Ajaran dan Perjanjian 2021
22–28 Februari. Ajaran dan Perjanjian 18–19: “Nilai Semua Jiwa Adalah Besar”


“22–28 Februari. Ajaran dan Perjanjian 18-19: ‘Nilai Semua Jiwa Adalah Besar’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“22–28 Februari. Ajaran dan Perjanjian 18–19,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2021

Imej
ladang Martin Harris

Ladang Martin Harris, oleh Al Rounds

22–28 Februari

Ajaran dan Perjanjian 18–19

“Nilai Semua Jiwa Adalah Besar”

Hanya melalui Roh Kudus hati seseorang dapat berubah. Presiden Henry B. Eyring mengajar, “Sekiranya anda mengajar asas-asas ajaran, Roh Kudus akan datang” (“Discussion with Elder Richard G. Scott and Elder Henry B. Eyring” [siaran latihan satelit Sistem Pendidikan Gereja, 11 Aug. 2003]).

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Mendorong ahli-ahli kelas berkongsi pengalaman dengan ayat suci ini, baca bersama-sama Ajaran dan Perjanjian 18:34–36. Kemudian, minta ahli-ahli kelas berkongsi ayat suci yang mereka telah baca pada minggu ini di mana mereka telah mengenal suara Tuhan.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Ajaran dan Perjanjian 18:10–16; 19:15–20, 39–41

Tuhan berbahagia apabila kita bertaubat.

  • Ramai orang mengaitkan pertaubatan dengan perasaan negatif. Bagaimanakah firman Tuhan di Ajaran dan Perjanjian 18 dan 19 membantu ahli kelas melihat pertaubatan sesuatu yang menggembirakan. Anda boleh tulis di atas papan tulis Pertaubatan ialah dan minta ahli kelas untuk mencadangkan cara-cara melengkapkan ayat ini berdasarkan pembacaan mereka dari bahagian 18 dan 19. (Pertimbangkan pengkajian semula Ajaran dan Perjanjian 18:10–16; 19:15–20, 39–41 di dalam kelas.)

  • Apakah maksudnya “menyerukan pertaubatan”? (Ajaran dan Perjanjian 18:14). Mungkin ahli-ahli kelas boleh pertimbangkan soalan ini semasa membaca Ajaran dan Perjanjian 10:8–16. Mengapakah orang kadang-kadang pilih untuk tidak bertaubat? Bagaimanakah kita beri inspirasi kepada mereka yang dikasihi untuk datang kepada Juruselamat dan menerima keampunan? Galakkan ahli-ahli kelas mencari sesuatu yang dapat membantu dalam Ajaran dan Perjanjian 18:10–16 atau 19:15–20.

Ajaran dan Perjanjian 18:10–16

“Nilai semua jiwa adalah besar di mata Tuhan.”

  • Bagaimanakah anda dapat membantu ahli-ahli kelas faham betapa bernilai kita di mata Tuhan? Mereka boleh membaca Ajaran dan Perjanjian 18:10–16 dan kongsi pengalaman di mana mereka memahami nilai diri kepada Tuhan. Bagaimana ayat-ayat ini mempengaruhi pandangan kita tentang diri kita? orang lain? Bagaimanakah Tuhan menunjukkan bahawa kita sangat bernilai bagi Him?

    Imej
    Yesus memegang budak kecil

    Nilai Sebuah Jiwa, oleh Liz Lemon Swindle

Ajaran dan Perjanjian 19:15–19

Yesus Kristus telah menderita bagi semua manusia.

  • Bagaimanakah anda dapat membantu ahli-ahli kelas merasa kesaksian Roh Kudus apabila mereka merenungkan huraian Juruselamat mengenai penderitaan korban tebusan? (Ajaran dan Perjanjian 19:15–19). Anda boleh menjemput seseorang menyanyikan nyanyian rohani tentang Juruselamat. Anda juga boleh menunjukkan sebuah gambar Juruselamat dan menjemput ahli kelas membaca ayat 15–19; kemudian menuliskan fikiran dan perasaan mereka. (Kata-kata Elder D. Todd Christofferson di “Sumber-sumber Tambahan” juga boleh mendalami rasa syukur ahli kelas terhadap penderitaan Juruselamat. Menulis ayat ini boleh membantu ahli kelas merenungkan: Saya bersyukur atas Korban Tebusan Yesus Kristus kerana … Mungkin beberapa ahli kelas rela berkongsi apa yang mereka tulis dan memberi kesaksian tentang Yesus Kristus.

Ajaran dan Perjanjian 19:16–26, 34–41

Melakukan kehendak Tuhan seringkali memerlukan pengorbanan.

  • Apabila ahli kelas menghadapi situasi yang perlu membuat pengorbanan demi injil, ia akan menjadi inspirasi kepada mereka untuk belajar tentang pengorbanan Martin Haris supaya Kitab Mormon dapat diterbitkan. Anda boleh menjemput seseorang untuk datang ke kelas bersedia menceritakan keputusan Martin menggadai janji ladangnya untuk membiayai penerbitan Kitab Mormon (lihat Saints,1:76–78). Ayat manakah dari bahagian 19 mungkin membantu dia membuat keputusan itu? Anda boleh menjemput ahli kelas berkongsi cara Kitab Mormon telah berkati mereka dan betapa syukur bagi pengorbanan Martin Harris dan juga orang lain supaya kitab itu dapat diterbitkan.

  • Mungkin seseorang di dalam kelas boleh kongsi pengorbanan yang mereka telah lakukan kepada Tuhan. Ini akan menggalakkan ahli-ahli kelas untuk memikirkan tentang kerelaan diri untuk melakukan pengorbanan. Galakkan mereka untuk berkongsi sebarang carian dari Ajaran dan Perjanjian 19 yang mengilhami mereka membuat pengorbanan supaya melakukan kehendak Tuhan (terutamanya lihat ayat 16–26, 34–41).

Imej
ikon sumber tambahan

Sumber-sumber Tambahan

Harga kasih sayang Tuhan.

Elder D. Todd Christofferson berkata berkenaan Ajaran dan Perjanjian 19:18: “Marilah kita mempertimbangkan harga kasih sayang Tuhan. … Kesakitan–Nya di Getsemani dan di atas salib lebih besar daripada apa yang manusia dapat tahan. Walau bagaimanapun, disebabkan kasih sayang Dia terhadap Bapa-Nya dan bagi kita, Dia bertahan dan, sebagai akibatnya, Dia dapat menawarkan kepada kita kebaqaan dan kehidupan abadi”. (“Tetap Akan Dikasihi-Nya,” Ensign atau Liahona, Nov. 2016, 50).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Mewujudkan persekitaran yang mengundang Roh Kudus. Terdapat pelbagai cara anda boleh mengundang Roh Kudus ke dalam kelas anda. Muzik pendahuluan boleh menggalakkan ketakziman. Pemberian berdasarkan kasih sayang dan kesaksian dapat mewujudkan suasana yang mesra dan rohani. (Lihat Teaching the Savior’s Way, 15.)

Cetak