Ajaran dan Perjanjian 2021
18–24 Januari. Ajaran dan Perjanjian 3–5: “Pekerjaan-Ku Akan Menyebar Luas”


“18–24 Januari. Ajaran dan Perjanjian 3–5: ‘Pekerjaan-Ku Akan Menyebar Luas,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“18–24 Januari. Ajaran dan Perjanjian 3–5,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2021

Imej
orang ramai bekerja di ladang

Harvest Time in France,(Musim Menuai di Perancis) oleh James Taylor Harwood

18–24 Januari

Ajaran dan Perjanjian 3–5

“Pekerjaan-Ku Akan Menyebar Luas”

Mengkaji Ajaran dan Perjanjian 3–5 sebelum anda melihat idea-idea dalam rangka panduan ini akan membantu anda menerima bimbingan daripada Roh Kudus. Rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga boleh membantu anda memahami sejarah yang membawa kepada wahyu yang dicatatkan dalam bahagian ini.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Berikan para ahli kelas beberapa minit untuk mengkaji semula tulisan suci yang mereka baca di rumah dan cari satu petikan yang mereka mendapati bermakna. Kemudian jemput mereka untuk berkongsi apa yang mereka pelajari dengan orang lain dalam kelas.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Ajaran dan Perjanjian 3:1–15

Kita harus mempercayai Tuhan daripada takut kepada manusia.

  • Seperti Joseph Smith, kita semua mempunyai pengalaman apabila kita merasa tertekan oleh orang lain untuk melakukan sesuatu yang kita tahu adalah salah. Apakah kebenaran yang kita pelajari dari Ajaran dan Perjanjian 3:1–15 yang dapat membantu kita kekal setia kepada Tuhan dalam situasi seperti itu?

  • Joseph Smith perlu ditegur kerana takut kepada manusia lebih daripada Tuhan, tetapi dia juga perlu digalakkan. Jemput para ahli kelas untuk melihat bahagian 3 untuk bagaimana Tuhan menegur dan menggalakkan Joseph. Contohnya, mereka boleh menyenaraikan pada papan tulis frasa dari ayat 1–15 yang mengandungi teguran Tuhan dan frasa lain yang mengandungi galakan untuk bertaubat dan kekal beriman. Apakah yang pengalaman Joseph ajarkan kita tentang bagaimana Juruselamat membantu kita mengatasi kesilapan kita?

Ajaran dan Perjanjian 4

Tuhan meminta kita untuk melayani Dia dengan sepenuh hati kita.

  • Sifat-sifat yang menggambarkan hamba-hamba Tuhan yang disenaraikan dalam Ajaran dan Perjanjian 4:5–6 juga merupakan sifat-sifat Yesus Kristus. Untuk membantu para ahli kelas mempelajari lebih lanjut, anda boleh menjemput mereka untuk memilih salah satu sifat dan mencari definisi atau tulisan suci tambahan yang membantu mereka memahami sifat tersebut (lihat, kenyataan oleh Sister Elaine S. Dalton dalam “Sumber-sumber Tambahan”) . Anda boleh menjemput beberapa orang untuk berkongsi apa yang mereka temui. Mereka juga boleh berkongsi mengapa sifat yang mereka pilih adalah keperluan untuk melayani dalam kerajaan Tuhan. Bagaimanakah kita dapat membangunkan lagi sifat-sifat ini? (lihat ayat 7).

  • Ajaran dan Perjanjian 4 telah diberikan kepada Joseph Smith Sr., yang ingin mengetahui bagaimana dia boleh membantu dengan pekerjaan Tuhan. Bahagian ini juga boleh membantu sesiapa yang ingin melayani Tuhan. Berikut adalah satu cara untuk mengkaji bahagian ini: para ahli kelas boleh bekerja dalam kumpulan kecil untuk menulis huraian pekerjaan untuk hamba-hamba Tuhan, menggunakan bahagian 4 sebagai panduan. Bagaimanakah kelayakan ini berbeza dari huraian pekerjaan yang lain? Mengapa sifat-sifat ini penting dalam melakukan pekerjaan Tuhan? Kenyataan oleh Elder David A. Bednar dalam “Sumber-sumber Tambahan” dapat membantu para ahli kelas memahami kepentingan membangunkan sifat-sifat ini.

Ajaran dan Perjanjian 5

Kesaksian kebenaran datang kepada mereka yang rendah hati dan percaya.

  • Jika kepingan-kepingan emas dipaparkan untuk dilihat oleh dunia, adakah itu akan meyakinkan semua orang bahawa Kitab Mormon adalah benar? Mengapa ya dan mengapa tidak? (lihat Ajaran dan Perjanjian 5:7). Mungkin para ahli kelas boleh mencari bahagian 5 untuk pandangan yang dapat membantu mereka bertindak balas terhadap seseorang yang meminta bukti bahawa Kitab Mormon adalah benar. Apakah yang Tuhan ajarkan kepada Joseph Smith dan Martin Harris yang dapat membantu kita memperoleh kesaksian kita sendiri tentang kebenaran injil?

    Imej
    Martin Harris

    Martin Harris, oleh Lewis A. Ramsey

Imej
ikon sumber tambahan

Sumber-sumber Tambahan

Hemah bermakna kekuatan.

Sister Elaine S. Dalton memberikan penjelasan ini mengenai hemah: “Hemah adalah perkataan yang kita tidak sering dengar dalam masyarakat hari ini, tetapi kata dasar Latin virtus bermakna kekuatan. Wanita dan lelaki yang berhemah mempunyai martabat yang senyap dan kekuatan dalaman. Mereka berkeyakinan kerana mereka layak untuk menerima dan dibimbing oleh Roh Kudus” (“A Return to Virtue,” Ensign atau Liahona, Nov. 2008, 79).

Menjadi seorang penginjil.

Elder David A. Bednar berkata: “Proses menjadi seorang penginjil tidak memerlukan seorang lelaki muda untuk memakai baju putih dan tali leher [atau seorang wanita muda memakai dress] setiap hari atau mengikuti garis panduan penginjil untuk pergi tidur dan bangun. … Tetapi anda boleh meningkatkan keinginan anda untuk melayani Tuhan [lihat Ajaran dan Perjanjian 4:3], dan anda boleh mula berfikir seperti seorang penginjil, membaca apa yang dibaca oleh penginjil, berdoa seperti penginjil, dan untuk merasa seperti penginjil. Anda boleh menghindari pengaruh duniawi yang menyebabkan Roh Kudus menarik diri, dan anda dapat berkembang dalam keyakinan dalam mengenali dan bertindak balas kepada dorongan rohani” (“Becoming a Missionary,” Ensign atau Liahona, Nov. 2005, 45–46).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Tanya soalan yang menggalakkan perbincangan yang bermakna. Soalan yang mempunyai lebih dari satu jawapan yang betul menjemput pelajar untuk bertindak balas berdasarkan pemikiran, perasaan, dan pengalaman peribadi mereka. Contohnya, anda boleh bertanya, “Bagaimanakah anda tahu apabila Tuhan bercakap dengan anda?” (Lihat Teaching in the Savior’s Way, 33.)

Cetak