Ajaran dan Perjanjian 2021
29 Mac–4 April. Hari Easter: “Akulah Dia yang Hidup, Akulah Dia yang Dibunuh”


“29 Mac–4 April. Ajaran dan Perjanjian 41–44: ‘Akulah Dia yang Hidup, Akulah Dia yang Dibunuh’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“29 Mac–4 April. Hari Easter,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2021

Imej
Patung Kristus

29 Mac–4 April

Hari Easter

“Akulah Dia yang Hidup, Akulah Dia yang Dibunuh”

Tiada pemahaman yang lebih penting bagi kita daripada pemahaman Korban Tebusan Yesus Kristus. Fikirkan tentang orang yang akan menghadiri kelas anda, apa yang akan memperdalamkan iman mereka dalam Kristus?

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Setelah ahli-ahli kelas anda mengkaji Ajaran dan Perjanjian pada tahun ini, mereka mungkin telah menemui ayat-ayat yang bermakna bagi mereka tentang Juruselamat. Mulakan kelas dengan memberi mereka peluang berkongsi ayat-ayat ini. Bagaimanakah kajian Ajaran dan Perjanjian memperdalamkan iman kita kepada Yesus Kristus?

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Yesus Kristus melaksanakan satu “korban terbusan yang sempurna.”

  • Oleh kerana Korban Tebusan Yesus Kristus merupakan suatu ajaran utama, pertimbangkan menggunakan masa yang cukup supaya ahli kelas dapat memahaminya. Melakukan ini, anda boleh menulis di atas papan persoalan seperti ini: Apa itu Korban Tebusan Yesus Kristus? Bagaimana ia mempengaruhi hidup harian saya? Bagaimana ia mempengaruhi hidup abadi saya? Bagaimana saya dapat menerima kuasa penebusan Juruselamat dalam hidup saya? Berikan ahli-ahli kelas beberapa minit untuk merenungkan soalan-soalan ini dan mencari ayat suci yang dapat menjawab mereka. Ahli kelas boleh menulis rujukan ayat suci mereka di atas papan, dan anda boleh bincangkan beberapa ayat suci itu sebagai sekelas. Ini ialah beberapa contoh: Lukas 22:39–44; 1 Yohanes 1:7; 2 Nefi 2:6–9; Mosia 3:5–13, 17–18; Alma 7:11–14; Moroni 10:32–33; Ajaran dan Perjanjian 19:16–19; 45:3–5.

  • Anda boleh menjemput ahli kelas membaca kata-kata Juruselamat sendiri berkenaan penderitaan-Nya di Ajaran dan Perjanjian 19:16–19. Bagaimanakah ayat-ayat suci ini memperdalamkan rasa syukur kita terhadap pengorbanan Yesus Kristus?  

    Imej
    Yesus Berdoa

    Lord of Prayer (Tuhan Doa), oleh Yongsung Kim

Ajaran dan Perjanjian 76:11–14, 20–24; 110:1–10

Nabi Joseph Smith bersaksi bahawa Yesus Kristus hidup.

  • Joseph Smith telah melihat Juruselamat yang dibangkit dan memberi sebuah kesaksian yang hebat bahawa Yesus Kristus hidup. Untuk membantu ahli-ahli kelas menyelidiki kesaksian Joseph Smith, anda boleh membahagikan mereka kepada dua kumpulan dan memberi tugasan kepada setiap kumpulan untuk membaca Ajaran dan Perjanjian 76:11–14, 20–24 atau 110:1–10. Jemputlah setiap ahli kelas untuk mencari sekurang-kurangnya satu perkataan dalam ayat-ayat ini yang menggambarkan Juruselamat. Ahli kelas boleh mengambil giliran menulis perkataan yang mereka temui di atas papan, dan anda boleh gunakan perkataan ini untuk menjadikan suatu perbincangan mengenai kuasa dan ciri-ciri Juruselamat. Bagaimanakah kesaksian Joseph Smith menguatkan iman kita dalam keilahian dan misi Yesus Kristus?

  • Mungkin sesetengah ahli kelas telah mengaitkan ajaran di Ajaran dan Perjanjian dengan kata-kata dan asas-asas dalam nyanyian rohani “Dia Hidup Sang Penebusku” (Nyanyian Rohani, no. 53; lihat rangka panduan minggi ini di Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga). Mungkin mereka sudi berkongsi apa yang mereka dapati. Anda juga boleh membaca atau menyanyikan nyanyian rohani ini sebagai sekelas dan mencari hubungan dengan ayat suci berikut: Ajaran dan Perjanjian 6:34; 45:3–5; 84:77; 98:18; 138:23. Bagaimanakah kita dapat tahu bahawa Penebus kita hidup?

Ajaran dan Perjanjian 29:26–27; 42:45–46; 63:49; 88:14–17, 27–31; 93:33–34

Oleh kerana Yesus Kristus, kita semua akan dibangkitkan.

  • Untuk membantu ahli-ahli kelas membincangkan apa yang diajar di Ajaran dan Perjanjian tentang kebangkitan, anda boleh menjemput mereka untuk bayangkan seorang kawan atau ahli keluarga menanya apa maksudnya untuk dibangkit. Bagaimanakah kita membantu orang itu faham tentang kebangkitan? Galakkan ahli kelas mencari sesuatu yang dapat membantu diAjaran dan Perjanjian 88:14–17, 27–31. Rujukan ayat suci lain yang membantu termasuk (lihat, sebagai contoh, Alma 11:40–45 dan Alma 40:21–23. Apa yang kita boleh berkongsi kepada kawan atau ahli keluarga supaya dapat merasa kebahagiaan dan harapan yang datang dari ajaran kebangkitan?

  • Bagaimanakah anda boleh membantu ahli kelas berfikir tentang kurnia kebangkitan Juruselamat? Anda boleh menulis di atas papan Oleh sebab Yesus Kristus … dan jemput ahli kelas mencari frasa untuk melengkapi frasa ini: Ajaran dan Perjanjian 29:26–27; 42:45–46; 63:49; 93:33–34. Bagaimanakah kebenaran dari ayat-ayat ini mempengaruhi pandangan kita tentang kematian? Bagaimanakah ini mempengaruhi kehidupan harian kita?

Imej
ikon sumber tambahan

Sumber-sumber Tambahan

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Bantulah ahli kelas mencari dalam tulisan suci. “Tanyakan soalan–soalan yang memerlukan mereka yang anda ajar untuk mencarikan jawapan dalam kitab–kitab suci. … Bantu mereka memahami walau pun kitab suci ditulis bertahun-tahun dahulu, ia mengandungi jawapan Tuhan kepada soalan dan masalah kita semua hadapi (Teaching in the Savior’s Way, 30).

Cetak