2019
Cara Berkongsi Kesaksian Anda Dengan Lebih Mudah
Mac 2019


Imej
ministering

Asas-asas Pelayanan, Mac 2019

Cara Berkongsi Kesaksian Anda Dengan Lebih Mudah

Pelayanan ialah memberi kesaksian. Kepelbagaian cara pelayanan boleh menambahkan peluang kita untuk berkongsi kesaksian secara rasmi dan tidak rasmi.

Kita telah membuat perjanjian untuk “berdiri sebagai saksi bagi Tuhan di segala waktu dan dalam segala hal, dan di segala tempat” (Mosia 18:9). Berkongsi kesaksian kita merupakan sebahagian dari berdiri sebagai saksi dan cara berkuasa untuk menjemput Roh Kudus untuk menyentuh hati seseorang dan mengubah kehidupan mereka.

“Kesaksian—kesaksian sebenar, dilahirkan melalui Roh dan ditetapkan melalui Roh Kudus—mengubah kehidupan,” kata Presiden M. Russell Ballard, Pemangku Presiden Kuorum Dua Belas Rasul.1

Tetapi berkongsi kesaksian kita boleh menjadi menakutkan atau tidak selesa bagi sesetengah kita. Itu mungkin kerana kita berfikir perkongsian kesaksian kita sebagai sesuatu yang kita lakukan semasa pertemuan puasa dan kesaksian atau waktu mengajar sebuah pelajaran. Dalam keadaan yang rasmi itu kita sering menggunakan kata-kata dan frasa-frasa tertentu yang kelihatannya luar biasa dari perbualan biasa.

Berkongsi kesaksian kita boleh menjadi sebuah berkat yang lebih kerap dalam hidup kita dan hidup orang lain apabila kita memahami cara ringkas untuk berkongsi apa yang kita percayai dalam keadaan seharian. Berikut ialah beberapa idea untuk menolong anda bermula.

Jadikannya Ringkas

Sebuah kesaksian tidak perlu bermula dengan frasa, “Saya ingin berkongsi kesaksian saya,” dan tidak perlu diakhiri dengan, “Dalam nama Yesus Kristus, amin.” Sebuah kesaksian ialah ungkapan mengenai apa yang kita percayai dan ketahui adalah benar. Jadi, melawati jiran anda tentang masalah yang dia hadapi dan berkata, “Saya tahu Tuhan menjawab doa,” adalah sangat berkuasa seperti kesaksian yang dikongsi di depan gereja. Kuasa ini tidak datang dengan bahasa berbunga; kuasa datang melalui Roh Kudus mengesahkan kebenaran (lihat Ajaran dan Perjanjian 100:7–8).

Sesuaikannya dengan Perbualan Mudah

Jika kita rela berkongsi, terdapat banyak peluang di sekeliling kita untuk menyesuaikan kesaksian dalam perbualan seharian. Sebagai contoh:

  • Seseorang menanya anda tentang hujung minggu anda. “Sangat bagus,” anda membalas. “Gereja ialah apa yang saya perlukan.”

  • Seseorang mengucapkan simpati selepas mengetahui tentang sebuah cabaran dalam hidup anda: “Saya bersimpati dengan apa yang kamu hadapi.” Anda membalas, “Terima kasih atas kebimbangan anda. Saya tahu Tuhan akan menyokong saya. Dia pernah menolong saya sebelum ini.”

  • Seseorang berkata: “Saya berharap cuaca teruk ini cepat berubah,” atau “Bas sangat lambat,” atau “Tengok jalan sesak ini.” Anda mungkin membalas dengan: “Saya yakin Tuhan akan menolong segalanya untuk menjadi baik.”

Kongsikan Pengalaman Anda

Kita sering bercakap kepada satu sama lain tentang cabaran kita. Apabila seseorang memberitahu anda tentang apa yang dia hadapi, anda boleh berkongsi tentang satu masa apabila Tuhan menolong anda dengan cubaan anda dan bersaksi bahawa anda mengetahui Dia boleh menolong mereka juga. Tuhan berkata Dia menguatkan kita semasa cubaan kita agar “kamu boleh berdiri sebagai saksi bagi-Ku setelah ini, dan agar kamu boleh tahu dengan suatu kepastian bahawa Aku, Tuhan Raja, mengunjungi umat-Ku dalam kesengsaraan mereka” (Mosia 24:14). Kita boleh berdiri sebagai saksi-Nya apabila kita bersaksi tentang cara Dia telah menolong kita dalam cubaan kita.

