Ajaran dan Perjanjian 2021
3–9 Mei. Ajaran dan Perjanjian 48–46: “Carilah dengan Sungguh-Sungguh Kurnia-Kurnia yang Terbaik.”


“3–9 Mei. Ajaran dan Perjanjian 46–48: ‘Carilah dengan Sungguh-Sungguh Kurnia-Kurnia yang Terbaik.’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“3–9 Mei. Ajaran dan Perjanjian 46–48,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2021

Imej
orang ramai bertemu di tepi kolam

Mesyuarat Kem, oleh Worthington Whittredge

3–9 Mei

Ajaran dan Perjanjian 46–48

“Carilah dengan Sungguh-Sungguh Kurnia-Kurnia yang Terbaik.”

Fikir tentang kanak-kanak yang anda ajar apabila anda membaca Ajaran dan Perjanjian 46–48. Lihat “Memenuhi Keperluan Kanak-kanak yang Lebih Kecil” di permulaan buku panduan ini untuk idea tambahan yang boleh dipertimbangkan.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Jemput kanak-kanak lukiskan gambar sesuatu yang mereka pelajari dalam pengajaran minggu lepas atau di rumah. Berikan mereka peringatan jika diperlukan. Kemudian biarkan kanak-kanak bercakap tentang lukisan mereka.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Ajaran dan Perjanjian 46:2–6

Saya boleh membantu orang lain berasa disambut baik di gereja.

Kita semua, termasuk kanak-kanak, ingin merasa diterima. Bagaimanakah anda dapat menggunakan ayat tersebut untuk menolong kanak-kanak membuat orang lain rasa dialu-alukan di gereja?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca Ajaran dan Perjanjian 46:5 dengan kuat, dan beritahu kanak-kanak dalam ayat anda sendiri apa erti ayat tersebut. Tunjuk gambar orang-orang dari seluruh dunia. Tanya kanak-kanak siapa di antara orang-orang ini yang Bapa di Syurga ingin kita jemput ke pertemuan Gereja kita. Bantu kanak-kanak berlatih menjemput anda atau satu sama lain untuk datang kepada pertemuan atau aktiviti gereja.

  • Jemput kanak-kanak membayangkan bahawa seorang kawan akan datang ke gereja bagi kali pertama. Tolong mereka untuk fikirkan cara bagaimana untuk membuat kawan mereka rasa dialu-alukan. Biar mereka berlatih apa yang mereka akan katakan jika mereka nampak seorang kawan masuk dalam gereja atau kelas untuk kali pertama.

Ajaran dan Perjanjian 46:13–26

Bapa Syurgawi memberkati saya dengan kurnia-kurnia rohani.

Setiap kanak-kanak yang anda ajar ialah putera atau puteri Bapa Syurgawi, dan Dia telah memberkati mereka dengan kurnia rohani.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Gunakan Ajaran dan Perjanjian 46:13–26 atau “Bab 20: Kurnia-kurnia Roh” (Ajaran dan Perjanjian, 77–80) untuk menerangkan kepada kanak-kanak beberapa kurnia yang Bapa Syurgawi berikan kita melalui Roh-Nya dan kenapa Dia berikan kurnia kepada kita. Jika boleh, tunjukkan objek atau gambar yang mewakili setiap kurnia. Berhenti seketika untuk menanyakan bagaimana kurnia ini boleh memberkati seseorang.

  • Beri kepada seorang kanak-kanak sesuatu yang boleh dikongsi, seperti sekeping roti atau dua alat mainan. Minta kanak-kanak tersebut untuk kongsi apa yang anda telah berikan dengan ahli yang kelas. Terangkan bahawa Bapa Syurgawi memberikan kita kurnia rohani , dan dia inginkan kita untuk menolong orang lain. Beritahu kanak-kanak mengenai satu masa ketika anda diberkati kerana seseorang kongsi kurnia rohani mereka.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Ajaran dan Perjanjian 46:8–26

Bapa Syurgawi memberi saya kurnia-kurnia rohani untuk memberkati orang lain.

Kurnia yang diterangkan dalam Ajaran dan Perjanjian 46—dan dalam banyak lagi kurnia rohani—datang daripada Tuhan melalui Roh Kudus. Anda boleh tolong kanak-kanak untuk mengenalpasti kurnia yang mereka telah diberi—dan yang lain mereka boleh cari—sambil anda mengkaji Ajaran dan Perjanjian 46 bersama.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tulis dalam sekeping kertas beberapa kurnia rohani yang terdapat dalam Ajaran dan Perjanjian 46:13–26 dan Fasal-Fasal Kepercayaan 1:7, dan sorokkan mereka dalam bilik. Jemput setiap kanak-kanak untuk mencari salah satu kertas dan mencari ayat suci di mana kurnia itu disebut dalam tulisan suci. Kemudian baca bersama Ajaran dan Perjanjian 46:8–9, 12. Mengapakah Bapa Syurgawi memberi kita kurnia rohani?

