Ajaran dan Perjanjian 2021
2–8 Ogos. Ajaran dan Perjanjian 85–87: “Berdirilah Kamu di Tempat-tempat Kudus”


“2–8 Ogos. Ajaran dan Perjanjian 85–87: ‘Berdirilah Kamu di Tempat-tempat Kudus,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“2–8 Ogos. Ajaran dan Perjanjian 85–87,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2021

Imej
keluarga berjalan ke bait suci

2–8 Ogos

Ajaran dan Perjanjian 85–87

“Berdirilah Kamu di Tempat-tempat Kudus”

Kerana masa anda dengan kanak-kanak adalah terhad, cari bimbingan rohani untuk mengetahui asas dari tulisan suci yang anda perlu beri penekanan. Percaya kepada tanggapan yang anda terima.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Tunjukkan kepada kanak-kanak beberapa gambar atau halaman aktiviti yang anda telah gunakan dalam pelajaran baru-baru ini, dan jemput kanak-kanak untuk berkongsi apa yang mereka ingat tentangnya, sama ada dalam kelas atau di rumah.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Ajaran dan Perjanjian 85:6

Roh bercakap dengan “suara kecil yang lembut.”

Elder Richard G. Scott berkata, “Jika anda tidak mencapai apa-apa dalam hubungan anda dengan para pelajar anda selain membantu mereka mengenali dan mematuhi dorongan Roh, anda akan memberkati kehidupan mereka secara tak terhingga dan selamanya” (“To Learn and to Teach More Effectively” [Persidangan Minggu Pendidikan Brigham Young University, 21 Ogos, 2007], 5, speeches.byu.edu).

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca kepada kanak-kanak bagaimana Joseph Smith menggambarkan Roh: “Ya, demikianlah kata suara kecil yang lembut” (Ajaran dan Perjanjian 85:6). Minta kanak-kanak namakan beberapa perkara yang kecil (tunjukkan gambar jika mereka memerlukan bantuan). Jemput mereka untuk bongkok badan ke bawah untuk menjadi kecil dan cuba untuk tidak bergerak. Bantu mereka berfikir tentang bagaimana suara boleh menjadi kecil, dan biarkan mereka berlatih mendengar dan bercakap dengan suara yang kecil. Ceritakan tentang masa ketika Roh berbicara kepada anda dalam suara kecil yang lembut.

  • Ajar kanak-kanak lagu tentang Roh, seperti “Roh Kudus” (Buku Nyanyian Anak-anak, 55). Jemput mereka menyanyi bersama anda secara berbisik. Apakah yang lagu ini ajarkan tentang Roh Kudus? Bantu kanak-kanak untuk mengenal pasti waktu mereka mungkin merasakan pengaruhnya (seperti ketika berdoa, menyanyi lagu rohani, atau membantu orang lain).

Ajaran dan Perjanjian 86:11

Saya boleh menjadi seperti cahaya kepada orang lain.

Bahagian 86 menggambarkan pekerjaan penting yang Tuhan mahu para hamba-Nya lakukan pada zaman akhir. Salah satu cara kanak-kanak dapat membantu dengan pekerjaan ini adalah dengan menjadi cahaya kepada orang-orang di sekeliling mereka.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca kepada kanak-kanak frasa berikut dari Ajaran dan Perjanjian 86:11: “Diberkatilah kamu jika kamu meneruskan dalam kebaikan-Ku, suatu cahaya bagi bangsa bukan Israel, [atau orang yang tiada injil].” Bagaimana cahaya memberkati kita? Bagaimanakah keadaan apabila kita tidak mempunyai cahaya? Bagaimanakah kita dapat menjadi cahaya kepada orang lain yang tidak tahu tentang injil? Bantu kanak-kanak memikirkan cara kita dapat berkongsi kebaikan Yesus dengan orang lain.

  • Minta kanak-kanak membayangkan bahawa seorang kawan sedang cuba berjalan dalam kegelapan (matikan lampu jika ia membantu). Mengapakah ia sukar untuk berjalan dalam kegelapan? Apakah yang kita boleh lakukan untuk membantu kawan kita? Jelaskan bahawa apabila kita mengikuti Juruselamat, ia seperti menyinari cahaya untuk menunjukkan kepada orang lain jalan untuk dituju.

  • Majalah Liahona dan Friend sering mempunyai cerita mengenai kanak-kanak yang merupakan teladan yang baik Carikan satu cerita untuk dikongsi dengan kanak-kanak yang akan mengilhami mereka untuk menjadi teladan yang baik juga.

Ajaran dan Perjanjian 87

Rumah kita boleh menjadi “tempat kudus.”

Tiada rumah yang sempurna, tetapi terdapat perkara yang kita semua boleh lakukan untuk menjadikan rumah kitai tempat kudus yang damai.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jelaskan kepada kanak-kanak bahawa Joseph Smith bimbang tentang perkara-perkara yang sedang berlaku di dunia. Ringkaskan pengenalan di bahagian 87. Minta kanak-kanak mendengar perkara-perkara yang mungkin membuat Joseph bimbang. Untuk mengajar apa yang Tuhan firmankan kita harus lakukan mengenai masalah itu, baca Ajaran dan Perjanjian 87:8.

