Ajaran dan Perjanjian 2021
16–22 Ogos. Ajaran dan Perjanjian 89–92: “Suatu Asas dengan Janji”


“16–22 Ogos. Ajaran dan Perjanjian 89–92: ‘Suatu Asas dengan Janji,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“16–22 Ogos. Ajaran dan Perjanjian 89–92,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer

Imej
lelaki dan wanita sedang membuat makanan

16–22 Ogos

Ajaran dan Perjanjian 89–92

“Suatu Asas dengan Janji”

Semasa anda mengkaji kebenaran dalam Ajaran dan Perjanjian 89–92, renungkan cara-cara baru dan kreatif yang boleh membantu kanak-kanak memahaminya.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Jemput kanak-kanak untuk melukis dan bercakap tentang perkara-perkara baik yang mereka lakukan minggu ini untuk menjaga badan dan roh mereka.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Ajaran dan Perjanjian 89

Saya akan diberkati ketika saya mematuhi Kata-kata Bijaksana.

Ajar kanak-kanak bahawa badan kita adalah kurnia daripada Bapa Syurgawi dan Dia mahu kita menjaganya.

Imej
kanak-kanak lelaki berlari di pantai

Badan kita adalah kurnia daripada Tuhan.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Untuk membantu kanak-kanak memahami perintah Tuhan dalam Ajaran dan Perjanjian 89:10–17, lukiskan atau tunjukkan gambar perkara yang baik yang kita boleh makan atau perkara yang baik yang kita lakukan boleh untuk menjaga kesihatan badan kita (lihat juga halaman aktiviti minggu ini). Bantu kanak-kanak memahami bahawa alkohol, tembakau, teh, kopi, dan ubat-ubatan berbahaya yang lain menyakitkan badan kita dan Tuhan telah memberi amaran kepada kita untuk tidak menggunakannya. Jemput kanak-kanak memilih sesuatu yang mereka boleh lakukan minggu ini untuk menjaga kesihatan mereka.

  • Jemput kanak-kanak untuk bergilir melukis gambar di papan tulis yang mewakili sesuatu yang diajar dalam Kata-kata Bijaksana Biarkan kanak-kanak lain meneka apa yang dilukiskan oleh setiap orang. Bercakap tentang perintah Tuhan dalam bahagian 89 yang berkaitan dengan lukisan.

  • Gunakan contoh berikut, atau contoh lain yang anda fikirkan, untuk menunjukkan bagaimana kita diberkati dengan mematuhi Kata-kata Bijaksana (lihat Ajaran dan Perjanjian 89:18–21). Lakukan senaman mudah bersama-sama, seperti berjalan atau berlari di satu tempat, dan kemudian berpura-pura menjadi “letih” atau “lemah” (ayat 20). Bersaksi tentang janji-janji Tuhan.

  • Tunjukkan gambar bait suci, dan minta kanak-kanak untuk menggambarkan apa yang mereka lihat. Gunakan lagu mengenai kesihatan jasmani, seperti “Tuhan B’ri Ku Bait Suci” (Buku Nyanyian Anak-anak, 73), untuk mengajar kanak-kanak bahawa badan kita seperti bait suci untuk roh kita dan Tuhan mahu kita memastikan badan kita sihat. Bantu kanak-kanak memikirkan cara kita boleh menjaga badan kita, dan biarkan kanak-kanak melakonkannya.

Ajaran dan Perjanjian 90:5

Tuhan memberikan kita nabi untuk membimbing dan melindungi kita.

Bantu kanak-kanak memahami bagaimana para nabi Tuhan dapat membantu kita mencari keselamatan dari ribut kehidupan.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan kepada kanak-kanak gambar para nabi dahulu, dan ceritakan kepada mereka bagaimana para nabi ini memberi amaran kepada orang-orang di zaman mereka. (Untuk idea, lihat “Patuhi Nabi,” Buku Nyanyian Anak-anak, 58.)

  • Mengapakah kita perlu mendengar para nabi Tuhan? Tunjukkan gambar nabi yang sekarang, dan kongsi beberapa perkara yang telah diajarnya atau amaran yang dia telah berikan kepada kita baru-baru ini. Bantu kanak-kanak memikirkan cara kita boleh mengikuti nabi. Kongsi kesaksian anda tentang kebenaran yang diajarkan dalam Ajaran dan Perjanjian 90:5. (Perhatikan bahawa “ramalan [wahyu]” bermaksud wahyu atau para nabi yang menerimanya.)

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Ajaran dan Perjanjian 89

Kata-kata Bijaksana membantu saya menjadi sihat dalam badan dan roh.

