Ajaran dan Perjanjian 2021
8–14 Mac. Ajaran dan Perjanjian 23–26: “Memperkuatkan Gereja”


“8–14 Mac. Ajaran dan Perjanjian 23-26: ‘Memperkuatkan Gereja’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“8–14 Mac. Ajaran dan Perjanjian 23–26,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2021

Imej
Emma Smith

8–14 Mac

Ajaran dan Perjanjian 23–26

“Memperkuatkan Gereja”

Sebelum membaca rangka panduan ini, baca Ajaran dan Perjanjian 23–26 dan fikirkan asas-asas yang anda rasa akan memperkuatkan ahli-ahli kelas anda. Kemudian pertimbangkan apakah sumber-sumber akan membantu anda mengajar, termasuk sumber yang di cadangkan dalam rangka panduan ini.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Apakah berkat yang kita telah mengalami semasa [kita] membiarkan waktu diabdikan untuk pengkajian tulisan suci”? (Ajaran dan Perjanjian 26:1). Bagaimana kita telah merasai Roh Kudus di dalam rumah kita? Mungkin ahli-ahli kelas dapat berkongsi bagaimana mereka mengatasi halangan atau gangguan untuk mengabdikan waktu membuat pengkajian tulisan suci peribadi atau sekeluarga.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Ajaran dan Perjanjian 23–26

Kita semua boleh memperkuatkan Gereja.

  • Anda mungkin ingin menyelidik secara sebuah kelas apakah maksudnya “mendorong gereja” (Ajaran dan Perjanjian 25:7). Mungkin seorang ahli boleh kongsikan penjelasan kamus bagi kata dorong atau contoh-contoh dorongan yang mereka pernah lihat. Apakah peluang bagi kita untuk mendorong satu sama lain? Bagaimanakah mendorong dapat memperkuatkan Gereja? Apa lagi yang kita pelajari dari Ajaran dan Perjanjian 23–26 boleh membantu kita memperkuatkan Gereja? Anda juga boleh bincangkan bagaimana asas-asas ini digunakan dalam memperkuatkan rumah kita. Untuk menggunakan asas-asas ini dalam usaha pelayanan kita, anda boleh menyelidiki semula beberapa bahagian dalam pesanan Sister Bonnie H. Cordon “Menjadi Seorang Gembala” (Ensign atau Liahona, Nov. 2018, 74–76).

Ajaran dan Perjanjian 24

Juruselamat boleh mengangkat kita “keluar dari kesengsaraan [kita].”

  • Wahyu di Ajaran dan Perjanjian 24 diberikan untuk “menguatkan, mendorong dan mengarahkan” Joseph dan Oliver pada suatu masa yang susah (Ajaran dan Perjanjian 24, pengenalan bahagian; lihat juga Saints,1:94–96). Anda boleh menjemput kelas mencari bukti-bukti bahawa Tuhan sedar tentang Joseph dan situasinya dalam bahagian ini. Bagaimanakah Tuhan berbicara tentang keperluan Joseph? Mengapakah Tuhan melakukan yang sama bagi kita pada masa kini? Jemput ahli-ahli kelas untuk berkongsi pengalaman ketika mereka rasa Tuhan sedar akan keadaan peribadi mereka dan mengangkat mereka dari kesengsaraan mereka.

    Imej
    Yesus Kristus menyembuh orang

    Dia Menyembuhkan Banyak Orang yang Menderita Berbagai-bagai Penyakit, oleh J. Kirk Richards

Ajaran dan Perjanjian 25

Emma Smith ialah “wanita terpilih.”

  • Untuk membantu ahli kelas mencari kaitan peribadi dalam wahyu Tuhan kepada Emma Smith, pertimbangkan aktiviti ini: Minta setengah orang dari kelas mencari bahagian 25 tentang hal-hal yang Tuhan minta Emma lakukan dan ahli-ahli lain mencari hal-hal yang Dia janji akan lakukan. Jemput mereka untuk menyenaraikan hasil carian dan kongsi dengan satu sama lain. Beberapa ahli kelas boleh kongsi asas-asas yang sangat bermakna kepada mereka?

  • Apakah perkataan dan frasa di bahagian 25 menyokong pernyataan Tuhan kepada Emma Smith, “Engkau ialah wanita terpilih”? (ayat 3). Ahli-ahli kelas juga boleh membincangkan bagaimana Emma menjalankan asas-asas dari wahyu ini. Sumber-sumber yang dapat membantu termasuk “Thou Art and Elect Lady” (Revelations in Context, 33–39), dan “Suara-suara Pemulihan” dalam rangka panduan minggu ini di Ikutlah Aku–Untuk Individu dan Keluarga.

  • Mengikut Ajaran dan Perjanjian 3 Nefi 25, bagaimanakah perasaan Tuhan berkenaan dengan lagu-lagu suci? Mungkin di dalam kelas boleh bincangkan cara-cara menggunakan nyanyian rohani untuk mengundang Roh Kudus ke dalam rumah mereka.

Ajaran dan Perjanjian 25:5, 14

Kita harus mencari supaya memperolehi “semangat kelembutan hati.”

  • Tuhan menasihati Emma untuk “teruskanlah di dalam semangat kelembutan hati” (Ajaran dan Perjanjian 25:14; lihat juga ayat 5). Untuk ketahui maksud ini, anda boleh tulis Kelembutan hati di atas papan dan jemput ahli kelas menulis di tepinya sesuatu yang mereka fikirkan tentang ayat itu. Kemudian mereka boleh mencari perkataan dan frasa di bahagian 25 yang mereka rasa berkaitan dengan kelembutan hati dan kongsi carian mereka. Pertimbangkan berkongsi petikan oleh Elder David A. Bednar di “Sumber-sumber Tambahan.” Mengapakah ia penting menjadi lembut hati?

Ajaran dan Perjanjian 25:10, 13

Kita harus mencari hal-hal dari dunia yang lebih baik.

  • Untuk membantu ahli kelas menggunakan nasihat Tuhan untuk “mengenepikan hal-hal dari dunia ini, dan mencari hal-hal yang lebih baik” (Ajaran dan Perjanjian 25:10), anda boleh minta mereka menyenaraikan “hal-hal dari dunia” dan contoh-contoh “hal-hal [dari dunia] yang lebih baik.” Apakah nasihat yang kita dapat kongsi dengan sesama untuk membantu berfokus pada hal-hal abadi? Bagaimanakah nasihat di ayat 13 berkaitan dengan matlamat ini?

Imej
ikon sumber tambahan

Sumber-sumber Tambahan

Kelembutan hati ialah kekuatan.

Elder David A. Bednar menjelaskan: Kelembutan hati iaitu satu-satunya kualiti seperti Kristus ini biasanya disalah faham dalam dunia moden kita. Kelembutan hati adalah kuat, bukan lemah; aktif, bukan pasif; berani, bukan ketakutan; mengawal diri, bukan berlebih-lebihan; rendah hati, bukan pengagungan diri; dan baik budi, bukan kasar. Seorang yang lembut hati tidak mudah marah, tidak menunjuk-nunjuk, atau tidak menguasai orang lain dan sedia mengakui pencapaian orang lain” (“Lembut Hati dan Rendah Hati,” Ensign atau Liahona, Mei 2018, 32).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Bersaksi tentang berkat-berkat yang dijanjikan. Apabila anda menjemput ahli kelas untuk bertindak mengikut apa yang mereka pelajari, bersaksilah tentang berkat Tuhan yang dijanjikan (lihat Teaching in the Savior’s Way, 35).

Cetak