“20–26 Jun. 2 Samuel 5–7; 11–12; 1 Raja-Raja 3; 8; 11: ‘Kerajaanmu Tidak Akan Berkesudahan,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Lama 2022 (2021)
“20–26 Jun. 2 Samuel 5–7; 11–12; 1 Raja-Raja 3; 8; 11,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2022
20–26 Jun
2 Samuel 5–7; 11–12; 1 Raja-Raja 3; 8; 11
“Kerajaanmu Tidak Akan Berkesudahan”
Semasa anda membaca tulisan suci, Roh Kudus dapat memberi tanggapan dan mengilhami anda untuk mengetahui apa yang paling bermakna bagi kanak-kanak yang anda ajar.
Catat Tanggapan Anda
Jemput Perkongsian
Minta beberapa kanak-kanak untuk bercakap tentang pengalaman mereka membaca tulisan suci (secara individu, dengan keluarga mereka, atau di gereja). Bilakah dan di manakah mereka membaca tulisan suci? Bagaimanakah perasaan mereka ketika membaca tulisan suci? Apakah berkat yang mereka terima kerana mematuhi perintah ini?
Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil
Jika saya perlukan bimbingan, saya boleh meminta Bapa Syurgawi.
Ayat-ayat ini menggambarkan bagaimana Daud berdoa untuk bimbingan dan arahan sebagai raja Israel. Bagaimanakah anda dapat mengilhami kanak-kanak untuk berpaling kepada Tuhan dalam doa ketika mereka memerlukan bantuan?
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Jelaskan kepada kanak-kanak bahawa ketika Daud memerlukan bantuan, dia “bertanya,” atau berdoa, untuk mendapatkan jawapan. Semasa anda baca 2 Samuel 5:19, 23, jemput kanak-kanak untuk dengar perkataan “bertanya” dan melipat tangan ketika mendengarnya. Bersaksi bahawa kita boleh selalu berdoa kepada Bapa Syurgawi ketika kita memerlukan bantuan.
-
Untuk membantu kanak-kanak memikirkan apa untuk diucapkan ketika mereka berdoa, anda boleh bertanya kepada mereka bagaimana mereka akan melengkapkan ayat seperti ini: “Kami berterima kasih kepada-Mu untuk …” dan “Kami meminta kepada-Mu …” Minta kanak-kanak melukis perkara yang mereka bersyukur atau meminta dalam doa.
-
Beritahu kanak-kanak tentang pengalaman anda berdoa untuk bantuan Bapa Syurgawi. Bagaimanakah Dia menjawab doa anda? Apakah perbezaan adanya bantuan-Nya? Jemput kanak-kanak untuk berkongsi pengalaman mereka.
Yesus Kristus adalah Raja kita.
Ketika Daud menjadi raja Israel, Tuhan memberitahunya bahawa “kerajaanmu tidak akan berkesudahan” (2 Samuel 7:16). Janji ini merujuk kepada Yesus Kristus, Raja Abadi kita, yang dilahirkan melalui keturunan Daud.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Jemput salah seorang kanak-kanak untuk berlakon menjadi raja atau ratu. Sekiranya boleh, berikan kanak-kanak alat lakonan yang mudah dipegang. Apakah itu raja atau ratu? Apakah yang mereka lakukan? Beritahu kanak-kanak bahawa Daud adalah raja, dan dia adalah moyang Yesus Kristus, yang kita panggil sebagai “Raja Yang Terutama” (Wahyu 19:16). Bantu kanak-kanak memikirkan cara-cara kita dapat tunjukkan kita percaya bahawa Yesus Kristus adalah Raja Abadi kita.
-
Semasa kanak-kanak melengkapkan halaman aktiviti minggu ini, nyanyi atau mainkan rakaman lagu yang merujuk kepada Kristus sebagai Raja kita, seperti “Kita Dipanggil Tuk Melayani,” “Bersukacitalah, Tuhan Raja!!” atau “Aku Percaya Kristus” (Buku Nyanyian Anak-anak, 94; Nyanyian Rohani, no. 20, 51). Minta kanak-kanak untuk mendengar perkataan “Raja” dan memegang gambar Yesus ketika mereka mendengarnya. Bagaimanakah perasaan kita ketika kita menyanyi tentang Yesus?
Saya boleh berjalan di jalan Tuhan.
