Ajaran dan Perjanjian 2021
15–21 Februari. Ajaran dan Perjanjian 14–17: “Berdiri sebagai seorang Saksi”


“15–21 Februari. Ajaran dan Perjanjian 14–17: ‘Berdiri sebagai seorang Saksi’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“15–21 Februari. Ajaran dan Perjanjian 14–17,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2021

Imej
Joseph Smith dan Tiga Saksi berdoa dengan berlutut

15–21 Februari

Ajaran dan Perjanjian 14–17

“Berdiri sebagai seorang Saksi”

Fikir tentang ajaran dan peristiwa dihuraikan di Ajaran dan Perjanjian 20:14–17. Bagaimanakah anda akan mengilhami orang yang anda ajar untuk “berdiri sebagai seorang saksi tentang hal-hal [ini]”? (Ajaran dan Perjanjian 14:8).

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Apakah ahli kelas mendapati bermakna dalam pengkajian tulisan suci peribadi dan keluarga mereka? Anda boleh menjemput seluruh kelas berkongsi satu pendapat tentang penyertaan dalam pekerjaan Tuhan dari setiap bahagian di Ajaran dan Perjanjian 14–17

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Ajaran dan Perjanjian 14–16

Tuhan menjemput kita semua untuk menyertai pekerjaan-Nya.

  • Apakah ahli kelas tahu mengenai keluarga Whitmer? Ia lebih baik untuk mereka menyenaraikan fakta-fakta tentang keluarga Whitmer di atas papan tulis. Bagaimanakah fakta-fakta ini membantu kita fahami nasihat Tuhan kepada keluarga Whitmer di bahagian 14–16? Contohnya, mengapa Tuhan membandingkan pekerjaan-Nya kepada penuaian di ladang?

  • Untuk memberi ahli kelas peluang berkongsi pendapat tentang penyertaan dalam pekerjaan Tuhan, anda boleh tulis rujukan-rujukan berikut di atas papan tulis: Ajaran dan Perjanjian 14:1; 14:2–4; 14:5, 8; 14:6–7; 14:9–11; 15:6. Ahli-ahli kelas bacakan salah satu ayat suci ini dalam pasangan dan bincangkan apa yang mereka pelajari mengenai pekerjaan Tuhan. Beberapa pasangan boleh berkongsi dengan kelas apa yang mereka temui.

  • Jemput ahli kelas berkongsi pengalaman menolong orang lain mendekati Juruselamat, termasuk pelayanan penginjil sepenuh masa ataupun penginjil pelayanan dan melalui pelayanan. Bagaimanakah kita telah melihat firman Tuhan di Ajaran dan Perjanjian 15:6 dan 16:6 digenapi dalam hidup mereka? Apakah yang kita pelajari dari bahagian-bahagian ini yang akan membantu kita bersedia berkongsi injil?

    Imej
    Pekerja di ladang menuai gandum

    Illustrasi pekerja ladang gandum oleh Greg Newbold

Ajaran dan Perjanjian 17

Kita boleh kekal setia dengan apa yang kita tahu, walaupun orang lain menolak kita.

  • Mengapakah Tuhan menyediakan saksi-saksi Kitab Mormon? Galakkan ahli kelas untuk berkongsi idea-idea yang mereka terima semasa membaca Ajaran dan Perjanjian 17. Idea-idea tambahan boleh didapati dalam rujukan ayat suci di pengenalan bahagian 17 atau di permulaan Kitab Mormon “Kesaksian Tiga Saksi”. Bagaimanakah Kesakisian Tiga Saksi telah mempengaruhi kesaksian kita tentang Kitab Mormon?

  • Walaupun kita belum melihat malaikat atau memegang kepingan-kepingan emas, kita masih boleh bersaksi tentang Kitab Mormon. Apakah ahli-ahli kelas dapati di bahagian 17 (termasuk pengenalan bahagian) yang mereka rasa berguna bagi mereka? Jika seseorang tanya anda kenapa kita percaya Kitab Mormon adalah benar, apakah jawapan anda? Mungkin ahli-ahli kelas boleh menulis satu jawapan ringkas, dan anda boleh jemput mereka untuk berkongsi apa yang mereka tulis. Petikan oleh Presiden Ezra Taft Benson di “Sumber-sumber Tambahan” dapat mengilhami ahli-ahli untuk memberi kesaksian tentang Kitab Mormon kepada orang lain.

  • Ia boleh menjadi sungguh berilham untuk mendapatkan seorang ahli kelas berkongsi pengalaman saksi-saksi lain berkenaan kepingan-kepingan emas (lihat “Kesaksian Lapan Saksi” dalam Kitab Mormon. Apakah yang kita belajar daripada pengalaman saksi-saksi ini?

Imej
ikon sumber tambahan

Sumber-sumber Tambahan

Kongsikan kesaksian kita tentang Kitab Mormon.

Presiden Ezra Taft Benson telah berikan undangan berikut kepada ahli-ahli Gereja pada 1988.

“Kitab Mormon ialah faktor utama dicipta oleh Tuhan untuk “meliputi bumi bagaikan dengan air bah, untuk mengumpulkan umat pilihan-[Nya].’ (Musa 7:62.) Jilid kitab suci ini perlu menjadi lebih penting dalam pengkhutbahan, pengajaran dan pekerjaan penginjilan kita.

“… Pada zaman media elektronik dan pengeluaran besar-besaran bahan cetak, Tuhan akan menganggap kita bertanggungjawab jika kita tidak menggunakan Kitab Mormon dengan cara yang agung.

“Kita ada Kitab Mormon, kita ada ahli-ahli, kita ada penginjil-penginjil, kita ada sumber-sumber, dan dunia ini memerlukannya. Inilah masanya!

“Kepada saudara dan saudari yang dikasihi, kita jarang sekali memahami kuasa Kitab Mormon, peranan ilahi untuk dilaksanakan, ataupun pengaruh yang perlu diperluaskan” (Teachings of Presidents of the Church: Ezra Taft Benson [2014], 143–44).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Tanya soalan–soalan yang menjemput kesaksian. Soalan yang diilhamkan boleh menjadi suatu cara yang besar untuk mengundang Roh Kudus. Contohnya, apabila mengajar Ajaran dan Perjanjian 14:9, anda boleh tanya soalan seperti “Bagaimana kamu tahu Yesus Kristus ialah ‘suatu cahaya yang tidak dapat disembunyikan dalam kegelapan’?” (Lihat Teaching the Savior’s Way, 32.)

Cetak