Ajaran dan Perjanjian 2021
28 Mac. Mengapakah Saya Memerlukan Korban Tebusan Yesus Kristus? Ajaran dan Perjanjian 29


“28 Mac. Mengapakah Saya Memerlukan Korban Tebusan Yesus Kristus? Ajaran dan Perjanjian 29,” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2021 (2020)

“28 Mac. Mengapakah Saya Memerlukan Korban Tebusan Yesus Kristus?” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2021

Imej
Kristus berdoa

Christ in Gethsemane (Kristus di Getsemani), oleh Heinrich Hofmann

28 Mac

Mengapakah Saya Memerlukan Korban Tebusan Yesus Kristus?

Ajaran dan Perjanjian 29

Imej
ikon berunding bersama

Berunding Bersama

Dipimpin oleh seorang ahli presidensi kuorum atau kelas; kira-kira 10–20 minit

Pada permulaan pertemuan, ulang bersama-sama Tema Kuorum Imamat Harun atau Tema Remaja Puteri. Kemudian pimpin perbincangan tentang hal-hal berikut dan rancang untuk bertindak berdasarkan perbincangan (anda boleh putuskan dalam mesyuarat presidensi hal-hal untuk dibincang):

  • Kuorum atau kelas kita. Apakah yang kita boleh lakukan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan ahli kuorum atau kelas? Apakah matlamat yang kita ingin usahakan bersama?

  • Tugas dan tanggungjawab kita. Apakah yang kita sedang lakukan untuk berkongsi injil? Apakah pengalaman yang kita telah peroleh dalam melakukan pekerjaan bait suci dan sejarah keluarga?

  • Kehidupan kita. Bagaimanakah kita telah melihat tangan Tuhan dalam kehidupan kita? Apakah yang telah mengilhami kita dalam kajian tulisan suci kita minggu ini?

Pada penghujung pelajaran, jika sesuai, lakukan perkara berikut:

  • Bersaksi tentang asas-asas yang diajar.

  • Memperingatkan ahli kuorum atau kelas tentang rancangan dan jemputan yang telah dibuat dalam pertemuan.

Imej
ikon mengajar ajaran

Mengajar Ajaran

Dipimpin oleh seorang pemimpin dewasa atau remaja; kira-kira 25–35 minit

Mempersiapkan Diri Secara Rohani

Semasa anda mengkaji Ajaran dan Perjanjian 29 minggu ini, anda mungkin terbaca gambaran Juruselamat tentang Kejatuhan dan cara kita ditebus dari itu. Bagaimanakah anda memperoleh kesaksian tentang Yesus Kristus dan peranan-Nya sebagai Juruselamat dan Penebus? Fikirkan bagaimana memperkuatkan kesaksian ahli kuorum atau kelas terhadap Kristus akan mengubah mereka.

Imej
remaja puteri di dalam kelas

Kerana Juruselamat menebus kita dari Kejatuhan, kita boleh mendapat kebahagiaan.

Belajar Bersama

Untuk memperkenalkan perbincangan hari ini, anda boleh menjemput orang yang anda ajar untuk senaraikan di papan tulis hal yang mereka tahu tentang Kejatuhan Adam dan Hawa. Misalnya, apakah yang mereka telah pelajari tentang Kejatuhan dari Ajaran dan Perjanjian 29:36–50? Apakah bukti Kejatuhan yang kita nampak di sekeliling kita? Aktiviti-aktiviti yang berikut akan membantu kuorum atau kelas anda mengetahui bagaimana Korban Tebusan Yesus Kristus membantu kita mengatasi kesan Kejatuhan.

  • Jemput mereka untuk bayangkan soalan kawan seperti, “Mengapakah saya memerlukan Yesus Kristus?” Jemput mereka untuk saling mengajar dalam berpasangan bagaimana mereka akan menjawab soalan itu berdasarkan apa yang telah dipelajari dari pembacaan mereka.

  • Bagaimanakah anda boleh membantu ahli kuorum atau kelas pelajari dari tulisan suci mengapa mereka memerlukan Korban Tebusan Yesus Kristus? Salah satu cara adalah dengan menulis beberapa rujukan tulisan suci dari “Sumber-sumber Sokongan” di papan tulis, kemudian tulis ringkasan pernyataan bagi rujukan tersebut pada jalur kertas. Beri setiap ahli kuorum atau kelas sejalur kertas. Jemput mereka untuk membaca rujukan tulisan suci yang ditulis pada papan tulis dan cari tulisan suci yang padan dengan pernyataan ringkas mereka. (Sesetengah pernyataan ini merujuk kepada lebih daripada satu tulisan suci.) Jemput setiap ahli kuorum atau kelas untuk membaca secara lantang petikan tulisan suci yang padan dengan pernyataan mereka dan berkongsi hal yang mereka telah pelajari tentang mengapa kita memerlukan Korban Tebusan Juruselamat.

  • Jemput ahli kuorum atau kelas untuk menjawab secara peribadi soalan-soalan seperti berikut: Bagaimanakah saya diberkati melalui Korban Tebusan Yesus Kristus? Apakah perubahan yang Juruselamat ingin saya lakukan supaya saya boleh sepenuhnya merasa berkat Korban Tebusan-Nya? Kemudian minta mereka bincangkan soalan pertama bersama. Jemput mereka untuk berkongsi hal yang telah mereka pelajari.

Bertindak dengan Iman

Galakkan ahli kuorum dan kelas untuk merenung dan mencatatkan tindakan mereka berdasarkan tanggapan yang mereka terima hari ini. Bagaimanakah pelajaran hari ini berkaitan dengan matlamat peribadi yang mereka telah tetapkan? Jika mereka sudi, ahli kuorum atau kelas boleh berkongsi idea-idea mereka.

Sumber-sumber Sokongan

Mengajar dengan Cara Juruselamat

Juruselamat berdoa untuk para pengikut-Nya dan melayani mereka secara berterusan. Dia mencari peluang untuk bersama mereka dan menunjukkan kasih-Nya. Apakah peluang yang anda ada untuk berbuat demikian terhadap orang yang anda ajar?

Cetak