  • Tunjukkan gambar bait suci, dan kongsi mengapakah bait suci itu tempat kudus. Tunjukkan gambar rumah, dan bantu kanak-kanak memikirkan cara mereka boleh menjadikan rumah mereka kudus seperti bait suci (lihat halaman aktiviti minggu ini). Mengapakah kita mahu berada di tempat kudus?

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Ajaran dan Perjanjian 85:6

Roh bercakap dengan “suara kecil yang lembut.”

Dunia mempunyai banyak gangguan yang boleh membuatkan ia sukar untuk mendengar Roh. Bagaimanakah anda dapat membantu kanak-kanak mendengar suara Roh?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tanyakan kepada kanak-kanak apa yang mereka akan katakan jika seseorang bertanya kepada mereka bagaimana mereka tahu ketika Roh Kudus berbicara kepada mereka. Jemput mereka membaca tentang satu cara Joseph Smith menggambarkan suara Roh dalam Ajaran dan Perjanjian 85:6.

  • Mainkan satu lagu rohani atau lagu kanak-kanak secara senyap, dan minta salah seorang kanak-kanak untuk meneka apakah lagu itu manakala yang lain membuat bunyi yang mengganggu, seperti bertepuk tangan atau menghentam kaki. Kemudian minta kanak-kanak lain berhenti, dan bincangkan bagaimanakah ini seperti mendengar Roh Kudus apabila kita menyingkirkan gangguan dari kehidupan kita. Bantu kanak-kanak memikirkan gangguan yang mereka dapat singkirkan untuk merasakan Roh lebih kerap.

Ajaran dan Perjanjian 86

Saya boleh membantu mengumpul umat Tuhan.

Perumpamaan tentang gandum dan lalang adalah mengenai “zaman terakhir, bahkan sekarang” (Ajaran dan Perjanjian 86:4). Gunakan perumpamaan ini untuk membantu kanak-kanak berasa diilhami untuk mengambil bahagian dalam “mengumpulkan gandum” (ayat 7).

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Beritahu kanak-kanak tentang perumpamaan gandum dan lalang, atau jemput kanak-kanak untuk menceritakannya (lihat Matius 13:24–30). Jemput kanak-kanak melukis satu gambar sesuatu dari perumpamaan itu. Kemudian baca bersama Ajaran dan Perjanjian 86:1–7, dan jemput kanak-kanak untuk menulis pada lukisan mereka apa diwakili oleh lukisan mereka.

  • Sediakan beberapa gambar kecil atau gambar gandum, dan sembunyikannya di sekeliling bilik. Jemput setiap kanak-kanak untuk membantu mengumpulkan gandum dan menulis padanya nama seseorang yang mereka boleh “kumpulkan” kepada Yesus Kristus. Apakah maksudnya untuk mengumpulkan orang ramai kepada Yesus Kristus? Apakah beberapa cara kita boleh lakukan ini? Apakah yang dimaksudkan untuk “meneruskan dalam kebaikan [Juruselamat], dan bagaimana ini dapat membantu kita mengumpulkan orang ramai kepada-Nya? (Ajaran dan Perjanjian 86:11).

Ajaran dan Perjanjian 87

Saya boleh “berdiri… di tempat-tempat kudus.”

Kanak-kanak yang anda ajar akan menghadapi bahaya rohani dan fizikal sepanjang hidup mereka. Anda boleh membantu mereka mempersiapkan diri menghadapi bahaya tersebut dengan mengajar mereka untuk mencari dan berdiri di tempat kudus.

Imej
wanita dan anak di luar bait suci

Pelayanan bait suci adalah salah satu cara kita dapat membantu mengumpulkan umat Tuhan.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca bersama Ajaran dan Perjanjian 87:6 untuk belajar tentang perkara-perkara yang Tuhan katakan akan berlaku pada zaman akhir. Minta kanak-kanak bercakap mengenai cabaran yang kadangkala dihadapi oleh kanak-kanak seperti umur mereka. Jemput mereka mencari dalam ayat 8 apa yang Tuhan katakan kita harus lakukan pada masa-masa yang sukar. Beritahu kanak-kanak tentang tempat kudus dalam hidup anda.

  • Jemput mereka untuk menyimpan senarai mereka dengan mereka untuk dirujuk apabila diperlukan.

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak memilih satu perkara yang mereka akan lakukan untuk menjadikan rumah mereka atau kehidupan mereka sebagai “tempat kudus.”

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Gunakan kreativiti anda. Jangan membataskan diri bagi idea-idea aktiviti yang dicadangkan dalam panduan ini. Biarkan idea-idea ini mencetuskan kreativiti anda sendiri. Fikirkan tentang apa yang kanak-kanak di kelas anda akan nikmati dan apa yang akan membantu mereka belajar.

Cetak