  • Tolong kanak-kanak untuk menulis pada papan kurnia-kurnia Roh seperti yang disebut dalam Ajaran dan Perjanjian 46. Apabila setiap kurnia ditulis, bincangkan tentang bagaimana kurnia itu boleh digunakan untuk memberkati orang lain. Penerangan dalam “Bab 20: Kurnia-kurnia Roh” (Cerita Ajaran dan Perjanjian, 77–80) boleh menolong. Beritahu kanak-kanak bahawa setiap daripada mereka mempunyai kurnia rohani. Galakkan mereka meminta Bapa Syurgawi untuk menolong mereka mengenali kurnia mereka dan bagaimana mereka menggunakan ia untuk menolong orang lain.

Ajaran dan Perjanjian 47:1, 3

Saya boleh mencatat sejarah saya.

Tuhan memanggil John Whitmer untuk menyimpan sejarah Gereja. Hari ini kita diberkati kerana sejarah Gereja yang telah disimpan untuk bertahun-tahun.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca bersama Ajaran dan Perjanjian 47:1, 3, dan minta kanak-kanak untuk mencari apa yang Tuhan ingin John Whitmer lakukan. Apakah erti perkataan “berterusan” dalam ayat 3? Bagaimana kita diberkati dengan mengetahui tentang sejarah Gereja.

  • Jika kanak-kanak yang anda ajar menyimpan jurnal, minta mereka untuk bercakap tentang perkara yang mereka tulis dalam jurnal mereka. Kanak-kanak mungkin suka untuk mendengar cerita daripada jurnal zaman kanak-kanak anda atau jurnal moyang anda.

  • Tunjukkan kanak-kanak contoh bagaimana mereka boleh menyimpan sejarah hidup mereka. Contohnya, mereka boleh menulis buku, menyimpan gambar dalam buku skrap, taip dalam komputer, atau membuat rakaman audio atau video. Tolong kanak-kanak membuat satu senarai tentang perkara yang baik untuk dimasukkan dalam sejarah peribadi, seperti kesaksian mereka dalam Yesus Kristus Jemput kanak-kanak untuk membuat satu tanda atau poster untuk dibawa balik beberapa idea ini untuk mengingatkan mereka untuk mencatatkan sejarah peribadi mereka.

    Imej
    seorang kanak-kanak perempuan belajar.

    Jurnal adalah salah satu cara kita boleh menyimpan sejarah.

Ajaran dan Perjanjian 48:1–4

Saya boleh menolong orang lain dengan berkongsi apa yang telah saya diberikan.

Tuhan menggalakkan Orang suci di Ohio untuk menolong Orang suci lain dengan berkongsi tanah dan wang mereka. Bagaimana anda boleh menggunakan ayat suci ini untuk menolong kanak-kanak mencari cara untuk berkongsi dengan orang lain apa yang Tuhan telah berikan kepada mereka.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan kanak-kanak peta New York dan Ohio (lihat panduan untuk 12–18 April dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga). Terangkan bahawa Tuhan telah memerintahkan kepada Orang suci di New York dan kawasan lain untuk berkumpul di Ohio, tetapi kebanyakan daripada mereka tidak mempunyai cukup duit untuk membina rumah apabila mereka sampai. Bantu kanak-kanak mencari perkara dalam Ajaran dan Perjanjian 48:1–4 tentang apa yang Tuhan minta Orang suci di Ohio lalukan untuk menolong. Tanya kanak-kanak apa yang mereka akan ingin lakukan jika mereka hidup di Ohio pada masa itu. Apa yang kita telah diberikan hari ini yang kita boleh gunakan untuk menolong orang lain?

  • Baca Ajaran dan Perjanjian 48:4 bersama, dan minta kanak-kanak untuk cari sesuatu yang Tuhan minta Orang suci lakukan untuk menolong kerja-Nya. Terangkan bahawa dengan menyimpan duit ia dapat menolong mereka untuk membeli tanah dan membina bait suci pada satu hari. Apa yang kita boleh simpan duit supaya kita boleh menolong melakukan pekerjaan Tuhan?

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Galakkan kanak-kanak untuk menanyakan ahli keluarga di rumah tentang kurnia rohani yang mereka rasa kanak-kanak telah diberikan. Cuba minta kanak-kanak untuk berdoa dan cari kurnia Roh yang mereka ingin perbaiki.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Bantu kanak-kanak belajar daripada kitab suci. Kanak-kanak kecil mungkin tidak dapat membaca dengan banyak, namun anda masih dapat menolong mereka untuk belajar daripada ayat suci. Sebagai contoh, anda boleh membaca satu petikan dan menjemput mereka untuk berdiri atau mengangkat tangan apabila mendengar perkataan atau ayat tertentu.

Cetak