Ajaran dan Perjanjian 2021
28 Februari. Apakah Ertinya untuk Bertaubat? Ajaran dan Perjanjian 18–19


“28 Februari. Apakah Ertinya untuk Bertaubat? Ajaran dan Perjanjian 18–19,” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2021 (2020)

“28 Februari. Apakah Ertinya untuk Bertaubat?” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2021

Imej
remaja puteri sedang belajar

28 Februari

Apakah Ertinya untuk Bertaubat?

Ajaran dan Perjanjian 18–19

Imej
ikon berunding bersama

Berunding Bersama

Dipimpin oleh seorang ahli presidensi kuorum atau kelas; kira-kira 10–20 minit

Pada permulaan pertemuan, ulang bersama-sama Tema Kuorum Imamat Harun atau Tema Remaja Puteri. Kemudian pimpin perbincangan tentang hal-hal berikut dan rancang untuk bertindak berdasarkan perbincangan (anda boleh putuskan dalam mesyuarat presidensi hal-hal untuk dibincang):

  • Kuorum atau kelas kita. Siapakah yang baharu dalam bahagian kita dan bagaimanakah kita boleh membantu mereka merasa dialu-alukan? Apakah yang kita sedang lakukan untuk membuat masa dalam pertemuan kuorum atau kelas kita penuh bermakna?

  • Tugas dan tanggungjawab kita. Apakah tugas dan tanggungjawab kita sebagai remaja putera atau remaja puteri? Bagaimanakah kita boleh memenuhinya dengan lebih baik?

  • Kehidupan kita. Apakah yang kita sedang lakukan untuk menjadi lebih seperti Yesus Kristus dan menerima kuasa-Nya dalam kehidupan kita? Apakah yang kita sedang lakukan untuk membantu keluarga kita datang kepada-Nya?

Pada penghujung pelajaran, jika sesuai, lakukan perkara berikut:

  • Bersaksi tentang asas-asas yang diajar.

  • Memperingatkan ahli kuorum atau kelas tentang rancangan dan jemputan yang telah dibuat dalam pertemuan.

Imej
ikon mengajar ajaran

Mengajar Ajaran

Dipimpin oleh seorang pemimpin dewasa atau remaja; kira-kira 25–35 minit

Mempersiapkan Diri Secara Rohani

Sukar untuk membaca Ajaran dan Perjanjian 19:16–19 tanpa merasakan kasih Juruselamat terhadap kita. Dalam ayat-ayat ini, Dia menggambarkan penderitaan yang dialami-Nya apabila Dia menebus dosa kita dan mengungkapkan sebab Dia sanggup menderita sebegitu banyak—“agar [kita] boleh tidak menderita jika [kita] akan bertaubat.” Pertaubatan merupakan berkat yang dimungkinkan oleh Juruselamat. Ia adalah usaha harian yang berterusan untuk berpaling dari dosa dan berpaling kepada Tuhan. Ia adalah sebahagian daripada rancangan Bapa Syurgawi untuk membantu kita kembali kepada-Nya. Memahami cara bertaubat boleh membantu kita dibersihkan daripada dosa kita, mengubah hati dan minda kita serta lebih mendekati Tuhan.

Bagaimanakah pertaubatan telah membantu anda mendekati Bapa Syurgawi? Bagaimanakah anda boleh membantu mereka yang anda ajar menginginkan untuk bertaubat? Bagaimanakah anda boleh membantu mereka melihat bahawa pertaubatan merupakan usaha harian dan bukan untuk dosa yang besar sahaja? Apabila anda membuat persediaan untuk mengajar, pertimbangkan untuk mengkaji pesanan Presiden Russell M. Nelson “Kita Boleh Melakukan Lebih Baik dan Menjadi Lebih Baik” (Liahona, Mei 2019, 67–69).

Imej
Yesus Kristus sedang berdoa

Christ in Gethsemane (Kristus di Getsemani), oleh Harry Anderson

Belajar Bersama

Semua nabi dari awal telah meminta orang ramai untuk bertaubat. Walau bagaimanapun, mungkin tiada jemputan untuk bertaubat yang memilukan seperti Juruselamat yang diperhatikan dalam Ajaran dan Perjanjian 19:15–19, yang mungkin para remaja telah baca pada minggu ini. Anda boleh menanya mereka perkara yang mereka telah pelajari tentang Juruselamat daripada ayat-ayat ini. Apakah yangayat-ayat ini katakan tentang kepentingan pertaubatan dari sudut pandangan Tuhan? Idea-idea yang berikut boleh membantu mereka yang anda ajar melihat pertaubatan sebagai berkat harian dalam kehidupan mereka.

  • Untuk membantu ahli kuorum atau kelas memahami cara pertaubatan memberkati kehidupan mereka, anda boleh mulakan dengan menanya soalan-soalan ini: Bagaimanakah saya tahu jika usaha saya untuk bertaubat adalah berhasil? Bagaimanakah Juruselamat akan membantu saya berubah? Selain daripada keampunan dosa, apakah berkat lain yang datang daripada pertaubatan? Jemput ahli kelas membaca satu atau beberapa tulisan suci dalam “Sumber-sumber Sokongan” untuk mencari jawapan kepada soalan-soalan ini. Apakah yang mereka telah temui?

  • Ramai orang ramai salah faham maksud bertaubat. Mereka mungkin berasa berat untuk bertaubat atau merasa pertaubatan adalah untuk dosa yang besar sahaja. Untuk membantu membetulkan salah faham ini, anda boleh menjemput ahli kuorum atau kelas mengkaji sebahagian daripada pesanan Presiden Russell M. Nelson “Kita Boleh Melakukan Lebih Baik dan Menjadi Lebih Baik” (Liahona, Mei 2019, 67–69) untuk mencari ungkapan yang membantu mereka memahami maksud bertaubat. Apakah yang mereka temui, yang membantu mereka membuka fikiran mereka kepada tanggapan baru terhadap pertaubatan? Apakah berkat yang dijanjikan oleh Presiden Nelson kepada mereka yang bertaubat?

  • Bagaimanakah anda boleh membantu mereka yang anda ajar memahami sebab dan cara kita bertaubat? Pesanan Presiden Dallin H. Oaks “Dibersihkan melalui Pertaubatan” (Liahona, Mei 2019, 91–94) mungkin boleh membantu. Anda boleh membahagikan kuorum atau kelas kepada empat kumpulan dan tugaskan setiap kumpulan untuk membaca salah satu daripada empat bahagian ucapan Presiden Oaks. Setiap kumpulan kemudiannya boleh ringkaskan kepada kumpulan lain berdasarkan bacaan mereka, serta tulisan suci daripada pesanan yang menyokong apa yang mereka telah pelajari. Anda boleh menutup dengan meminta ahli kuorum atau kelas berkongsi kesaksian mereka tentang kepentingan pertaubatan dalam rancangan Tuhan.

Bertindak dengan Iman

Galakkan ahli kuorum dan kelas untuk merenung dan mencatatkan tindakan mereka berdasarkan tanggapan yang mereka terima hari ini. Bagaimanakah pelajaran hari ini berkaitan dengan matlamat peribadi yang mereka telah tetapkan? Jika mereka sudi, ahli kuorum atau kelas boleh berkongsi idea-idea mereka.

Sumber-sumber Sokongan

Mengajar dengan Cara Juruselamat

Juruselamat menjemput orang ramai untuk bertindak dengan iman dan menjalankan kebenaran yang Dia ajarkan. Apakah yang anda boleh lakukan untuk membantu mereka yang anda ajar melihat kuasa pertaubatan harian?

Cetak