Ajaran dan Perjanjian 2021
13 Jun. Bagaimanakah Saya Boleh Menolak Pornografi? Ajaran dan Perjanjian 63


“13 Jun. Bagaimanakah Saya Boleh Menolak Pornografi? Ajaran dan Perjanjian 63,” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2021 (2020)

“13 Jun. Bagaimanakah Saya Boleh Menolak Pornografi?” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2021

Imej
remaja puteri sedang memegang telefon

13 Jun

Bagaimanakah Saya Boleh Menolak Pornografi?

Ajaran dan Perjanjian 63

Imej
ikon berunding bersama

Berunding Bersama

Dipimpin oleh seorang ahli presidensi kuorum atau kelas; kira-kira 10–20 minit

Pada permulaan pertemuan, ulang bersama-sama Tema Kuorum Imamat Harun atau Tema Remaja Puteri. Kemudian pimpin perbincangan tentang hal-hal berikut dan rancang untuk bertindak berdasarkan perbincangan (anda boleh putuskan dalam mesyuarat presidensi hal-hal untuk dibincang):

  • Kuorum atau kelas kita. Apakah aktiviti yang kita telah adakan baru-baru ini? Adakah ia berjaya? Apakah yang memuaskan dan bagaimanakah kita boleh memperbaikinya?

  • Tugas dan tanggungjawab kita. Siapakah yang memerlukan pelayanan kita? Bagaimanakah kita boleh membantu mereka?

  • Kehidupan kita. Apakah matlamat yang kita sedang usahakan secara individu? Apakah pengalaman yang boleh kita kongsi? Apakah berkat yang kita telah terima?

Pada penghujung pelajaran, jika sesuai, lakukan perkara berikut:

  • Bersaksi tentang asas-asas yang diajar.

  • Memperingatkan ahli kuorum atau kelas tentang rancangan dan jemputan yang telah dibuat dalam pertemuan.

Imej
ikon mengajar ajaran

Mengajar Ajaran

Dipimpin oleh seorang pemimpin dewasa atau remaja; kira-kira 25–35 minit

Mempersiapkan Diri Secara Rohani

Ahli kuorum atau kelas mungkin telah mengkaji Ajaran dan Perjanjian 63 minggu ini dan membaca tentang amaran Tuhan kepada para Orang Suci awal tentang bahaya nafsu—amaran yang Dia telah berikan berulang kali (lihat Ajaran dan Perjanjian 63:13–16; Matius 5:27–28; 3 Nefi 12:27–30). Walaupun amaran ini telah diberikan berzaman lamanya, amaran ini sangat perlu diterapkan pada zaman kita, ketika pornografi telah menjadi wabak yang berleluasa. Apakah bahaya dan tekanan berkaitan dengan pornografi yang mungkin ahli kuorum atau kelas anda hadapi? Apakah asas-asas injil dan langkah-langkah pencegahan yang boleh membantu mereka melindungi kemurnian fikiran serta tindakan mereka?

Semasa anda membuat persediaan untuk mengajar, pertimbangkan untuk kaji semula “Hiburan dan Media” serta “Kesucian Seksual” dalam Untuk Kekuatan Remaja ([2011], 11–13, 35–37).

Imej
remaja putera di dalam kelas

Ahli kuorum dan kelas boleh menguatkan sesama sendiri untuk menolak pornografi.

Belajar Bersama

Untuk mulakan perbincangan tentang pornografi, anda boleh menjemput ahli kuorum atau kelas untuk membaca Ajaran dan Perjanjian 63:13–16 dan bincangkan pandangan ayat-ayat ini yang membantu mereka memahami mengapa pornografi memudaratkan. Untuk membantu ahli kuorum atau kelas memahami cara menolak pornografi, gunakan satu atau beberapa aktiviti berikut. Sebagai kesimpulan kepada perbincangan ini, anda mungkin terilham untuk membincangkan cara uskup boleh membantu mereka yang terlibat dengan pornografi (lihat Untuk Kekuatan Remaja, 12, 37).

  • Ahli kuorum atau kelas anda mungkin mempunyai soalan tentang menolak pornografi. Untuk membantu mereka mencari jawapan, anda boleh menulis soalan-soalan yang berikut di papan tulis: Apakah itu pornografi? Mengapakah ia memudaratkan? Bagaimanakah kita boleh berpaling daripada godaan pornografi? Untuk membantu ahli kuorum atau kelas mencari jawapan kepada dua soalan yang pertama, minta mereka kaji semula “Hiburan dan Media” serta “Kesucian Seksual” dalam Untuk Kekuatan Remaja (halaman 11–13, 35–37). Untuk membantu mereka mencari jawapan kepada soalan ketiga, minta mereka kaji semula Kejadian 39:1–12; Roma 12:21; 2 Timotius 2:22; Alma 39:3–9; Moroni 10:30; Ajaran dan Perjanjian 27:15–18; 121:45–46. Jemput mereka untuk berkongsi jawapan yang mereka temui.

  • Untuk membantu kuorum atau kelas anda menemui cara menolak pornografi, anda boleh meminta mereka mengkaji pesanan Sister Linda S. Reeves “Perlindungan daripada Pornografi—Sebuah Rumah yang Bertumpu kepada Kristus” (Liahona, Mei 2014, 15–17). Mereka boleh bayangkan mereka sedang berbual dengan anak lelaki atau perempuan mereka kelak tentang mengapa pornografi begitu merosakkan dan cara mengelaknya. Apakah maklumat yang mereka akan kongsi daripada pesanan persidangan yang mereka telah kaji? Jemput mereka untuk berkongsi secara berpasangan jawapan yang diperoleh. Minta mereka menulis hal yang mereka akan lakukan untuk mengelak pornografi.

  • Jemput mereka untuk membaca 1 Korintus 10:13 dan Alma 13:28. Minta pendapat mereka tentang bagaimana tulisan suci ini berkaitan dengan cabaran kita untuk menolak pornografi pada hari ini. Anda juga boleh meminta mereka untuk bayangkan mereka mempunyai seorang kawan yang bergelut tentang pornografi dan ingin bertaubat. Apakah yang mereka rasa boleh membantu kawan mereka berdasarkan tulisan suci di bawah “Sumber-sumber Sokongan”. Apakah yang mungkin membantu kawan mereka memahami bahawa uskup boleh membantu? (lihat Untuk Kekuatan Remaja, 12, 37).

Bertindak dengan Iman

Galakkan ahli kuorum dan kelas untuk merenung dan mencatatkan tindakan mereka berdasarkan tanggapan yang mereka terima hari ini. Bagaimanakah pelajaran hari ini berkaitan dengan matlamat peribadi yang mereka telah tetapkan? Jika mereka sudi, ahli kuorum atau kelas boleh berkongsi idea-idea mereka.

Sumber-sumber Sokongan

Mengajar dengan Cara Juruselamat

Semasa anda mengajar mengikut cara Juruselamat, ahli kuorum atau kelas akan memberi ruang di hati mereka untuk benih injil ditanamkan, mengembung dan membesar. Apakah yang anda boleh lakukan untuk membantu mereka gunakan tulisan suci bagi memahami kuasa dan keindahan mengamalkan hidup yang berakhlak mulia?

Cetak