Ajaran dan Perjanjian 2021
28 Disember–3 Januari. Ajaran dan Perjanjian 1: “Dengarlah, Wahai Kamu ”


“28 Disember–3 Januari. Ajaran dan Perjanjian 1: ‘Dengarlah, Wahai Kamu,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“28 Disember–3 Januari. Ajaran dan Perjanjian 1,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2021

Imej
Keluarga membaca kitab suci

28 Disember–3 Januari

Ajaran dan Perjanjian 1

“Dengarlah, Wahai Kamu”

Semasa anda membaca Ajaran dan Perjanjian 1, fikirkan tentang ayat-ayat yang anda boleh fokuskan dalam kelas dan bagaimana anda boleh membantu para ahli kelas belajar dari ayat-ayat ini.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Anda boleh memulakan pengajaran kelas Ajaran dan Perjanjian dengan bertanya kepada para ahli kelas bagaimana perasaan mereka tentang mempelajari kitab suci ini tahun ini. Apakah petikan dari bahagian 1 yang membantu mereka berasa teruja untuk membaca Ajaran dan Perjanjian? Mungkin anda boleh meminta mereka mencari bahagian 1 untuk ayat yang mereka akan kongsi jika mereka cuba meyakinkan seseorang untuk membaca buku kudus ini.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Ajaran dan Perjanjian 1

Tuhan menjemput kita untuk “selidikilah perintah-perintah ini.”

  • Semasa anda membincangkan “kata pendahuluan” Tuhan untuk Ajaran dan Perjanjian (ayat 6), ia mungkin dapat membantu seseorang dalam kelas untuk menerangkan apakah kata pendahuluan dan tujuannya dalam buku. Kemudian kelas boleh membincangkan bagaimana bahagian 1 memenuhi tujuan itu untuk Ajaran dan Perjanjian. Contohnya, apakah tema yang bahagian 1 perkenalkan untuk buku ini? Apakah tujuan-tujuan buku ini? Apakah yang kita temui dalam bahagian ini yang boleh mempengaruhi cara kita membaca Ajaran dan Perjanjian tahun ini?

  • Rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga menjemput kita untuk mempertimbangkan bagaimana kita akan bertindak atas perintah Tuhan untuk “selidikilah perintah-perintah ini” (ayat 37). Mungkin para ahli kelas dapat berkongsi apa yang mereka rancang untuk lakukan tahun ini untuk membuat kajian Ajaran dan Perjanjian mereka lebih bermakna. Apakah yang mereka akan cari? Bagaimanakah mencari adalah berbeza dari hanya sekadar membaca? Apakah kaedah kajian yang mereka dapati paling membantu?

Ajaran dan Perjanjian 1:1–6, 23–24, 37–39

Tuhan bercakap melalui hamba-hamba-Nya, dan firman-Nya akan dipenuhi.

  • Ramai di antara kita mempunyai ahli keluarga, kawan, dan kenalan yang tidak berkongsi kepercayaan kita tentang nabi yang hidup. Mungkin ahli kelas boleh berkongsi kebenaran yang mereka dapati dalam bahagian 1 yang mereka boleh guna untuk bertindak balas kepada seseorang yang menyoal kepercayaan mereka tentang nabi. Anda boleh mencadangkan bahawa mereka mencari terutamanya dalam ayat 1–6 dan 37–39. Apakah yang ayat-ayat ini ajarkan tentang Tuhan dan para nabi-Nya?

  • Para ahli kelas mungkin berminat untuk mempelajari bahawa apabila majlis yang dipanggil oleh Joseph Smith membincangkan memberitakan wahyu-wahyu Nabi, beberapa ahli majlis membantah idea tersebut. Mereka malu dengan kelemahan Joseph dalam penulisan, dan mereka bimbang bahawa memberitakan wahyu-wahyu itu mungkin akan menyebabkan lebih banyak masalah bagi Orang Suci. Bagaimanakah bahagian 1 menangani kebimbangan ini? (lihat, untuk contoh ayat 6, 24, 38).

  • Lirik lagu rohani “Mari Dengar Suara Nabi” (Nyaniyan Rohani, no. 9) mengajarkan beberapa asas yang sama yang diajarkan dalam bahagian 1. Mungkin anda boleh menyanyi atau membaca lagu rohani bersama-sama dan kemudian menjemput para ahli kelas mencari baris dalam lagu rohani dan ayat-ayat dalam bahagian 1 yang mengajarkan asas yang sama.

    Imej
    sesi persidangan umum

    Tuhan bercakap kepada kita melalui hamba-hamba-Nya.

Ajaran dan Perjanjian 1:12–30, 35–36

Tuhan memulihkan injil-Nya untuk membantu kita menghadapi cabaran zaman akhir.

  • Apakah pendapat yang para ahli kelas ada semasa mereka membaca gambaran hari-hari terakhir ayat 13–16? Apakah yang berlaku di dunia hari ini yang memenuhi gambaran nubuat ini? Galakkan para ahli kelas untuk berkongsi apa sahaja yang mereka temui dalam bahagian 1 yang membantu mereka merasakan kedamaian dan keyakinan walaupun menghadapi cabaran masa kini.

  • Untuk membantu para ahli kelas merenungkan berkat yang kita miliki kerana injil telah dipulihkan, anda boleh menulis pada papan tulis Apakah yang ayat 17–23 ajarkan tentang mengapa Tuhan memulihkan injil-Nya? Para ahli kelas boleh mencari ayat-ayat ini dan berkongsi pendapat mereka dengan satu sama lain. Contohnya, bagaimanakah kebenaran yang dipulihkan melalui Joseph Smith membantu kita meningkatkan iman kita? (lihat ayat 21).

Ajaran dan Perjanjian 1:19–28

Tuhan menggunakan “yang lemah dan yang sederhana” untuk mencapai pekerjaan-Nya.

  • Satu tema penting Ajaran dan Perjanjian 1 ialah peranan “yang lemah dan yang sederhana”pekerjaan zaman akhir Tuhan (ayat 23). Jemput para ahli kelas untuk mencari ayat 19–28 untuk mempelajari bagaimana perkataan “lemah” dan “sederhana” berkaitan kita sebagai hamba-hamba Tuhan. Apabila mereka berkongsi apa yang mereka temui, anda boleh membincangkan soalan-soalan seperti ini: Apakah ciri-ciri yang Tuhan mahu hamba-hamba-Nya miliki? Apakah yang Tuhan akan lalukan melalui hamba-hamba-Nya pada zaman akhir? Bagaimanakah nubuat-nubuat dalam ayat-ayat ini dipenuhi di seluruh dunia dan dalam kehidupan kita sendiri?

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Membantu pelajar menyamakan tulisan suci kepada diri mereka sendiri. Kebenaran yang sama yang mengilhami Orang Suci awal dapat membantu kita menghadapi cabaran kita hari ini. Semasa anda mengajar Ajaran dan Perjanjian, bantu para ahli kelas mengaitkan pesanan Tuhan kepada Joseph Smith dengan apa yang Tuhan boleh katakan kepada mereka secara peribadi. (Lihat Teaching in the Savior’s Way, 21.)

Cetak