Ajaran dan Perjanjian 2021
1–7 Mac. Ajaran dan Perjanjian 20–22: “Kebangkitan Gereja Kristus”


“1–7 Mac. Ajaran dan Perjanjian 20–22: ‘Kebangkitan Gereja Kristus,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“1–7 Mac. Ajaran dan Perjanjian 20–22,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2021

Imej
rumah Peter Whitmer

Rumah Peter Whitmer, oleh Al Rounds

1–7 Mac

Ajaran dan Perjanjian 20–22

“Kebangkitan Gereja Kristus”

Apabila anda mengkaji Ajaran dan Perjanjian 20–22 minggu ini, idea pengajaran boleh datang ke fikiran anda. Anda boleh mencari idea pengajaran tambahan dalam rangka panduan ini.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Tunjukkan gambar dalam rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga, dan minta kanak-kanak untuk berkongsi apa yang mereka tahu mengenai organisasi Gereja. Untuk bantuan, lihat “Chapter 9: Organization of the Church of Jesus Christ” (Doctrine and Covenants Stories, 40–42).

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Ajaran dan Perjanjian 20–21

Gereja Yesus Kristus telah dipulihkan.

Pada 6 April 1830, Joseph Smith dan Oliver Cowdery berkumpul dengan yang lain untuk mengaturkan Gereja Yesus Kristus yang dipulihkan. Bagaimanakah anda boleh membantu kanak-kanak yang anda ajar memahami kepentingan peristiwa ini?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Gunakan tajuk bahagian untuk Ajaran dan Perjanjian 21 atau bab  9 dari Doctrine and Covenants Stories untuk memberitahu kanak-kanak secara ringkas apa yang berlaku pada hari Gereja dibentukkan. Untuk membantu mereka memahami peristiwa ini, tunjukkan video “Organization of the Church” (ChurchofJesusChrist.org).

  • Beritahu kanak-kanak mengapa anda bersyukur kerana kita mempunyai Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir. Jelaskan bahawa menjadi ahli Gereja menyediakan kita untuk hidup dengan Tuhan lagi. Bantu mereka mengulangi frasa “Saya ahli Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir” beberapa kali atau menyanyi “Gereja Yesus Kristus” (Buku Nyanyian Anak-anak, 48).

Ajaran dan Perjanjian 20:37, 71–74

Saya bersedia untuk dibaptiskan.

Kanak-kanak yang anda ajar sedang bersedia untuk dibaptiskan. Bantu mereka memahami apakah ertinya untuk dibaptiskan dan apa yang mereka boleh lakukan untuk bersedia.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjuk gambar seorang kanak-kanak dibaptiskan (lihat Buku Seni Injil, no. 104), dan minta kanak-kanak menunjukkan apa yang mereka perhatikan. Baca atau ringkaskan Ajaran dan Perjanjian 20:71–74, dan bantu kanak-kanak melihat bagaimana gambar sepadan dengan arahan dalam ayat-ayat ini. Bersaksi bahawa kita harus mengikuti contoh Juruselamat dan dibaptiskan dalam cara yang Dia perintahkan.

  • Ringkaskan Ajaran dan Perjanjian 20:37. Apakah yang kita pelajari dari ayat ini tentang orang yang ingin dibaptiskan? Tunjukkan gambar cara kanak-kanak boleh bersedia untuk dibaptiskan, seperti melayani orang lain dan berdoa.

  • Nyanyi sebuah lagu tentang pembaptisan, seperti “Waktu Aku Dibaptis” (Buku Nyanyian Anak-anak, 53). Jemput kanak-kanak untuk berkongsi perasaan mereka tentang pembaptisan.

Ajaran dan Perjanjian 20:75–79

Sakramen membantu saya mengingati Yesus Kristus.

Bagaimanakah anda dapat membantu kanak-kanak lebih memahami sebab kita mengambil sakramen setiap minggu?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca Ajaran dan Perjanjian 20:77 kepada kanak-kanak. Minta mereka berdiri apabila mereka mendengar apa yang kita harus ingat ketika kita makan roti sakramen. Lakukan yang sama dengan ayat 79. (Anda mungkin ingin menunjukkan bahawa kita minum air bukannya wain.) Bagaimanakah kita dapat menunjukkan bahawa kita mengingati Yesus?

  • Beritahu kanak-kanak tentang masa anda membuat satu janji dan menyimpannya. Jemput kanak-kanak untuk menceritakan cerita mereka yang serupa. Jelaskan bahawa ketika kita mengambil sakramen, kita membuat perjanjian. Baca Ajaran dan Perjanjian 20:77, menekankan perjanjian yang kita buat untuk “selalu mengingati-Nya” dan “taat kepada perintah-perintah-Nya.” Jemput kanak-kanak untuk berkongsi tentang satu masa ketika mereka mengingati Juruselamat atau mentaati satu perintah.

    Imej
    kanak-kanak sedang mengambil sakramen

    Sakramen mengingatkan saya untuk memikirkan tentang Yesus Kristus.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Ajaran dan Perjanjian 20–21

Gereja Yesus Kristus telah dipulihkan.