Bagi orang Israel, membina dan membaktikan bait suci adalah peluang untuk memalingkan hati mereka kepada Tuhan dan memperbaharui komitmen untuk “hidup menurut kehendak-Nya” (1 Raja-Raja 8:58). Bagaimanakah anda dapat membantu kanak-kanak untuk “hidup menurut kehendak-Nya”?
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Tunjukkan kanak-kanak gambar sebuah bait suci moden dan bait suci yang dibina oleh Salomo (lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga). Jelaskan semasa Salomo membina bait suci untuk orang Israel, dia menggalakkan mereka untuk “hidup menurut kehendak [Tuhan]” (1 Raja-Raja 8:58). Beritahu kanak-kanak bagaimana bait suci membantu anda berjalan di jalan Tuhan. Jemput kanak-kanak untuk berkongsi perasaan mereka tentang bait suci. Nyanyi bersama kanak-kanak lagu tentang bait suci, seperti “Ku Ingin Ke Bait Suci” (Buku Nyanyian Anak-anak, 99).
-
Berikan beberapa kanak-kanak hati kertas dan yang lain tapak kaki kertas. Baca 1 Raja-Raja 8:58,dan minta kanak-kanak menunjukkan hati ketika anda menyebut perkataan “taat” dan tapak kaki semasa anda menyebut frasa “hidup menurut kehendak-Nya.” Bantu kanak-kanak memahami bahawa kita berjalan di jalan Tuhan ketika kita mengikuti Yesus dan berusaha menjadi seperti Dia. Tanyakan kanak-kanak apa yang mereka lakukan untuk berjalan di jalan Juruselamat. Anda boleh menyanyikan sebuah lagu tentang mengikuti Yesus, seperti “Ku Mau Jadi Seperti Yesus” (Buku Nyanyian Anak-anak, 40).
Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar
Yesus Kristus adalah Raja kita.
Raja-raja yang kita baca dalam Perjanjian Lama semuanya mempunyai kekurangan dan melakukan kesalahan—bahkan raja yang baik. Tetapi Raja yang dinubuatkan akan datang dari keturunan Daud, Yesus Kristus, adalah sempurna dan akan memerintah selamanya.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Jemput kanak-kanak membaca apa yang nabi Natan beritahu Raja Daud dalam 2 Samuel 7:16–17, dan tanyakan mereka apakah maksud nubuat ini. Bagaimanakah kerajaan Daud tidak akan berakhir? Bantu kanak-kanak mencari dan membaca petikan tulisan suci yang mengajar bahawa Yesus Kristus, keturunan Daud, adalah seorang Raja, seperti Lukas 1:32–33; Yohanes 18:33–37; dan Wahyu 19:16. Bagaimanakah Yesus Kristus seperti seorang raja? Apakah beberapa cara yang kita dapat tunjukkan bahawa Yesus Kristus adalah Raja Abadi kita?
-
Nyanyi bersama kanak-kanak beberapa lagu rohani yang merujuk kepada Kristus sebagai Raja kita, seperti “Datang, Maharaja,” “Bersukacitalah, Tuhan Raja!” atau “Yesus Lahir Sahaja” (Nyanyian Rohani, no. 18, 20, 84). Apakah yang lagu rohani ini ajarkan kita tentang makna Yesus Kristus sebagai Raja kita?
Saya dapat mengatasi godaan.
Kanak-kanak membuat keputusan kecil tetapi penting setiap hari. Bagaimanakah anda dapat membantu mereka memahami kepentingan memilih yang benar walaupun sukar?
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Kaji semula 2 Samuel 11 bersama kanak-kanak, tunjukkan pilihan yang Daud buat. Tanyakan kanak-kanak apakah pilihan yang baik yang Daud harus buat. Apakah beberapa perkara yang kita dapat lakukan ketika digoda, untuk membantu kita memilih yang benar?
-
Untuk berkongsi contoh seseorang yang menentang godaan, tanyakan kanak-kanak jika mereka ingat cerita Yusuf dan isteri Potifar (lihat Kejadian 39:7–12). Anda boleh kaji semula cerita ini dengan kanak-kanak dan bantu mereka membandingkannya dengan cerita Daud. Apakah yang kita dapat pelajari dari cerita Daud dan cerita Yusuf tentang bagaimana untuk menentang godaan?
Menggalakkan Pembelajaran di Rumah
Bantu kanak-kanak memikirkan sesuatu yang mereka boleh lakukan berdasarkan apa yang mereka pelajari hari ini. Kemudian galakkan mereka untuk bertindak mengikut rancangan mereka.