Ajaran dan Perjanjian 2021
25–31 Januari. Ajaran dan Perjanjian 6–9: “Inilah Roh Wahyu”


“25–31 Januari. Ajaran dan Perjanjian 6–9: ‘Inilah Roh Wahyu,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“25–31 Januari. Ajaran dan Perjanjian 6–9,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2021

Imej
jurutulis sedang menulis pada kertas

25–31 Januari

Ajaran dan Perjanjian 6–9

“Inilah Roh Wahyu”

Ajaran dan Perjanjian 6–9 mengajar asas-asas yang berharga tentang menerima wahyu. Gunakan asas-asas ini dengan mencari wahyu mengenai cara untuk membantu para ahli kelas belajar dari bahagian ini.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Untuk menggalakkan ahli kelas berkongsi pengalaman mereka mengkaji Ajaran dan Perjanjian 6–9, anda boleh menjemput mereka untuk membincangkan, sebagaimana yang sesuai, apa-apa tanggapan rohani yang mereka terima semasa kajian mereka. Apakah pesanan yang Tuhan ada untuk mereka?

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Ajaran dan Perjanjian 6; 8–9

Bapa Syurgawi bercakap kepada saya melalui “Roh kebenaran.”

  • Tuhan mempunyai banyak untuk mengajar kita tentang wahyu peribadi dalam bahagian-bahagian ini, dan anda mungkin tidak dapat mengajar semuanya dalam satu kelas. Ia mungkin membantu untuk membahagikan kelas kepada tiga kumpulan dan meminta setiap kumpulan untuk mencari bahagian 6, 8, atau 9, mencari jawapan kepada soalan-soalan seperti ini: Bagaimanakah Roh Kudus bercakap kepada kita? Bagaimanakah kita dapat mengenal pasti wahyu peribadi? Bagaimanakah kita boleh mempersiapkan diri untuk menerima wahyu? Kemudian seseorang dari setiap kumpulan boleh berkongsi dengan kelas apa yang ditemui oleh kumpulan mereka. Anda juga boleh menggalakkan para ahli kelas berkongsi pengalaman mereka sendiri dengan mengenal pasti wahyu peribadi. Contohnya, adakah terdapat apa-apa dalam Ajaran dan Perjanjian 6:22–24 yang mengingatkan kita tentang pengalaman yang kita ada?

  • Bercakap tentang wahyu peribadi mungkin boleh mengecewakan orang di kelas anda yang berdoa untuk bimbingan tetapi tidak merasakan bahawa mereka menerima apa-apa. Ia mungkin dapat membantu mereka untuk mengetahui bahawa Oliver Cowdery bergelut dengan perasaan yang sama ketika dia tidak dapat menterjemahkan dengan mudah seperti yang diharapkannya. Mungkin anda boleh menjemput para ahli kelas mencari nasihat Tuhan kepada Oliver dalam bahagian 9. Apakah pesanan dalam bahagian ini yang dapat membantu seseorang yang merasakan Tuhan tidak menjawab doa mereka? Kenyataan dalam “Sumber-sumber Tambahan” boleh juga membantu.

    Imej
    Oliver Cowdery

    Oliver Cowdery, oleh Lewis A. Ramsey

Ajaran dan Perjanjian 6–7

“Bahkan seperti kamu menghasratkan daripada-Ku demikianlah akan terjadi.”

  • Rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga mencadangkan menumpu kepada perkataan seperti menghasratkan dalam bahagian 6–7. Mungkin para ahli kelas dapat berkongsi apa yang mereka pelajari dari latihan itu, atau anda boleh melakukan aktiviti itu bersama-sama sebagai kelas. Apakah yang tindakan harian kita mengajarkan kita tentang hasrat kita? Bagaimanakah Tuhan boleh membantu kita mengubah hasrat kita?

Ajaran dan Perjanjian 6:29–37

Jika kita melihat kepada Tuhan, Dia boleh membantu kita mengatasi keraguan dan ketakutan kita.

  • Mengapakah kita kadangkala “… takut melakukan yang baik”? (ayat 33). Mungkin para ahli kelas dapat mencadangkan beberapa sebab yang mungkin, bersama dengan pendapat dari Ajaran dan Perjanjian 6:29–37 yang memberi mereka keberanian untuk melakukan yang baik.

  • Untuk memulakan perbincangan tentang bagaimana Yesus Kristus membantu kita “janganlah ragu, janganlah takut” (ayat 36), anda boleh meminta para ahli kelas menulis di atas kepingan kertas beberapa perkara yang mungkin orang takut. (Elder Ronald A. Rasband memberikan beberapa contoh dalam pesanan “Janganlah Susah Hati” [Ensign atau Liahona, Nov. 2018, 18].) Kemudian anda boleh membaca dengan kuat beberapa kertas ini dan membincangkan bagaimana Juruselamat dan kuasa korban tebusan-Nya dapat membantu kita ketika kita takut. Ajaran dan Perjanjian 6:29–37 mempunyai beberapa pandangan (lihat juga 1 Yohanes 4:18). Apakah maksudnya untuk “lihatlah kepada [Kristus] dalam setiap pemikiran”? (ayat 36). Bagaimanakah tumpuan ini kepada Juruselamat membantu kita apabila kita menghadapi keraguan atau ketakutan?

Imej
ikon sumber tambahan

Sumber-sumber Tambahan

Memahami bagaimana Bapa Syurgawi menjawab doa.

“Dalam hidup saya saya telah belajar bahawa kadangkala saya tidak menerima jawapan kepada doa kerana Tuhan tahu saya belum bersedia. Apabila Dia menjawab, ia sering ‘di sini sedikit dan di sana sedikit’ [2 Nefi 28:30] kerana itu semua yang saya boleh tanggung atau semua yang saya rela lakukan” (Robert D. Hales, “Waiting upon the Lord: Thy Will Be Done,” Ensign atau Liahona, Nov. 2011, 73).

“Apakah yang anda lakukan apabila anda telah bersedia dengan teliti, telah berdoa dengan bersungguh-sungguh, menunggu masa yang munasabah untuk jawapan, dan masih tidak merasakan satu jawapan? Anda mungkin ingin mengucapkan terima kasih apabila itu terjadi, kerana ia adalah bukti kepercayaa-Nya. Apabila anda hidup dengan layak dan pilihan anda konsisten dengan ajaran-ajaran Juruselamat dan anda perlu bertindak, lakukannya dengan percaya. … Apabila anda hidup dengan soleh dan bertindak dengan percaya, Tuhan tidak akan membiarkan anda pergi terlalu jauh tanpa tanggapan amaran jika anda membuat keputusan yang salah” (Richard G. Scott, “Using the Supernal Gift of Prayer,” Ensign atau Liahona, Mei 2007, 10).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Berikan keyakinan kepada kebolehan pelajar. Sesetengah orang dalam kelas anda mungkin tidak yakin dengan kemampuan mereka untuk mempelajari injil. Pertimbangkan bagaimana anda dapat meyakinkan mereka bahawa ketika mereka berusaha untuk belajar sendiri, Roh Kudus akan mengajar mereka. (Lihat Teaching in the Savior’s Way, 29.)

Cetak