Asas-asas Pelayanan, April 2019
Menjadikan Pelayanan Lebih Mengembirakan
Melayani dengan kasih membawa kebahagiaan kepada pemberi dan penerima.
Kadang-kadang pencarian kita untuk kegembiraan dalam kehidupan ini seolah-olahnya seperti berlari di atas treadmill. Kita berlari dengan sungguh-sungguh dan masih berasa seperti kita belum ke mana-mana. Bagi sesetengah orang, pemikiran untuk melayani orang lain seperti menambahkan lebih banyak lagi perkara yang perlu dilakukan.
Tetapi Bapa Syurgawi mahu kita mengalami kegembiraan dan telah memberitahu kita “manusia wujud agar mereka boleh berbahagia” (2 Nefi 2:25). Dan Juruselamat mengajar bahawa melayani orang lain adalah bahagian penting dari bagaimana kita membawa kebahagiaan ke dalam kehidupan kita dan kehidupan orang lain.
Apa Itu Kebahagiaan?
Kebahagiaan telah ditakrifkan sebagai “perasaan seronok dan gembira yang besar.”1 Para nabi zaman akhir telah memberikan penjelasan mengenai asal kebahagiaan dan bagaimana ia ditemui. “Kebahagiaan yang kita rasai tidak berkait dengan situasi hidup kita tetapi berkait dengan fokus hidup kita,” kata Presiden Russell M. Nelson. “… Kebahagiaan datang daripada Dia dan wujud kerana [Yesus Kristus]. Dialah sumber semua kebahagiaan.”2
Pelayanan Membawa Kebahagiaan
Apabila Lehi makan buah pokok kehidupan, jiwanya dipenuhi “dengan kebahagiaan yang tersangat besar” (1 Nefi 8:12). Hasrat pertamanya adalah untuk berkongsi buah ini dengan orang yang dikasihinya.
Kesanggupan kita untuk melayani orang lain dapat membawa kebahagiaan seperti ini kepada kita dan kepada mereka. Juruselamat mengajar para pengikut-Nya bahawa buah yang kita hasilkan ketika kita berhubung dengan-Nya membantu membawa kita kegenapan kebahagiaan (lihat Yohanes 15:1–11). Melakukan pekerjaan-Nya dengan melayani dan berusaha membawa orang lain kepada-Nya dapat menjadi pengalaman yang menggembirakan (lihat Lukas 15:7; Alma 29:9; Ajaran dan Perjanjian 18:16; 50:22). Kita boleh mengalami kegembiraan ini walaupun kita menghadapi pertentangan dan penderitaan (lihat 2 Korintus 7:4; Kolose 1:11).
Juruselamat menunjukkan kepada kita contoh yang sempurna bahawa salah satu sumber kebahagiaan sejati dalam kehidupan fana dapat ditemui melalui pelayanan. Apabila kita melayani para saudara dan saudari kita seperti Juruselamat, dengan kasih ihsan dan kasih sayang dalam hati kita, kita dapat mengalami kebahagiaan yang melampaui kegembiraan sederhana.
“Apabila kita menerima [pelayanan] dengan hati yang rela, kita akan … lebih hampir menjadi orang Sion dan akan rasa kebahagiaan yang berlebihan bersama mereka yang sudah kita bantu sepanjang jalan penganutan,” ajar oleh Sister Jean B. Bingham, Presiden Umum Lembaga Pertolongan.3
Bagaimanakah Kita Boleh Menjadikan Pelayanan Lebih Menggembirakan?
Terdapat banyak cara untuk membawa kebahagiaan yang lebih besar ke dalam pelayanan kita. Ini adalah beberapa idea:
-
Memahami tujuan anda dalam pelayanan. Terdapat banyak sebab untuk pelayanan. Pada akhirnya, usaha kita harus sejajar dengan tujuan Tuhan “untuk mendatangkan kebaqaan dan kehidupan abadi kepada manusia” (Musa 1:39). Semasa kita menerima jemputan Presiden Russell M. Nelson untuk membantu orang lain sepanjang jalan perjanjian, kita dapat mencari kegembiraan dalam melibatkan diri dalam pekerjaan Tuhan.4 (Untuk lebih lanjut mengenai tujuan pelayanan, lihat “Asas-asas Pelayanan: Tujuan yang Akan Menukar Pelayanan Kita,” dalam Januari 2019 Liahona.)
-
Menjadikan pelayanan mengenai orang bukan mengenai tugas. Presiden Thomas S. Monson sering mengingatkan kita: “Jangan biarkan masalah yang perlu diselesaikan menjadi lebih penting dari seseorang yang perlu dikasihi.”5 Pelayanan adalah mengenai mengasihi orang, bukan mengenai perkara yang perlu dilakukan. Apabila kita lebih mengasihi orang seperti yang dilakukan oleh Juruselamat, kita akan lebih terbuka kepada kegembiraan yang datang dari melayani orang lain.
