,” kata Sharon Eubank, Penasihat Pertama dalam Presidensi Lembaga Pertolongan Umum. Supaya tindakan pelayanan kita membawa perubahan ke dalam kehidupan orang lain, dia berkata, mereka mestilah “berdasarkan pada keinginan ikhlas untuk menyembuhkan, mendengar, bekerjasama dan menghormati.”1

Hubungan yang bermakna bukan suatu taktik. Mereka dibina atas rasa kasihan, usaha ikhlas, dan “kasih yang tidak berpura-pura;” (A&P 121:41).2

Cara-cara untuk Membina dan Menguatkan Hubungan

“Kita membina [hubungan] seorang pada satu masa,” kata Elder Dieter F. Uchtdorf dari Kuorum Dua Belas Rasul.3 Apabila kita berusaha untuk membina hubungan yang bermakna dengan orang yang kita melayani, Roh Kudus dapat membimbing kita. Cadangan berikut adalah berdasarkan pola yang diberikan oleh Elder Uchtdorf .4

  • Mengenali mereka.

    Presiden Ezra Taft Benson (1899–1994) mengajarkan, “Anda tidak boleh melayani dengan baik orang yang anda tidak kenali dengan baik.” Dia mencadangkan mengetahui nama setiap ahli keluarga dan peka terhadap peristiwa-peristiwa penting seperti hari jadi, berkat, pembaptisan, dan perkahwinan. Ini memberi peluang untuk menulis nota atau membuat panggilan untuk mengucapkan tahniah kepada ahli keluarga mengenai pencapaian atau kejayaan istimewa.5

  • Meluangkan masa bersama.

    Hubungan memerlukan masa untuk berkembang. Cari peluang untuk mengekalkan hubungan. Kajian menunjukkan bahawa membiarkan orang tahu yang anda ambil berat tentang mereka adalah penting untuk hubungan yang sihat.6 Sering melawat mereka yang anda dipanggil untuk melayani. Bercakap dengan mereka di gereja. Gunakan apa jua cara tambahan yang mungkin—seperti e-mel, Facebook, Instagram, Twitter, Skype, panggilan telefon, atau menghantar kad. Elder Richard G. Scott (1928–2015) dari Kuorum Dua Belas Rasul bercakap mengenai kuasa penyataan kasih dan sokongan yang mudah dan kreatif: “Sering kali saya membuka tulisan suci saya, … dan saya akan menjumpai nota kasih sayang dan sokongan, yang Jeanene [isteri saya] masukkan dalam halaman tersebut. … Nota-nota berharga itu … terus menjadi harta karun dan ilham yang tidak ternilai.”7

    Juga, ingat bahawa hubungan memerlukan dua orang. Anda boleh menawarkan kasih dan persahabatan, tetapi hubungan tidak akan berkembang kecuali tawaran itu diterima dan dibalas. Jika individu lain kelihatan tidak mahu menerima, jangan memaksa hubungan itu. Beri dia masa untuk melihat usaha ikhlas anda, dan jika perlu, berunding dengan pemimpin anda tentang kemungkinan hubungan yang bermakna masih boleh terjalin atau tidak.

  • Berkomunikasi dengan kasih.

    Membina hubungan yang bermakna memerlukan kita melakukan lebih dari luaran. Komunikasi luaran adalah penuh dengan perbualan kecil mengenai jadual, cuaca, dan isu-isu kecil lain, tetapi ia tidak termasuk perkongsian perasaan, kepercayaan, matlamat, dan keprihatinan yang diperlukan untuk membuat pertalian yang lebih bermakna. Bapa Syurgawi telah memberi contoh komunikasi yang lebih bermakna ini dengan berkongsi perasaan dan rancangan-Nya dengan Putera-Nya (lihat Yohanes 5:20) dan dengan kita melalui nabi-Nya (lihat Amos 3:7). Dengan berkongsi pengalaman sehari-hari dan cabaran kehidupan antara satu sama lain seperti yang dibimbing oleh Roh, kita mendapat penghargaan untuk satu sama lain kerana kita menjumpai minat dan pengalaman sama.

    Mendengar adalah bahagian kritikal dalam komunikasi bahawa anda mengambil berat.8 Apabila anda mendengar dengan teliti, peluang anda untuk membantu orang lain datang kepada Kristus akan meningkat ketika anda memperoleh pemahaman dan tanggapan terhadap keperluan mereka dan ketika mereka merasa disayangi, difahami, dan selamat.

  • Menghargai perbezaan dan persamaan.

