Ajaran dan Perjanjian 2021
11 Julai. Bagaimanakah Mengetahui tentang Rancangan Keselamatan Mempengaruhi Kehidupan Saya? Ajaran dan Perjanjian 76


“11 Julai. Bagaimanakah Mengetahui tentang Rancangan Keselamatan Mempengaruhi Kehidupan Saya? Ajaran dan Perjanjian 76,” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2021 (2020)

“11 Julai. Bagaimanakah Mengetahui tentang Rancangan Keselamatan Mempengaruhi Kehidupan Saya?” Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2021

Imej
remaja puteri sedang belajar tulisan suci

11 Julai

Bagaimanakah Mengetahui tentang Rancangan Keselamatan Mempengaruhi Kehidupan Saya?

Ajaran dan Perjanjian 76

Imej
ikon berunding bersama

Berunding Bersama

Dipimpin oleh seorang ahli presidensi kuorum atau kelas; kira-kira 10–20 minit

Pada permulaan pertemuan, ulang bersama-sama Tema Kuorum Imamat Harun atau Tema Remaja Puteri. Kemudian pimpin perbincangan tentang hal-hal berikut dan rancang untuk bertindak berdasarkan perbincangan (anda boleh putuskan dalam mesyuarat presidensi hal-hal untuk dibincang):

  • Kuorum atau kelas kita. Siapakah yang memerlukan bantuan dan doa kita? Apakah yang kita boleh lakukan untuk membantu mereka? Siapakah kita harus jemput ke aktiviti yang akan datang?

  • Tugas dan tanggungjawab kita. Apakah tugas yang kita telah lengkapi? Apakah tugas yang kita perlu lakukan? Apakah cara yang kita pernah gunakan untuk menjemput orang lain untuk datang kepada Kristus dan bagaimanakah kita boleh menjemput orang lain sekarang?

  • Kehidupan kita. Apakah pengalaman baru-baru ini yang telah memperkuatkan kesaksian kita? Apakah yang sedang berlaku dalam kehidupan kita dan bagaimanakah kita boleh menyokong satu sama lain?

Pada penghujung pelajaran, jika sesuai, lakukan perkara berikut:

  • Bersaksi tentang asas-asas yang diajar.

  • Memperingatkan ahli kuorum atau kelas tentang rancangan dan jemputan yang telah dibuat dalam pertemuan.

Imej
ikon mengajar ajaran

Mengajar Ajaran

Dipimpin oleh seorang pemimpin dewasa atau remaja; kira-kira 25–35 minit

Mempersiapkan Diri Secara Rohani

Bapa Syurgawi kita telah menyediakan rancangan yang membolehkan kita menerima berkat yang abadi dan menjadi seperti-Nya. Dia mahu semua anak-Nya tahu tentang rancangan itu, oleh itu Dia telah ungkapkannya kepada para nabi sepanjang zaman. Semasa ahli kuorum atau kelas mengkaji Ajaran dan Perjanjian 76 minggu ini, mereka telah pelajari hal yang Tuhan telah ungkapkan rancangan-Nya kepada Joseph Smith dan Sidney Rigdon, termasuk peranan utama Juruselamat dalam rancangan tersebut serta kemuliaan yang kita boleh terima dalam kehidupan yang akan datang. Jika kita beriman, kita boleh disempurnakan melalui Korban Tebusan Yesus Kristus, menerima kegenapan kebahagiaan serta hidup bersama Tuhan selamanya.

Bagaimanakah mengetahui tentang rancangan Bapa Syurgawi mempengaruhi perspektif anda terhadap kehidupan? Bagaimanakah anda boleh membantu kuorum atau kelas anda memahami berkat yang diterima atas pengetahuan tentang rancangan keselamatan? Sebagai persediaan untuk mengajar, anda boleh membaca pesanan Elder Dieter F. Uchtdorf “Pengembaraan Hebat Anda” (Liahona, Nov. 2019, 86–90).

Imej
remaja putera di dalam kelas

Belajar tentang rancangan keselamatan memberikan hala tuju dan tujuan kepada kehidupan kita.

Belajar Bersama

Salah satu cara untuk mulakan perbincangan dengan kuorum atau kelas anda tentang rancangan keselamatan adalah dengan menjemput seseorang menulis tajuk berikut di papan tulis, berserta ayat-ayat daripada Ajaran dan Perjanjian 76: Kehidupan Pra-fana (ayat 22–27), Kehidupan Fana (ayat 40–43), dan Kehidupan Selepas Kematian (ayat 50–53, 59–62). Beri ahli kuorum atau kelas masa selama beberapa minit untuk kaji semula ayat-ayat ini dan mencari peranan Juruselamat dalam memenuhi rancangan Bapa Syurgawi. Minta mereka menulis apa yang mereka temui di bawah setiap tajuk. Aktiviti-aktiviti di bawah ini boleh membantu mereka lebih memahami bagaimana rancangan Bapa Syurgawi memberkati kehidupan mereka.

  • Kaji semula beberapa nama rancangan Bapa Syurgawi boleh membantu ahli kuorum atau kelas lebih memahami rancangan tersebut. Mereka boleh mengkaji tulisan suci dalam isi pertama di bawah “Sumber-sumber Sokongan” dan membuat senarai beberapa nama rancangan Tuhan. Apakah yang nama-mana ini beritahu kita tentang rancangan itu? Sebagai contoh, bagaimanakah rancangan ini membawa kebahagiaan kepada kita, sekarang dan selamanya? Apakah yang tulisan suci ini ajarkan kita tentang peranan Juruselamat dalam rancangan ini?

  • Pertimbangkan untuk menjemput kelas untuk bincangkan bagaimana mereka boleh menjawab soalan yang mungkin akan ditanya tentang rancangan keselamatan: Dari manakah kita berasal? Mengapa kita berada di sini? Ke manakah kita pergi selepas kehidupan ini? Jemput mereka untuk gunakan maklumat di “Sumber-sumber Sokongan” untuk menyediakan jawapan kepada salah satu daripada soalan ini. Bagaimanakah kita boleh diperkuatkan dengan mengetahui jawapan kepada soalan-soalan ini?

  • Ahli kuorum atau kelas mempelajari tentang kebenaran injil secara lebih mendalam apabila mereka diberi peluang untuk mengajar. Sebelum pertemuan, minta beberapa ahli kuorum atau kelas membuat persediaan awal untuk berkongsi ringkasan pendek tentang hal yang mereka tahu tentang aspek rancangan keselamatan. Apakah perubahan yang boleh terjadi jika mengetahui tentang rancangan keselamatan?

Bertindak dengan Iman

Galakkan ahli kuorum dan kelas untuk merenung dan mencatatkan tindakan mereka berdasarkan tanggapan yang mereka terima hari ini. Bagaimanakah pelajaran hari ini berkaitan dengan matlamat peribadi yang mereka telah tetapkan? Jika mereka sudi, ahli kuorum atau kelas boleh berkongsi idea-idea mereka.

Sumber-sumber Sokongan

Mengajar dengan Cara Juruselamat

Juruselamat menanya soalan yang membuat orang yang diajar-Nya berfikir secara mendalam. Dia benar-benar berminat dengan jawapan mereka. Bagaimanakah anda boleh menggunakan soalan untuk membantu remaja berfikir secara mendalam tentang rancangan Tuhan? (Lihat Teaching in the Savior’s Way [2016], 33–34.)

Cetak