-
Menjadikan pelayanan mudah. Presiden M. Russell Ballard, Pemangku Presiden Kuorum Dua Belas Rasul, memberitahu kita: “Perkara-perkara hebat dikerjakan melalui perkara-perkara mudah dan kecil. … Kebaikan dan pelayanan kita yang kecil dan mudah akan berkumpul menjadi kehidupan yang dipenuhi dengan kasih kepada Bapa Syurgawi, kesetiaan kepada pekerjaan Tuhan Yesus Kristus, dan rasa kedamaian dan kegembiraan setiap kali kita saling membantu satu sama lain.”6
-
Keluarkan tekanan dari pelayanan. Ia bukan tanggungjawab anda untuk bekerja untuk keselamatan seseorang. Itu adalah antara individu dan Tuhan. Tanggungjawab kita adalah untuk mengasihi mereka dan membantu mereka berpaling kepada Yesus Kristus iaitu Juruselamat mereka.
Jangan Menangguhkan Kegembiraan Pelayanan
Kadang-kadang orang keberatan untuk meminta bantuan yang diperlukan, jadi menawarkan pelayanan kita adalah apa yang mereka perlukan. Tetapi memaksa orang lain menerima bantuan kita bukan jawapannya juga. Memohon kebenaran sebelum melayani adalah idea yang baik.
Elder Dieter F. Uchtdorf dari Kuorum Dua Belas Rasul menceritakan tentang seorang ibu tunggal yang mendapat cacar air—dan kemudian anak-anaknya juga sakit. Rumah yang biasanya bersih menjadi semak dan tidak kemas. Pinggan, mangkuk dan pakaian kotor bertambah.
Pada masa ketika dia berasa kebebanan, saudari-saudari Lembaga Pertolongan mengetuk pintunya. Mereka tidak berkata, “Beritahu kami jika kami boleh membantu.” Apabila mereka melihat keadaan itu, mereka bertindak.
“Mereka membersihkan kacau-bilau itu, membawa kecerahan dan kejelasan ke rumah itu, dan memanggil satu kawan untuk membawa barang-barang runcit yang diperlukan. Apabila akhirnya mereka menghabiskan kerja mereka dan berkata selamat tinggal dan pulang, ibu yang muda itu menangis—menangis sebab kesyukuran dan kasih sayang.”7
Kedua-dua pemberi dan penerima merasakan kehangatan kegembiraan.
Memupuk Kegembiraan dalam Hidup Anda
Semakin lebih kegembiraan, kedamaian, dan kepuasan hati yang kita dapat pupuk dalam kehidupan kita, semakin lebih kita dapat berkongsi dengan orang lain ketika kita melayani. Kegembiraan datang melalui Roh Kudus (lihat Galatia 5:22 dan Ajaran dan Perjanjian 11:13). Ia adalah sesuatu yang kita boleh berdoa untuk (lihat Ajaran dan Perjanjian136:29) dan menjemput ke dalam hidup kita. Berikut adalah beberapa idea untuk memupuk kegembiraan dalam kehidupan kita sendiri:
-
Menghitung berkat-berkat anda. Semasa anda melihat hidup sendiri, tulis di dalam jurnal perkara-perkara yang Tuhan telah memberkati anda.8 Ambil perhatian terhadap semua yang baik yang ada di sekeliling anda.9 Beri perhatian kepada apa yang mungkin menghalang anda dari merasakan kegembiraan dan menulis cara untuk menyelesaikannya atau lebih memahaminya. Semasa musim Easter ini, luangkan masa untuk mencari perhubungan yang lebih besar dengan Juruselamat (lihat Ajaran dan Perjanjian 101:36).
-
Amalkan kesedaran. Kegembiraan dapat menemui anda dengan lebih mudah dalam saat meditasi yang tenang.10 Dengar dengan teliti apa yang membawa anda kegembiraan (lihat 1 Tawarikh 16:15). Berhenti meluangkan masa dari media untuk seketika kadang-kadang diperlukan untuk berlatih kesedaran.11
-
Elakkan membandingkan diri anda. Ia telah dikatakan bahawa perbandingan itu adalah pencuri kegembiraan. Paulus memberi amaran kepada mereka bahawa “alangkah bodohnya mereka! Mereka membuat penilaian sendiri, dan menilai diri mereka dengan penilaian itu” (2 Korintus 10:12).
-
Mencari wahyu peribadi. Juruselamat mengajarkan: “Jika engkau akan meminta, engkau akan menerima wahyu demi wahyu, pengetahuan demi pengetahuan, agar engkau boleh mengetahui misteri dan hal-hal kedamaian—yang membawa kebahagiaan, yang membawa kehidupan abadi” (Ajaran dan Perjanjian 42:61).
Jemputan untuk Bertindak
Bagaimanakah anda dapat meningkatkan kegembiraan yang anda jumpa dalam hidup anda melalui pelayanan?
© 2019 by Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved. Dicetak di Amerika Syarikat. Kelulusan Bahasa Inggeris: 6/18. Kelulusan penterjemahan: 6/18. Terjemahan Ministering Principles, April 2019. Malay. 15765 348