Dalam kepatuhan kepada perintah Tuhan, Joseph Smith, Oliver Cowdery, dan yang lain mengaturkan Gereja Yesus Kristus yang dipulihkan pada 6 April 1830. Pertimbangkan cara-cara untuk membantu kanak-kanak untuk melihat bagaimana peristiwa ini telah memberkati hidup mereka.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Ingatkan kanak-kanak beberapa peristiwa penting yang mereka pelajari—seperti pemulihan imamat dan penterjemahan Kitab Mormon. Mengapakah perkara-perkara ini perlu berlaku sebelum Gereja diaturkan?

  • Paparkan gambar perkara yang kita lakukan dalam gereja yang digambarkan dalam bahagian 20, seperti belajar tentang Tuhan dan Yesus Kristus, melayani, pembaptisan, dan pengambilan sakramen. Bantu kanak-kanak itu memadankan gambar-gambar ini dengan tulisan suci yang menggambarkannya, seperti Ajaran dan Perjanjian 20:17–21, 47, 70, 72–74, 75–79, dan tajuk untuk bahagian 21. Apakah berkat yang kita ada kerana kita adalah ahli Gereja?

  • Nyanyi bersama “Gereja Yesus Kristus” (Buku Nyanyian Anak-anak, 48).

Ajaran dan Perjanjian 20:37, 77, 79

Ketika saya dibaptiskan, saya berjanji untuk mengikuti Yesus Kristus.

Ramai kanak-kanak di kelas anda telah dibaptiskan. Ingatkan mereka tentang perjanjian yang mereka buat “untuk mengambil ke atas diri mereka nama Yesus Kristus, ” (Ajaran dan Perjanjian 20:37).

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput beberapa kanak-kanak untuk datang bersedia untuk berkongsi apa yang mereka rasa atau alami semasa mereka dibaptiskan. Mungkin mereka boleh membawa gambar hari pembaptisan mereka untuk tunjukkan kepada kelas. Mengapakah mereka memilih untuk dibaptiskan? Bagaimanakah pembaptisan dan penerimaan Roh Kudus memberkati mereka?

  • Baca bersama Ajaran dan Perjanjian 20:77, dan minta kanak-kanak mengenal pasti janji-janji yang kita buat semasa sakramen. Untuk membantu kanak-kanak memahami bahawa ada perkara yang mereka boleh lakukan setiap hari untuk “selalu mengingati” Yesus Kristus, jemput seorang kanak-kanak untuk berlakon tindakan yang dia dapat lakukan untuk mengingati Juruselamat. Minta yang lain meneka apakah tindakan itu. Menurut ayat 77, bagaimana kita diberkati apabila kita selalu mengingati Juruselamat?

  • Bantu kanak-kanak membandingkan Ajaran dan Perjanjian 20:37 dengan ayat 77 untuk mencari frasa yang berulang dalam kedua-duanya. Tunjukkan kanak-kanak sesuatu yang mempunyai nama di atasnya (seperti nama jenama atau nama peribadi). Apakah nama itu memberitahu kita tentang benda itu? Baca bersama Ajaran dan Perjanjian 20:37 untuk mencari nama yang kita ambil ke atas diri kita apabila kita dibaptiskan. Apakah maksudnya untuk mengambil nama Yesus Kristus ke atas diri kita? Bagaimanakah kita harus berfikir dan bertindak kerana kita mempunyai nama ini?

Ajaran dan Perjanjian 21:4–6

Saya diberkati apabila saya mengikuti nabi.

Bagaimanakah anda akan membantu kanak-kanak menerima berkat-berkat yang dijanjikan dalam ayat-ayat ini kepada mereka yang mengikuti nabi?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tulis pada papan tulis Perintah-perintah dan Berkat-berkat. Jemput kanak-kanak untuk membaca Ajaran dan Perjanjian 21:4–6, mencari perintah yang Tuhan berikan dan berkat yang Dia janjikan. Jemput mereka untuk tulis pada papan tulis apa yang mereka jumpa.

  • Tunjukkan gambar nabi terkini, dan jemput kanak-kanak untuk berkongsi sesuatu yang mereka pelajari atau dengar daripada dia baru-baru ini. Baca bersama Ajaran dan Perjanjian 21:5. Jemput kanak-kanak untuk tulis atau lukis sesuatu yang mereka boleh lakukan untuk mengikuti nabi. Kongsi kesaksian anda bahawa apabila kita mengikuti nabi, kita sedang mengikuti Juruselamat.

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak membuat senarai sebab-sebab mereka bersyukur untuk Gereja Yesus Kristus yang dipulihkan. Galakkan mereka untuk berkongsi senarai mereka dengan ahli keluarga atau kawan.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Gunakan cerita untuk mengajar ajaran. “Cerita membantu kanak-kanak melihat bagaimana injil digunakan untuk kehidupan seharian. … Apabila mengajar kanak-kanak, rancangkan cara untuk melibatkan mereka dalam cerita; contohnya, mereka boleh memegang gambar, mengulangi frasa, atau berlakon bahagian itu” (Teaching in the Savior’s Way, 25).

Cetak