Elder Gary E. Stevenson menasihati orang muda untuk merancang terlebih dahulu apa yang mereka akan lakukan ketika digoda dengan alkohol atau dadah. Kemudian dia mengajar, “Anda akan mengetahui bahawa godaan kurang mengawal anda. Anda sudah membuat keputusan bagaimana anda akan bertindak dan apa yang anda akan buat. Anda tidak perlu membuat keputusan setiap kali” (“Buku Strategi Imamat Anda,” Ensign atau Liahona, Mei 2019, 48). Galakkan kanak-kanak yang anda ajar untuk membuat keputusan sekarang—untuk sepanjang hidup mereka—untuk menjalani Kata-kata Bijaksana.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bahagikan kanak-kanak kepada dua kumpulan, dan minta satu kumpulan membaca Ajaran dan Perjanjian 89:1–4 dan kumpulan yang satu lagi membaca ayat 18–21. Minta mereka untuk merenungkan soalan seperti berikut: Mengapakah Tuhan memberi kita Kata-kata Bijaksana? Bagaimanakah menjalani Kata-kata Bijaksana memberkati saya secara jasmani dan rohani?

  • Cipta kenyataan mengisi tempat kosong dengan menggunakan frasa dari Ajaran dan Perjanjian 89, seperti “ ditetapkan untuk kegunaan manusia dan binatang,” atau “Dan akan dan tidak lemah” (ayat 14, 20). Jemput kanak-kanak untuk bekerja secara berpasangan untuk mencari jawapan dalam bahagian 89. Kanak-kanak boleh menyusun kenyataan ke dalam kategori berikut: benda yang baik untuk badan kita, benda buruk untuk badan kita, dan berkat.

  • Jemput seorang kanak-kanak untuk membaca Ajaran dan Perjanjian 89:4 dan seorang lagi untuk membaca petikan dari Elder Stevenson di atas. Mengapakah kita harus membuat keputusan sekarang untuk mematuhi Kata-kata Bijaksana dan bukannya menunggu sehingga masa godaan? Bantu kanak-kanak lakon peranan bagaimana mereka boleh bertindak balas jika seseorang, bahkan seorang kawan, menawarkan sesuatu yang bertentangan dengan Kata-kata Bijaksana. Bagaimanakah mematuhi Kata-kata Bijaksana melindungi kita?

Ajaran dan Perjanjian 90:2, 5, 14–16

Presidensi Utama memegang “kunci-kunci kerajaan.”

Arahan Tuhan tentang Presidensi Utama pada tahun 1833 (Joseph Smith, Sidney Rigdon, dan Frederick G. Williams) dapat membantu kanak-kanak memperkuatkan kesaksian mereka tentang Presidensi Utama hari ini.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk mencari Ajaran dan Perjanjian 90:14–16 dan tuliskan beberapa perkara yang Tuhan meminta Presidensi Utama untuk lakukan. Tunjukkan kepada kanak-kanak satu gambar Presidensi Utama yang sekarang, dan kongsi sesuatu tentang mereka. Berikan kesaksian anda tentang panggilan ilahi mereka dan berkat yang telah anda terima daripada mengikuti nasihat mereka.

  • Kaji semula bersama kanak-kanak sesuatu yang telah diajarkan oleh seorang dari ahli Presidensi Utama. Kemudian baca bersama Ajaran dan Perjanjian 90:5. Tunjukkan bahawa “ramalan [wahyu]” adalah wahyu atau para nabi yang menerimanya Apakah yang dimaksudkan dengan “menerima wahyu … sebagai hal yang remeh”? Bagaimanakah kita dapat menunjukkan bahawa para nabi dan perkara yang mereka ajar adalah penting bagi kita?

Ajaran dan Perjanjian 91

Roh dapat membantu saya mengetahui apa yang benar.

Semasa anda membaca apa yang Tuhan firmankan Joseph Smith tentang Deuterokanonika, fikirkan bagaimana nasihat ini dapat membantu kanak-kanak membezakan antara kebenaran dan kesilapan yang akan mereka hadapi sepanjang hidup mereka.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca bersama pengenalan bahagian untuk Ajaran dan Perjanjian 91 untuk membantu kanak-kanak memahami apakah Deuterokanonika (lihat juga Panduan Tulisan Suci, “Deuterokanonika,” scriptures.ChurchofJesusChrist.org). Bantu kanak-kanak memikirkan tempat lain, seperti di media, di mana kita dapat mencari “banyak hal … yang benar,” dan “banyak hal … yang tidak benar,” (ayat 1–2). Kemudian jemput kanak-kanak untuk mencari bahagian 91 untuk mengetahui apa yang Tuhan katakan yang kita boleh lakukan untuk membezakan antara kebenaran dan kesilapan.

  • Baca bersama Ajaran dan Perjanjian 91:4–6, dan tanyakan kepada kanak-kanak apa ayat-ayat ini ajarkan tentang Roh Kudus. Jemput kanak-kanak untuk berkongsi pengalaman peribadi apabila “Roh [menyatakan] kebenaran” kepada mereka. Kongsi pengalaman anda sendiri juga. Apakah cara lain Roh dapat membantu kita?

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak untuk berkongsi dengan keluarga mereka apa yang mereka pelajari hari ini tentang menjaga badan dan roh mereka atau matlamat mereka untuk mematuhi Kata-kata Bijaksana.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Mencari ilham anda sendiri. Panduan ini bukan arahan yang anda mesti ikuti semasa anda mengajar. Sebaliknya, mereka bertujuan untuk mencetuskan ilham anda ketika anda merenungkan keperluan kanak-kanak yang anda ajar. (Lihat Teaching in the Savior’s Way, 7.)

Cetak