Ajaran dan Perjanjian 2021
Idea-idea untuk Memperbaikkan Pengkajian Tulisan Suci Secara Peribadi


“Idea-idea untuk Memperbaikkan Pengkajian Tulisan Suci Secara Peribadi,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“Idea-idea untuk Memperbaikkan Pengkajian Tulisan Suci Secara Peribadi,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2021

Imej
seorang lelaki mengkaji tulisan suci

Idea-idea untuk Memperbaikkan Pengkajian Tulisan Suci Secara Peribadi

Berikut ialah beberapa cara untuk mempertingkatkan kajian firman Tuhan dalam tulisan suci:

Doa untuk Ilham

Tulisan suci adalah firman Tuhan, minta bantuan-Nya untuk pemahaman.

Carikan kebenaran tentang Yesus Kristus

Tulisan suci mengajar kita bahawa segala hal memberi kesaksian tentang Kristus (lihat 2 Nefi 11:4; Musa 6:63), oleh itu, pertimbangkan untuk mencatat atau menandakan ayat yang bersaksi tentang Juruselamat, yang memperdalamkan kasih anda terhadap-Nya, dan mengajar bagaimana untuk mengikuti-Nya.

Carikan Kata-kata dan Frasa-Frasa Yang Mengilhamkan

Anda boleh mendapati kata-kata dan ayat-ayat tertentu dalam tulisan suci yang mempengaruhi anda, seolah-olah mereka ditulis khas untuk anda. Anda mungkin rasa mereka berkait dengan anda secara peribadi, dan mengilhami anda serta menggalakkan anda. Bertimbang untuk menanda dalam tulisan suci atau catatkan mereka dalam jurnal kajian anda.

Carikan Kebenaran Injil

Kadangkala kebenaran-kebenaran injil (biasanya dipanggil ajaran atau asas) dinyatakan secara jelas, dan kadangkala mereka dibayangkan dalam satu contoh atau cerita. Tanya diri sendiri, “Apakah kebenaran abadi yang diajar dalam ayat-ayat ini?”

Mendengar Roh

Beri perhatian kepada fikiran dan perasaan anda, walaupun ia tidak berkaitan dengan apa yang anda sedang membaca. Tanggapan-tanggapan itu mungkin ialah perkara yang Bapa Syurgawi hendak anda belajar.

Mengibaratkan Tulisan Suci Kepada Kehidupan Anda

Pertimbangkan tentang bagaimana cerita-cerita dan ajaran-ajaran yang anda baca boleh digunakan dalam kehidupan anda. Sebagai contoh, anda boleh tanya diri sendiri, “Pengalaman apakah sudah saya ada yang serupa dengan apa yang saya baca?” atau “Bagaimana saya boleh ikut teladan dalam tulisan suci?”

Tanya Soalan Semasa Anda Mengaji

Semasa anda mengkaji tulisan suci, soalan akan timbul dalam minda. Soalan-soalan ini mungkin berkaitan dengan apa yang sedang anda baca atau dengan kehidupan anda. Renungkan soalan-soalan ini dan carikan jawapan semasa anda terus mengkaji tulisan suci.

Gunakan Bantuan Kajian Kitab Suci

Untuk memperoleh tanggapan tambahan tentang ayat-ayat yang anda baca, gunakan nota kaki, Panduan Tulisan Suci (scriptures.ChurchofJesusChrist.org), dan bantuan kajian yang lain.

Pertimbangkan Konteks Tulisan suci

Anda dapat mencari pandangan yang bermakna tentang tulisan suci semasa anda pertimbangkan konteksnya, termasuk keadaan atau latar belakangnya. Contohnya, mengetahui latar belakang dan kepercayaan orang-orang yang Tuhan telah berbicara kepada dapat membantu anda memahami niat firman-Nya.

Catatkan Fikiran dan Perasaan Anda

Terdapat banyak cara untuk mencatat tanggapan yang datang kepada anda semasa anda mengkaji. Sebagai contoh, anda boleh tandakan satu perkataan atau ayat yang bermaksud dan catatkan fikiran anda sebagai nota dalam kitab suci anda. Anda juga boleh simpan sebuah jurnal untuk mencatat tanggapan, perasaan dan tanggapan yang anda terima.

Kaji Kata-Kata Nabi dan Rasul Zaman Akhir

Baca ajaran-ajaran dari para nabi dan rasul zaman akhir mengenai asas-asas yang anda temui dalam kitab suci (sebagai contoh, lihat conference.ChurchofJesusChrist.org dan majalah Gereja).

Kongsikan Tanggapan

Berbincang tentang tanggapan dari kajian peribadi anda bukan hanya satu cara untuk mengajar orang lain, tetapi ia juga boleh memperkuatkan pemahaman anda tentang perkara yang sudah anda baca.

Lakukan Perkara Yang Sudah Anda Belajar

Kajian Kitab Suci tidak harus hanya mengilhamkan kita tetapi ia juga harus membimbing kita untuk mengubah cara kita hidup. Dengar apa yang Roh suruh anda lakukan semasa anda baca, dan kemudian bertekad untuk bertindak ke atas pengaruh itu.

Imej
seorang wanita sedang mengkaji tulisan suci

Elder David A. Bednar berkata: ”Kita tidak harus harapkan Gereja sebagai satu organisasi mengajar atau memberitahu kita segala yang kita perlu tahu dan perlu lakukan untuk menjadi pengikut yang setia dan bertahan sampai akhir dengan berani. Sebaliknya, tanggungjawab kita adalah untuk belajar perkara yang kita harus belajar, hidup seperti cara kita harus hidup, dan menjadi orang yang Guru hendak kita jadi. Dan rumah kita ialah tempat paling baik untuk pembelajaran, kehidupan, dan pelaksanaan” (“Disediakan untuk Mendapatkan Setiap Hal yang Diperlukan,” Ensign atau Liahona, Mei 2019, 102)

Cetak