Perjanjian Baru 2023
10–16 April. Matius 15–17; Markus 7–9: “Guru ialah Penyelamat yang Diutus Oleh Tuhan”


“10–16 April. Matius 15–17; Matius 7–9: ‘Guru ialah Penyelamat yang Diutus Oleh Tuhan,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2023 (2022)

“10–16 April. Matius 15–17; Markus 7–9,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2023

Imej
Perubahan rupa Kristus

The Transfiguration [Perubahan Rupa], oleh Carl Heinrich Bloch

10–16 April

Matius 15–17; Markus 7–9

“Guru ialah Penyelamat yang Diutus Oleh Tuhan”

Semasa anda merenungkan Matius 15–17 dan Markus 7–9, beri perhatian kepada dorongan rohani yang boleh membantu anda tahu apa yang kanak-kanak dalam kelas anda perlukan.

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Jemput kanak-kanak untuk berkongsi mengapa mereka bersyukur kepada para pemimpin di Gereja, termasuk nabi dan rasul dan pemimpin tempatan. Apakah yang baru-baru ini kita telah dengar mereka ajarkan?

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Matius 16:13–17

Saya dapat memperoleh kesaksian bahawa Yesus Kristus ialah Putera Tuhan.

Pertimbangkan bagaimana anda dapat menggunakan kesaksian Petrus dan jawapan Yesus untuk mengajar kanak-kanak tentang kesaksian dan mengilhami mereka untuk mencari kesaksian mereka sendiri.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Minta kanak-kanak untuk mendengar apa yang Petrus katakan semasa anda membaca Matius 16:15–17. (Lihat juga “Bab 32: Petrus Bersaksi Tentang Kristus,” dalam Cerita-cerita Perjanjian Baru, 76–77.) Jelaskan bahawa Petrus sedang berkongsi kesaksiannya tentang Yesus Kristus. Baca semula ayat tersebut. Kali ini minta kanak-kanak untuk mendengar siapakah yang memberitahu Petrus bahawa Yesus Kristus ialah Putera Tuhan.

  • Kongsi kesaksian anda tentang Yesus Kristus, dan jelaskan bagaimana anda menerimanya. Jemput kanak-kanak untuk mencari kesaksian mereka sendiri daripada Bapa Syurgawi.

Matius 16:15-19

Yesus Kristus memberikan kunci imamat kepada para nabi dan rasul untuk memimpin Gereja-Nya.

Juruselamat membandingkan wahyu kepada batu dan wewenang imamat kepada kunci-kunci. Bagaimanakah anda dapat menggunakan perbandingan ini untuk membantu kanak-kanak beriman kepada orang yang memimpin Gereja-Nya?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan kanak-kanak seketul batu semasa anda membaca Matius 16:18 bersama mereka. Ulangi bersama mereka ayat “di atas batu karang ini Aku akan mendirikan gereja-Ku,” tambahkan pergerakan untuk perkataan tersebut. Jelaskan bahawa Gereja dibina atas “batu” wahyu.

  • Tunjukkan kanak-kanak beberapa kunci dan tanyakan apakah kegunaan kunci. Jelaskan bahawa Petrus dan para rasul yang lain menerima kunci-kunci imamat dari Yesus. Kunci-kunci ini “bukakan” berkat-berkat kepada kita dan membuka jalan ke syurga. Contohnya, kunci-kunci imamat membolehkan kita untuk dibaptis dan mengambil sakramen. Berikan kanak-kanak kunci-kunci kertas, dan mintalah mereka menulis beberapa berkat yang kunci-kunci imamat “bukakan”.

  • Tunjukkan sebuah gambar Presiden Gereja, dan kongsi kesaksian anda bahawa dia memegang semua kunci-kunci imamat kini, seperti yang Petrus lakukan.

Imej
patung Petrus memegang kunci

Kunci imamat adalah kuasa untuk mengarahkan penggunaan imamat.

Matius 17:19–20

Iman saya dapat menjalankan mukjizat-mukjizat.

Ketika anda membaca janji Yesus bahawa iman sekecil benih sesawi dapat memindahkan sebuah gunung, apakah tanggapan yang anda terima tentang kanak-kanak anda ajar?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca Matius 17:19–20 bersama kanak-kanak. Jemput mereka untuk bergilir melukis gunung besar dan benih kecil di papan tulis. Jelaskan bahawa gunung adalah seperti hal-hal yang sukar untuk kita lakukan. Apakah beberapa hal yang seperti gunung kepada kita? Gunakan halaman aktiviti minggu ini untuk membantu kanak-kanak memikirkan tentang bagaimana iman dapat membantu mereka melakukan hal-hal yang Tuhan ingin mereka lakukan.

  • Letakkan gambar sebuah gunung di satu sisi bilik. Minta kanak-kanak untuk menamakan beberapa hal yang mereka dapat lakukan untuk memperoleh lebih banyak iman terhadap Yesus Kristus. Minta setiap kanak-kanak yang mencadangkan sesuatu untuk memindahkan gunung lebih dekat dengan bahagian lain di bilik. Baca Matius 17:19–20, dan bersaksi tentang kuasa iman dalam kehidupan anda.

