Asas-asas Pelayanan, Julai 2019
Bagaimanakah Kita Dapat Mencipta Satu Budaya Pemasukan dalam Gereja?
Apabila kita tengok di sekeliling bahagian dan cabang kita, kita melihat orang yang nampaknya mudah menyertai Gereja. Kita tidak sedar bahawa di kalangan orang-orang yang mudah menyesuaikan diri di Gereja, ada juga banyak orang yang rasa terpinggir. Sebagai contoh, satu kajian baru-baru ini mendapati bahawa hampir setengah orang dewasa di Amerika Syarikat melaporkan bahawa mereka rasa kesunyian, terpinggir, atau terasing daripada orang lain.1
Ia penting untuk merasa tergolong. Ini ialah satu keperluan asas manusia, dan apabila kita rasa terasing, kita rasa sakit hati. Keadaan terasing boleh mendatangkan kesedihan atau kemarahan.2 Apabila kita rasa terasing, kita biasanya akan cari satu tempat di mana kita rasa lebih selesa. Kita perlu menolong setiap orang untuk merasa bahawa mereka tergolong dalam gereja.
Memasukkan Orang Seperti Juruselamat
Juruselamat ialah teladan sempurna untuk menghargai dan memasuki orang lain. Apabila Dia pilih Rasul-rasul-Nya, Dia tidak perhatikan kedudukan, kekayaan, atau pekerjaan yang tinggi. Dia menghargai wanita orang Samaria di perigi, bersaksi kepada dia mengenai ketuhanan-Nya walaupun orang Yahudi memandang rendah kepada orang Samaria (lihat Yohanes 4). Dia menilaikan hati dan tidak pilih kasih (lihat 1 Samuel 16:7; Ajaran dan Perjanjian 38:16, 26).
Juruselamat berfirman:
“Sekarang Aku memberikan perintah baru kepadamu: Hendaklah kamu saling mengasihi; sebagaimana Aku sudah mengasihi kamu, hendaklah kamu saling mengasihi.
Jika kamu saling mengasihi, semua orang akan tahu bahawa kamu pengikut-pengikut-Ku.” (Yohanes 13:34–35).
Apakah yang kita boleh lakukan?
Kadangkala, ia adalah susah untuk mengetahui jika seseorang rasa terasing. Kebanyakan orang tidak bercakap tentangnya—dengan jelas. Tetapi dengan satu hati yang penuh kasih, bimbingan Roh Kudus, dan satu usaha untuk menyedarinya, kita boleh mengenal pasti apabila seseorang tidak rasa termasuk dalam pertemuan dan aktiviti Gereja.
Tanda-tanda Mungkin Seseorang Rasa Terasing:
-
Bahasa gerak-geri tertutup, seperti melipat tangan atau memandang ke bawah.
-
Duduk di belakang bilik atau duduk bersendirian.
-
Tidak menghadiri gereja atau tidak menghadiri gereja dengan kerap.
-
Meninggalkan pertemuan atau aktiviti lebih awal.
-
Tidak mengambil bahagian dalam perbualan atau pengajaran.
Semua ini mungkin tanda-tanda emosi lain juga, seperti perasaan malu, cemas atau tidak selesa. Ahli-ahli boleh rasa “berbeza” apabila mereka masih ahli baru Gereja, datang dari negara atau kebudayaan lain, atau baru-baru mengalami perubahan hidup yang traumatik, seperti perceraian, kematian seseorang ahli keluarga, atau pulang awal dari misi.
Tidak kira apa pun sebabnya, kita tidak harus teragak-agak untuk menolong dengan kasih sayang. Apa yang kita ucapkan dan lakukan boleh mendatangkan satu perasaan bahawa kita semua dialu-alukan dan diperlukan.
Cara-cara untuk Memasukkan dan Mengalu-alukan:
-
Jangan selalu duduk bersama orang yang sama di gereja.
-
Jangan hanya memandang pada rupa luaran sahaja untuk benar-benar mengenali orang. (Untuk maklumat lebih lanjut tentang topik ini, lihat “Ministering Is Seeing Others as the Savior Does,” Liahona, Jun 2019, 8–11.)
-
Memasukkan orang lain dalam perbualan.
-
Jemput orang lain menjadi sebahagian dari kehidupan anda. Anda boleh memasukkan mereka dalam aktiviti yang anda telah rancangkan.
-
Mencari dan menubuhkan minat sama.
-
Jangan enggan berikan persahabatan kerana seseorang tidak memenuhi jangkaan anda.
-
Apabila anda nampak sesuatu unik tentang seseorang, ambil minat dalamnya dan jangan menutup atau mengelakkan ia.
-
Tunjukkan kasih sayang dan berikan pujian yang ikhlas.
-
Ambil masa untuk memikirkan apakah ertinya apabila kita berkata Gereja adalah untuk semua orang, tidak kira apa perbezaan pun. Bagaimana kita boleh membuat ini satu realiti?
Ia tidak selalunya mudah untuk merasa selesa bersama orang yang berbeza daripada kita. Tetapi dengan latihan, kita akan lebih mahir mencari nilai dalam perbezaan dan menghargai sumbangan unik setiap orang. Elder Dieter F. Uchtdorf dari Kuorum Dua Belas Rasul mengajarkan bahawa perbezaan kita boleh membantu kita menjadi orang yang lebih baik dan lebih gembira: “Datanglah menolong kita membina dan memperkuatkan satu kebudayaan kesembuhan, baik hati, dan belas kasihan terhadap semua anak Tuhan.”3
Diberkati oleh Pemasukan
Christl Fechter berpindah ke satu negara lain selepas peperangan memusnahkan tanah airnya. Dia tidak fasih berbahasa baru dan tidak mengenali sesiapa pun di tempat tinggal barunya, jadi dia rasa terasing dan kesunyian.
Sebagai ahli Gereja, dia memberanikan diri untuk mula menghadiri bahagian barunya. Dia risau bahawa telornya yang pekat akan menghalang orang dari bercakap dengan dia atau dia akan dipandang rendah kerana dia seorang wanita yang belum kahwin.
Tetapi dia menemui orang yang tidak perhatikan perbezaannya dan mengalu-alukan dia ke dalam komuniti persahabatan mereka. Mereka menghulurkan tangan dengan kasih sayang, dan tidak lama kemudian, dia menjadi sibuk mengajar satu kelas Sekolah Primer. Kanak-kanak kelas itu ialah satu teladan baik untuk menerima dia, dan kerana dia rasa dikasihi dan diperlukan, imannya diperkuatkan dan menolong menyala semula kesetiaan sepanjang hidupnya kepada Tuhan.
© 2019 by Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved. Dicetak di Amerika Syarikat. Kelulusan Bahasa Inggeris: 6/18. Kelulusan penterjemahan: 6/18. Terjemahan Ministering Principles, July 2019. Malay. 15768 348