Ajaran dan Perjanjian 2021
22–28 Mac. Ajaran dan Perjanjian 29: “Yesus Kristus Akan Mengumpul Umat-Nya”


“22–28 Mac. Ajaran dan Perjanjian 29: ‘Yesus Kristus Akan Mengumpul Umat-Nya,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“22–28 Mac. Ajaran dan Perjanjian 29,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu

Imej
Yesus Kristus berdiri di depan orang ramai yang berlutut

Setiap Lutut Akan Bertekuk, oleh J.Kirk Richards

22–28 Mac

Ajaran dan Perjanjian 29

Yesus Kristus Akan Mengumpul Umat-Nya

Cara paling penting untuk bersedia mengajar Ajaran dan Perjanjian 29 adalah mengkaji dengan penuh doa dan mecari bimbingan Roh. Pertimbangkan cara lain mengundang Roh Kudus ke dalam hidup kita, seperti berpuasa, menghadiri bait suci atau melayani orang lain.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Di Ajaran dan Perjanjian 29:5, Tuhan berfirman kepada Orang Suci, “Angkatlah hatimu, dan bergembiralah” Anda boleh jemput ahli kelas untuk kongsikan sesuatu yang mereka pelajari secara peribadi atau sekeluarga yang menyebabkan mereka mengangkat hati, dan bergembira.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Ajaran dan Perjanjian 29

Bapa Syurgawi kita menyediakan satu rancangan demi permuliaan kita.

  • Salah satu cara menggalakkan pembelajaran di rumah adalah untuk mengasaskan pada aktiviti-aktiviti terdapat dalam rangka panduan minggu sekarang dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga. Contohnya, anda boleh senaraikan bahagian-bahagian rancangan keselamatan di atas papan seperti kehidupan pra-fana, Penciptaan, Korban Tebusan Yesus Kristus, dan lain-lain. Ahli-ahli kelas dapat berkongsi pembelajaran mereka dari Ajaran dan Perjanjian 29 tentang bahagian-bahagian rancangan tersebut. Anda boleh minta mereka untuk kongsi bahagian manakah mereka akan ajarkan kepada seseorang yang tidak tahu tentang rancangan Tuhan.

Ajaran dan Perjanjian 29:1–8, 14–21

Yesus Kristus akan mengumpul umat-Nya sebelum Kedatangan Kedua-Nya.

  • Untuk membantu ahli kelas memahami kenapa Yesus Kristus mengumpul umat-Nya, jemput mereka membaca ayat 1–8 dan bincangkan soalan-soalan berkenaan pengumpulan itu, misalnya: Bagaimanakah kita dapat mengalami pengumpulan dan perlindungan Kristus, bagaikan seekor ayam betina mengumpulkan dan melindungi anak-anaknya? Bagaimanakah kita berkumpul kepada Juruselamat? (Lihat, contohnya, ayat 2). Ahli-ahli kelas boleh berkongsi bagaimana mereka telah diberkati dengan berkumpul dan beribadat bersama ahli-ahli lain di gereja ini.

    Imej
    ayam betina dan anak-anak ayam

    Betapa Kerap Kali, oleh Liz Lemon Swindle

  • Untuk membantu ahli-ahli kelas memahami tanggungjawab mereka untuk membantu Bapa Syurgawi kumpulkan anak-anak-Nya, anda boleh kongsi kata-kata Presiden Russell M. Nelson di “Sumber-sumber Tambahan.”   Apakah yang kita belajar mengenai pengumpulan itu dari pesanan-pesanan ini? Bagaimanakah pesanan-pesanan ini menegas semula firman Tuhan di Ajaran dan Perjanjian 29:1–8?

  • Beberapa peristiwa zaman akhir yang dihuraikan di Ajaran dan Perjanjian 29:14–21 mungkin agak membimbangkan ahli kelas. Beri mereka peluang berkongsi perasaan mereka. Mengapakah Tuhan memberi amaran kepada kita mengenai peristiwa-peristiwa ini? Apakah kebenaran yang menjamin yang kita belajar mengenai Juruselamat dan pengumpulan dari ayat 1–8? Bagaimanakah pengumpulan membantu kita menantikan peristiwa-peristiwa ini dengan iman bukan ketakutan? Nyanyikan nyanyian rohani tentang pengumpulan seperti “Israel, Tuhanmu Memanggil” (Nyanyian Rohani, no. 6) dan bincangkan apakah nyanyian rohani itu ajar tentang pengumpulan Israel.

Ajaran dan Perjanjian 29:34–35

Setiap perintah Tuhan adalah rohani.

  • Walaupun beberapa perintah kelihatan yang duniawi, segala perintah adalah rohani kepada Tuhan. Untuk memahami kebenaran ini, ahli kelas boleh membaca bersama ayat 34–35 dan senaraikan beberapa perintah di atas papan tulis, dengan asas dan berkat rohani yang berkaitan. Mereka boleh kongsikan contoh-contoh daripada kehidupan mereka atau dari tulisan suci yang telah membantu mereka melihat sifat rohani perintah-perintah Tuhan. Bagaimanakah aktiviti ini mempengaruhi cara kita melihat perintah-perintah?

Imej
ikon sumber tambahan

Sumber-sumber Tambahan

Ajaran dan Perjanjian 29

Penglibatan dalam pengumpulan bani Israel.

Presiden Russell M. Nelson telah mengajar:

“Ini sememangnya adalah zaman akhir, dan Tuhan sedang mempercepatkan pekerjaan-Nya untuk mengumpulkan Israel. Pengumpulan tersebut adalah hal paling penting yang berlangsung di dunia pada masa kini. Tidak ada yang lain sebanding dengan kebesarannya, tidak ada yang sebanding dengan kepentingannya, tidak ada yang sebanding dengan keagungannya. Dan jika anda memilih untuk, jika anda ingin, anda boleh menjadi bahagian besar darinya. Anda boleh menjadi bahagian besar bagi sesuatu yang besar, sesuatu yang hebat, sesuatu yang agung!

“Ketika kita berbicara tentang pengumpulan, kita hanya menyatakan kebenaran asas ini: setiap dari anak–anak Bapa Syurgawi kita, di kedua-dua belah tirai, berhak untuk mendengar pesanan injil Yesus Kristus yang telah dipulih. Mereka memutuskan bagi diri mereka jika mereka ingin mengetahui lebih banyak. …

“Bapa Syurgawi telah menyediakan banyak roh-roh yang mulia—menurut saya, pasukan terbesar-Nya—pada fasa terakhir ini. Roh-roh mulia itu—wira-wira itu—ialah anda!” (“Harapan Israel” [pertemuan rohani seluruh dunia untuk remaja, 3 Jun 2018], ChurchofJesusChrist.org).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Ajar dengan jelas dan mudah difahami. Ajar ajaran dengan jelas dan mudah difahami berbanding dengan menghiburkan kelas anda. Anda boleh percaya bahawa “iman yang teguh bahawa firman Tuhan” akan mempunyai “kesan yang lebih kuat pada fikiran orang daripada … apa-apa pun yang lain” (Alma 31:5).

Cetak