  • Nyanyi bersama lagu tentang iman, seperti “Iman” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 50). Beri setiap kanak-kanak sebiji benih untuk dibawa pulang. Jemput mereka untuk menanam benih tersebut dan letakkan ia di tempat yang mereka dapat melihat ia bertumbuh untuk membantu mereka ingat untuk beriman kepada Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Matius 16:13–17

Kesaksian tentang Yesus Kristus datang melalui wahyu.

Bagaimana kesaksian Petrus di Matius 16:13–17 membantu kanak-kanak semasa mereka membina kesaksian mereka?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tanyakan kanak-kanak apa yang akan mereka katakan sekiranya seseorang bertanya kepada mereka, “Siapakah Yesus?” Jemput kanak-kanak untuk membaca Matius 16:13–17 untuk mencari bagaimana Petrus menjawab soalan tersebut. Bagaimanakah dia memperoleh kesaksiannya tentang Yesus? Apakah yang kita dapat lakukan untuk memperkuatkan kesaksian kita?

  • Bantulah kanak-kanak untuk membezakan cara kita mengetahui kebenaran rohani dengan cara kita mengetahui kebenaran lain. Contohnya, bagaimana kita tahu seberapa tinggi seseorang itu atau apakah cuaca hari tersebut? Bagaimanakah kita tahu Yesus Kristus ialah Putera Tuhan? Beritahu kanak-kanak bagaimana Roh Kudus telah bersaksi kepada anda tentang Juruselamat.

  • Berikan kesaksian anda tentang Yesus Kristus, dan cabar kanak-kanak untuk memperoleh atau menguatkan kesaksian mereka sendiri tentang Dia.

Matius 16:15–19

Gereja Yesus Kristus dipimpin oleh mereka yang memegang kunci-kunci imamat.

Mempelajari Matius 16:15–19 dapat membina iman kanak-kanak bahawa Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir adalah pemulihan Gereja yang Yesus dirikan semasa Dia hidup di bumi.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tuliskan Matius 16:19 di papan tulis, tinggalkan beberapa perkataan, termasuk perkataan “kunci-kunci.” Minta kanak-kanak untuk mencari perkataan yang hilang.

  • Kaji semula“Kunci-kunci Imamat” dalam Panduan Tulisan suci (scriptures.ChurchofJesusChrist.org). Apakah itu kunci-kunci imamat? Bagaimana kunci-kunci imamat seumpama kunci-kunci sebenar?

  • Bantu kanak-kanak menyenaraikan di papan tulis beberapa orang yang mempunyai kunci imamat. “Kunci-kunci Imamat” dalam Panduan Tulisan suci (scriptures.ChurchofJesusChrist.org) mempunyai senarai yang boleh membantu mereka. Jemput seseorang dalam bahagian anda yang memegang kunci imamat untuk berkongsi secara ringkas dengan kelas mengapa kunci-kunci ini penting.

  • Sembunyikan beberapa kunci (atau gambar kunci) di sekeliling bilik, dan jemputlah kanak-kanak untuk mencarinya. Selepas setiap kunci di jumpai, bantulah kanak-kanak memikirkan berkat-berkat yang kita nikmati kerana kunci-kunci imamat (contohnya, keluarga abadi, pembaptisan, dan sakramen).

Matius 17:1–9

Yesus Kristus ialah Putera Tuhan.

Ayat-ayat ini menggambarkan salah satu daripada beberapa kali dalam tulisan suci apabila suara Tuhan Bapa kedengaran bersaksi tentang Putera Terkasih-Nya. Mempelajari laporan ini bersama kanak-kanak dapat membina iman mereka kepada Yesus Kristus.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak melukis gambar peristiwa yang digambarkan dalam Matius 17:1–9. Minta mereka untuk menjelaskan lukisan mereka kepada sesama. (Lihat “Bab 33: Muncul dalam Kemuliaan: Perubahan Rupa,” dalam Cerita-cerita Perjanjian Baru, 78–79.)

  • Beri masa kepada kanak-kanak untuk merenung apa isi laporan dalam Matius 17:1–9 yang mengajar mereka tentang Yesus Kristus. Jemput mereka untuk menulis fikiran mereka di papan tulis. Jemput kanak-kanak untuk berkongsi bagaimana mereka tahu bahawa Yesus Kristus ialah Putera Tuhan.

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak untuk bertanya ibu bapa mereka atau ahli keluarga yang lain bagaimana mereka memperoleh kesaksian mereka tentang Yesus Kristus.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Gunakan muzik. Lagu Sekolah Primer dan Nyanyian Rohani dapat membantu kanak-kanak dari semua peringkat umur memahami dan mengingat kebenaran injil. Menyanyi juga boleh membantu kanak-kanak melibatkan diri dalam pembelajaran dengan aktif. (Lihat Teaching in the Savior’s Way22.)

Cetak