    Beberapa orang … percaya bahawa Gereja ingin mencipta setiap ahli dari acuan tunggal—bahawa setiap orang harus melihat, merasa, berfikir, dan berkelakuan seperti yang lain,” kata Elder Uchtdorf. “Ini akan bertentangan dengan kepintaran Tuhan, yang menciptakan setiap manusia yang berbeza daripada saudaranya. …

    “Gereja berkembang apabila kita memanfaatkan kepelbagaian ini dan menggalakkan satu sama lain untuk membangun dan menggunakan bakat kita untuk mengangkat dan mengukuhkan para pengikut kita.”9

    Untuk mengasihi orang lain seperti Tuhan mengasihi kita memerlukan kita untuk cuba melihat orang lain seperti Tuhan melihat mereka. Presiden Thomas S. Monson (1927–2018) mengajarkan, “Kita mesti membangunkan keupayaan untuk melihat [orang lain] tidak seperti mereka sekarang tetapi melihat potensi mereka.”10 Kita boleh berdoa untuk bantuan melihat orang lain seperti Tuhan melihat mereka. Ketika kita memperlakukan orang lain berdasarkan potensi mereka untuk berkembang, mereka mungkin akan bangkit untuk kesempatan itu.11

  • Melayani mereka.

    Peka terhadap keperluan orang yang anda melayani dan bersedia untuk memberikan masa dan bakat anda, sama ada dalam masa keperluan atau hanya kerana anda mengambil berat. Anda boleh berada di sana untuk memberikan ketenangan, sokongan, dan bantuan yang diperlukan apabila terdapat kecemasan, penyakit, atau keadaan mendesak. Tetapi dalam terlalu banyak hubungan kita reaktif. Tuhan memberi kita hak pilihan supaya kita dapat bertindak dan bukan dikenakan tindakan (lihat 2 Nefi 2:14). Sama seperti Rasul Yohanes mengajarkan bahawa kita mengasihi Tuhan kerana Dia mengasihi kita terlebih dahulu (lihat 1 Yohanes 4:19), apabila orang lain merasakan kasih ikhlas kita melalui tindakan pelayanan kita, ia dapat melembutkan hati dan meningkatkan kasih dan kepercayaan.12 Ini mewujudkan satu bentuk perbuatan yang dapat membina hubungan.

Melayani Seperti Juruselamat

Yesus Kristus membina hubungan yang bermakna dengan para pengikut-Nya (lihat Yohanes 11:5). Dia mengenali mereka (lihat Yohanes 1:47–48). Dia meluangkan masa bersama mereka (lihat Lukas 24:13–31). Dia melakukan komunikasi lebih dari luaran (lihat Yohanes 15:15). Dia menghargai perbezaan mereka (lihat Matius 9:10) dan nampak potensi mereka (lihat Yohanes 17:23). Dia melayani semua orang, walaupun Dia adalah Tuhan kepada semua, mengatakan Dia datang bukan untuk dilayani tetapi untuk melayani (lihat Markus 10:42–45).

Apa yang akan anda lakukan untuk membina hubungan yang lebih kuat dengan mereka yang anda dipanggil untuk melayani?

Nota

  1. Sharon Eubank, dalam “Humanitarian Acts Must Be Rooted in Relationship, Sharon Eubank Says,” mormonnewsroom.org.

  2. Lihat “Asas-asas Pelayanan: Menghulur Bantuan dengan Rasa kasihan,” Liahona, Julai 2018, 6–9.

  3. Dieter F. Uchtdorf, “Of Things That Matter Most,” Liahona, Nov. 2010, 22.

  4. Lihat Dieter F. Uchtdorf, “Of Things That Matter Most,” 22.

  5. Lihat Ezra Taft Benson, “To the Home Teachers of the Church,” Ensign, Mei 1987, 50.

  6. Lihat Charles A. Wilkinson and Lauren H. Grill, “Expressing Affection: A Vocabulary of Loving Messages,” dalam Making Connections: Readings in Relational Communication, ed. Kathleen M. Galvin, 5th ed. (2011), 164–73.

  7. Richard G. Scott, “The Eternal Blessings of Marriage,” Liahona, Mei 2011, 96.

  8. Lihat “Asas-asas Pelayanan: Lima Perkara Pendengar yang Baik Lakukan,” Liahona, Jun 2018, 6–9).

  9. Dieter F. Uchtdorf, “Four Titles,” Liahona, Mei 2013, 59.

  10. Thomas S. Monson, “See Others as They May Become,” Liahona, Nov. 2012, 69.

  11. Lihat Terence R. Mitchell and Denise Daniels, “Motivation,” dalam Handbook of Psychology, vol. 12, ed. Walter C. Borman and others (2003), 229.

  12. Lihat Edward J. Lawler, Rebecca Ford, and Michael D. Large, “Unilateral Initiatives as a Conflict Resolution Strategy,” Social Psychology Quarterly, vol. 62, no. 3 (Sep. 1999), 240–56.