Bersedialah

Bagi beberapa kita, berkongsi kesaksian secara spontan adalah menakutkan. Terdapat cara yang kita boleh merancang terdahulu dan “bersedia memberikan jawapan kepada sesiapa sahaja yang meminta [kita] menjelaskan harapan yang [kita] miliki” (1 Petrus 3:15).

Pertama, bersedia boleh bermaksud melihat gaya hidup diri kita. Adakah kita menjemput Roh Kudus ke dalam hidup kita dan menguatkan kesaksian diri setiap hari melalui kehidupan soleh? Adakah kita memberi Roh peluang untuk bercakap kepada kita dan memberi kita kata-kata yang kita perlukan melalui doa dan kajian tulisan suci? Seperti Tuhan menasihati Hyrum Smith, “Janganlah berusaha untuk memaklumkan firman-Ku, tetapi terlebih dahulu usahakanlah untuk mendapatkan firman-Ku, dan kemudian lidahmu akan dilembutkan” (Ajaran dan Perjanjian 11:21).

Kedua, bersedia boleh bermaksud memandang ke hadapan dan mempertimbangkan peluang yang anda mungkin ada pada hari itu atau minggu itu untuk berkongsi kesaksian anda. Anda boleh bersedia bagi peluang itu dengan memikirkan ia memberi anda peluang untuk berkongsi apa yang anda percaya.

Tetapkan Tumpuan Pada Juruselamat dan Ajaran-Nya

Presiden Ballard mengajar, “Walaupun kita boleh memiliki kesaksian tentang banyak hal sebagai ahli-ahli Gereja, terdapat kebenaran asas yang kita sentiasa perlu untuk saling mengajar dan berkongsi. Sebagai contoh, dia menyenaraikan: “Tuhan ialah Bapa kita dan Yesus ialah Kristus.” Rancangan keselamatan berpusat pada Korban tebusan Juruselamat. Joseph Smith memulihkan kegenapan injil Yesus Kristus yang kekal, dan Kitab Mormon merupakan bukti bahawa kesaksian kita adalah benar. Semasa kita mengungkapkan kebenaran yang tulus ikhlas ini, kita menjemput Roh memberi kesaksian berkenaan apa yang kita kata adalah benar. Presiden Ballard menekankan bahawa “Roh tidak boleh dihalang apabila kesaksian tulen tentang Kristus diberikan.”2

Teladan Juruselamat

Penat kerana perjalanannya melalui Samaria, Juruselamat berhenti untuk berehat di pinggir perigi dan bertemu dengan seorang wanita di sana. Dia memulakan perbualan tentang menimba air dari perigi itu. Menggunakan tugas seharian yang wanita ini itu lakukan, Yesus berpeluang untuk bersaksi tentang air hidup dan kehidupan abadi tersedia bagi mereka yang percaya kepada Dia (lihat Yohanes 4:13–15, 25–26).

Kesaksian Ringkas Boleh Mengubah Kehidupan

Presiden Russell M. Nelson telah bercerita tentang jururawat yang menanya Dr. Nelson pada masa itu, satu soalan selepas satu prosedur pembedahan yang susah. “Kenapa kamu tidak seperti pakar bedah lain?” Beberapa pakar bedah yang dia kenali adalah pemarah dan kasar semasa melaksanakan prosedur yang amat bertekanan tinggi.

Dr. Nelson boleh menjawab dengan pelbagai cara. Tetapi dia dengan ringkas menjawab, “Kerana saya tahu Kitab Mormon adalah benar.”

Jawapannya mendorong jururawat itu dan suaminya untuk mengkaji Kitab Mormon. Presiden Nelson kemudian membaptiskan jururawat itu. Berdekad-dekad kemudian, semasa mempengerusi persidangan pancang di Tennessee, USA, sebagai Rasul yang baru ditahbiskan, Presiden Nelson menikmati perjumpaan yang tidak dijangka dengan jururawat yang sama itu. Jururawat itu bercerita bahawa penukaran hatinya, dibawakan oleh kesaksian Dr. Nelson yang ringkas dan pengaruh Kitab Mormon, menolong membimbing penukaran hati 80 orang lain.3

Jemputan untuk Bertindak

Jangan takut untuk berkongsi kesaksian anda. Kesaksian itu boleh memberkati mereka yang anda layani. Bagaimana anda akan menggunakan idea-idea ini atau idea diri anda untuk berkongsi kesaksian anda hari ini?

Nota

  1. M. Russell Ballard, “Pure Testimony,” Liahona, Nov. 2004, 40.

  2. M. Russell Ballard, “Pure Testimony,” 41.

  3. Dalam Jason Swensen, “Be Ready to Explain Your Testimony Using the Book of Mormon, President Nelson Says,” bahagian Berita Gereja LDS.org, 6 Feb. 2018, news.lds.org.

Cetak