Ajaran dan Perjanjian 2021
13–19 September. Ajaran dan Perjanjian 102–105: “Setelah Banyak Kesengsaraan … Datanglah Berkat”


“13–19 September. Ajaran dan Perjanjian 102–105: ‘Setelah Banyak Kesengsaraan … Datanglah Berkat,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“13–19 September. Ajaran dan Perjanjian 102–105,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2021

Imej
para lelaki dengan gerabak

C. C. A. Christensen (1831–1912, Zion’s Camp (Kem Sion), c. 1878, tempera pada kain kapas, 78 × 114 inci. Brigham Young University Museum of Art, hadiah daripada cucu C. C. A. Christensen, 1970

13–19 September

Ajaran dan Perjanjian 102–105

“Setelah Banyak Kesengsaraan … Datanglah Berkat”

Semasa anda bersedia untuk mengajar Ajaran dan Perjanjian 102–5, dengarkan dorongan Roh. Dia boleh membimbing anda kepada asas yang tidak disebutkan dalam panduan ini yang akan memberkati orang yang anda ajar.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Ahli kelas boleh menulis satu atau dua ayat dari Ajaran dan Perjanjian 102–5 yang mereka rasa bermakna secara peribadi. Kemudian mereka boleh bertukar ayat-ayat dengan ahli kelas yang lain dan berbincang dengan satu sama lain apa yang mereka pelajari dari ayat-ayat ini.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Ajaran dan Perjanjian 103105

Percubaan kita mengajar kita pengajaran yang berharga dan memberi kita pengalaman.

  • Semasa ahli kelas mengkaji bahagian 103 dan 105 minggu ini, mereka mungkin telah menemui asas-asas yang dapat membantu kita semasa percubaan atau pertentangan; biarkan mereka berkongsi apa yang mereka temui. Atau anda boleh menjemput mereka untuk mencari asas-asas sedemikian dalam Ajaran dan Perjanjian 103:5–7, 12, 36; 105:5–6, 9–12, 18–19 (lihat juga “Sumber-sumber Tambahan”). Apakah yang asas-asas ini cadangkan tentang bagaimana kita boleh bertindak balas apabila menghadapi kesukaran atau kekecewaan? Ahli kelas mungkin sanggup berkongsi pengalaman di mana berkat-berkat datang “setelah banyak kesengsaraan” (Ajaran dan Perjanjian 103:12).

  • Sekiranya anda merasakan bahawa beberapa latar belakang sejarah atau laporan peribadi mengenai Kem Sion berguna, anda boleh menjemput seorang untuk mengkaji semula “Suara-suara Pemulihan: Kem Sion” (dalam panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga) dan kongsi secara ringkas apa yang mereka pelajari. Sekiranya kita dapat mengembara ke masa lalu dan bercakap dengan Kem Sion, apakah yang kita boleh katakan untuk menggalakkan mereka? Apa yang mereka mungkin akan katakan untuk menggalakkan kita?

    Imej
    sungai kecil

    Kem Sion berada di tepi tebing Little Fishing River, gambar di sini.

Ajaran dan Perjanjian 104:11–18

Setiap kita ialah “pengawas terhadap berkat-berkat duniawi.”

  • Untuk membantu ahli kelas menjadikan ajaran dalam Ajaran-ajaran 104:11–18, sesuatu yang peribadi, anda boleh menjemput mereka untuk membayangkan bahawa mereka akan memberi sesuatu yang berharga untuk dijaga oleh orang lain. Apakah yang mereka akan katakan kepada orang itu? Apakah yang mereka harapkan daripada dia? Ahli kelas kemudian boleh membaca Ajaran dan Perjanjian 104:11–18 untuk mengetahui apa yang Tuhan telah amanahkan kepada kita dan apa yang Dia harapkan daripada kita. Bagaimanakah ayat-ayat ini mempengaruhi cara kita berfikir tentang dunia, berkat-berkat kita, atau orang ramai di sekeliling kita?

  • Untuk membantu ahli kelas memahami dengan lebih baik “cara yang … Tuhan, tetapkan untuk menyara para orang suci-[Nya]” (Ajaran dan Perjanjian 104:16) anda boleh jemput ahli kelas untuk membaca Ajaran dan Perjanjian 104:11–18, kongsi apakah cara Tuhan menyediakan untuk Orang Suci-Nya? Sebagai sebahagian daripada perbincangan, anda mungkin juga berkongsi kenyataan ini oleh Presiden Marion G. Romney: “Tuhan … dapat menjaga orang miskin tanpa bantuan kita jika itu tujuan-Nya. … Tetapi kita memerlukan pengalaman ini; kerana hanya melalui pembelajaran kita bagaimana untuk menjaga satu sama lain yang kita membangunkan diri dalam kasih seperti Kristus yang diperlukan untuk melayakkan kita untuk kembali ke hadirat-Nya” (“Living Welfare Principles,” Ensign, Nov. 1981, 92). Beri ahli kelas beberapa minit untuk mencatatkan tanggapan mereka tentang bagaimana mereka boleh membantu orang dengan cara Tuhan.

Imej
ikon sumber tambahan

Sumber-sumber Tambahan

Kuasa percubaan yang menyucikan.

Elder Orson F. Whitney mengajarkan: “Tiada kesakitan yang kita alami, tiada percubaan yang kita alami adalah sia-sia. Ia membantu pendidikan kita, membangunkan sifat seperti kesabaran, iman, ketabahan dan kerendahan hati. Semua yang kita menderita dan segala yang kita alami, terutamanya apabila kita bersabar, membina watak kita, menyucikan hati kita, memperluaskan jiwa kita, dan menjadikan kita lebih lembut dan berkasih ihsan, lebih layak untuk dipanggil anak-anak Tuhan … dan itu adalah melalui kesedihan dan penderitaan, kesusahan dan kesengsaraan, agar kita memperoleh pendidikan yang kita datang ke sini untuk peroleh dan yang akan menjadikan kita lebih seperti Bapa dan Ibu kita di syurga” (dalam Spencer W. Kimball, Faith Precedes the Miracle [1972], 98).

Elder David A. Bednar berkata: “Pada satu ketika dalam setiap kehidupan kita, kita akan dijemput untuk membuat perjalanan Kem Zion kita sendiri. Masa jemputan akan berbeza, dan halangan-halangan tertentu yang kita mungkin hadapi dalam perjalanan akan berbeza. Tetapi tindak balas yang berterusan dan konsisten terhadap panggilan yang tidak dapat dielakkan ini akhirnya akan memberikan jawapan kepada soalan ‘Siapakah yang berada di pihak Tuhan?’” (“On the Lord’s Side: Lessons from Zion’s Camp,” Ensign, Julai 2017, 35).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Bekerjasama dengan ahli-ahli keluarga. “Oleh kerana rumah pusat pembelajaran dan kehidupan injil, usaha anda untuk memperkukuhkan ahli kelas adalah paling berkesan apabila anda bekerjasama dengan … ahli-ahli keluarga[nya]” (Teaching in the Savior’s Way, 8–9).

Cetak