Ajaran dan Perjanjian 2021
23–29 Ogos. Ajaran dan Perjanjian 93: “Menerima Kegenapan-Nya”


“23–29 Ogos. Ajaran dan Perjanjian 93: ‘Menerima Kegenapan-Nya,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“23–29 Ogos. Ajaran dan Perjanjian 93,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu

Imej
Stefanus nampak Tuhan dan Yesus Kristus

I See the Son of Man Standing on the Right Hand of God, oleh Walter Rane

23–29 Ogos

Ajaran dan Perjanjian 93

“Menerima Kegenapan-Nya”

Orang yang anda ajar adalah anak lelaki dan anak perempuan roh Ibu Bapa Syurgawi yang berharga dan mempunyai potensi ilahi. Selepas mengkaji Ajaran dan Perjanjian 93, apakah yang anda rasa diilhami untuk lakukan bagi membantu mereka berkembang dalam “cahaya dan kebenaran”? (ayat 36).

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Tuliskan pada papan tulis Dalam Ajaran dan Perjanjian 93, Yesus Kristus menjemput kita untuk … Jemput ahli kelas untuk mencadangkan cara mereka akan lengkapkan ayat tersebut.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Ajaran dan Perjanjian 93

Kita menyembah Tuhan Bapa dan Putera-Nya, Yesus Kristus.

  • Dalam kajian mereka tentang Ajaran dan Perjanjian 93, ahli kelas mungkin menemui banyak kebenaran tentang Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus. Jemput ahli kelas untuk berkongsi apa yang mereka temui. Anda juga boleh membahagikan kelas ke dalam kumpulan dan memberi setiap kumpulan beberapa ayat untuk dikaji bersama. Setiap kumpulan kemudian akan berkongsi dengan kelas apa yang mereka pelajari tentang “bagaimana menyembah, dan … apa yang [kita] sembah” (ayat 19).

Ajaran dan Perjanjian 93:1–39

Kita boleh “menerima kegenapan [Tuhan], dan dimuliakan.”

Imej
tingkap kaca

Kita menerima cahaya Tuhan apabila kita mematuhi perintah-perintah-Nya dan belajar dari-Nya.

  • Ajaran dan Perjanjian 93 mengandungi banyak kebenaran tentang sifat dan potensi abadi kita sebagai anak-anak Tuhan. Sesetengah ahli kelas mungkin telah menemui kebenaran ini semasa mereka mengkaji bahagian 93 di rumah (lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga). Mereka yang berbuat demikian boleh berkongsi apa yang mereka temui, dan anda boleh menemui kebenaran lain sebagai satu kelas. Bagaimanakah kebenaran ini mempengaruhi cara kita melayan orang di sekitar kita—atau kita sendiri?

  • Berikut adalah satu lagi cara untuk mempelajari tentang sifat dan potensi abadi kita: ahli kelas boleh membaca bersama ayat 24 dan tuliskan di papan tulis tiga tajuk Sebagaimana ianya ada, Sebagaimana adanya dahulu, dan sebagaimana adanya yang akan datang. Anda kemudian boleh membahagikan kelas kepada tiga kumpulan dan meminta setiap kumpulan untuk mengkaji Ajaran dan Perjanjian 93:6–39, mencari kebenaran mengenai identiti abadi kita masa sekarang, masa lalu, atau masa depan. Setiap kumpulan boleh menulis di bawah tajuk apa yang mereka temui. Bagaimanakah kebenaran ini mempengaruhi pilihan yang kita buat?

Ajaran dan Perjanjian 93:40–50

Kita diperintahkan untuk “mengatur rumah [kita] sendiri.”

  • Perintah untuk “mengatur rumahmu sendiri,” (ayat 43) bukannya tentang menyusun almari pakaian tetapi mengenai pengajaran—dan pembelajaran—“cahaya dan kebenaran” (ayat 42). Mungkin ahli kelas dapat berkongsi bagaimana mereka cuba mengikuti nasihat ini. Apakah cabaran-cabaran yang mereka hadapi? Apakah kebenaran atau asas dalam Ajaran dan Perjanjian 93 yang boleh membantu?

  • Sebagai sebahagian daripada perbincangan anda mengenai ayat-ayat ini, ahli kelas dapat membaca bahagian pesanan Presiden Henry B. Eyring “Sebuah Rumah Di Mana Roh Tuhan Berdiam” (Ensign atau Liahona, Mei 2019, 22–25) dan berkongsi pandangan yang berkaitan dengan kebenaran dalam Ajaran dan Perjanjian 93:40–50. (Lihat juga kenyataan dalam “Sumber-sumber Tambahan.”)

Imej
ikon sumber tambahan

Sumber-sumber Tambahan

“Memastikan bahawa mereka lebih tekun dan mengambil berat di rumah.”

Elder David A. Bednar mengajar:

“Di pejabat saya terdapat lukisan padang gandum yang indah. Lukisan itu terdiri daripada bilangan coretan berus individu yang sangat banyak—tiada satu pun yang secara berasingan sangat menarik atau mengagumkan. Malah, jika anda menghampiri kanvas itu, apa yang anda dapat lihat adalah coretan warna kuning, emas dan coklat yang tidak berkaitan dan tidak menarik. Tetapi, apabila anda beralih jauh secara beransur-ansur dari kanvas, semua coretan berus individu bergabung bersama dan menghasilkan landskap ladang gandum yang cantik. Coretan berus banyak yang biasa dan individu bekerjasama untuk mencipta satu lukisan menarik dan cantik.

“Setiap doa keluarga, setiap kajian kitab suci keluarga, dan setiap malam keluarga adalah seperti coretan berus pada lukisan jiwa kita. Secara individu, mereka nampaknya tidak mengagumkan atau penting. Tetapi sepertimana coretan warna kuning dan emas itu bergabung untuk menghasilkan satu lukisan yang indah, pelaksanaan hal-hal yang kecil boleh mendatangkan hasil rohani yang penting. ‘Kerana itu, janganlah jemu dalam melakukan yang baik, kerana kamu sedang meletakkan landasan bagi sebuah pekerjaan yang besar. Dan dari hal-hal yang kecil bermulalah hal yang besar’ (Ajaran dan Perjanjian 64:33). Ketekalan adalah asas utama apabila kita meletakkan landasan bagi sebuah pekerjaan yang besar dalam kehidupan individu kita dan juga ketika kita menjadi lebih tekun dan mengambil berat di rumah kita sendiri” (“More Diligent and Concerned at Home,” Ensign atau Liahona, Nov. 2009, 19–20).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Mengungkapkan kasih. “Bergantung kepada keadaan anda, menyatakan kasih kepada mereka yang anda ajari mungkin bermaksud memberikan mereka puji-pujian yang ikhlas, menunjukkan minat tentang kehidupan mereka, mendengar dengan cermat kepada mereka, melibatkan mereka dalam pengajaran, melaksanakan pelayanan kepada mereka, atau hanya menyapa mereka dengan mesra apabila anda melihat mereka” (Teaching in the Savior’s Way, 6).

Cetak