Ajaran dan Perjanjian 2021
11–17 Oktober. Ajaran dan Perjanjian 115–120: “Pengorbanannya Akan Lebih Kudus Bagi-Ku daripada Kejayaannya”


“11–17 Oktober. Ajaran dan Perjanjian 115–120: ‘Pengorbanannya Akan Lebih Kudus Bagi-Ku daripada Kejayaannya,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“11–17 Oktober. Ajaran dan Perjanjian 115–120,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2021

Imej
Jauh di Barat

Far West (Barat Jauh), oleh Al Rounds

11–17 Oktober

Ajaran dan Perjanjian 115–120

“Pengorbanannya Akan Lebih Kudus Bagi-Ku daripada Kejayaannya”

Semasa anda bersedia untuk mengajar, ingat bahawa matlamat utama anda adalah untuk membantu orang lain membina iman kepada Yesus Kristus.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Sebelum anda bercakap tentang asas-asas dari bahagian 115–120 yang bermakna bagi anda, minta ahli kelas untuk kongsikan apa yang bermakna bagi mereka. Contohnya, anda boleh menjemput ahli kelas melengkapkan ayat ini: “Saya bersyukur saya membaca bahagian 115–120 kerana …”

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Ajaran dan Perjanjian 115:4–6

Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir merupakan satu pertahanan dan perlindungan.

  • Ahli kelas boleh mencari pesanan Presiden Russell M. Nelson “Nama Gereja yang Betul” (Ensign atau Liahona, Nov. 2018, 87–90) untuk pandangan yang membantu mereka memahami ayat 4–6. Mengapakah ia penting untuk menggunakan nama Gereja yang betul?

  • Selepas membaca bersama Ajaran dan Perjanjian 115:4–6, ahli kelas boleh membincangkan bagaimana Gereja dan ahlinya adalah seperti satu cahaya atau standard. Anda boleh menunjukkan imej sebuah rumah api dalam ribut dan bertanya kepada ahli kelas bagaimana ia berkaitan dengan pesanan ayat 5–6. Bagaimanakah pengumpulan “Sion, dan … pancang-pancangnya” memberi anda “perlindungan dari ribut”? (ayat 6).

    Imej
    rumah api

    Kita boleh bersinar sebagai cahaya untuk membantu orang lain mencari perlindungan di Gereja.

Ajaran dan Perjanjian 117

Pengorbanan kita adalah kudus bagi Tuhan.

  • Jemput ahli kelas untuk membayangkan bahawa mereka adalah Newel K. Whitney atau isterinya, Elizabeth, yang memiliki kedai yang berjaya di Kirtland tetapi diminta oleh Tuhan untuk meninggalkan harta mereka dan berpindah ke Missouri. Kemudian mereka boleh membaca ayat 1–11 dan kongsi sesuatu yang Tuhan telah firmankan untuk membantu mereka membuat pengorbanan ini.

  • Alat bantuan visual boleh membantu ahli kelas pertimbangkan bahawa “setitis” yang kita kadang-kadang dambakan bukannya “hal-hal yang lebih penting” (ayat 8). Pertimbangkan untuk menunjukkan objek seperti setitik air dan sebotol air atau sebiji cip coklat dan bar coklat. Mungkin ahli kelas dapat memikirkan contoh lain. Anda juga boleh menulis setitis dan hal-hal yang lebih penting di papan tulis dan minta ahli kelas senaraikan contoh perkara yang mungkin kita perlu “dilepaskan” (ayat 5) untuk menerima “banyak” daripada Tuhan (ayat 7).

  • Jika ahli kelas mempunyai sebarang tanggapan semasa membaca kata-kata Tuhan mengenai Oliver Granger dalam ayat 12–15, minta mereka untuk berkongsi. Mengapakah pengorbanan kita menjadi lebih kudus bagi Tuhan berbandingkan kejayaan kita?

Ajaran dan Perjanjian 119–120

Dengan membayar persepuluhan, kita membantu membina dan “menguduskan negeri Sion.”

  • Bayangkan kekuatan rohani yang boleh datang daripada ahli kelas saling berkongsikan berkat yang mereka terima dari mematuhi hukum persepuluhan. Mereka juga boleh membaca Ajaran dan Perjanjian 119:6 dan bincangkan bagaimanakah hukum ini boleh “menguduskan negeri Sion” dan menjadikan bahagian atau cabang kita “negeri Sion bagi [kita].” Mereka juga boleh membaca Maleakhi 3:8–12 untuk mengenal pasti berkat-berkat yang dijanjikan Tuhan kerana membayar persepuluhan.

  • Jika ahli kelas mempunyai soalan tentang bagaimana persepuluhan digunakan, anda boleh menjemput mereka untuk membaca bahagian 120 dan penjelasan dalam “Sumber-sumber Tambahan.” (Elder David A. Bednar juga telah memberi huraian yang membantu dalam “Tingkap-tingkap Syurga” [Ensign atau Liahona, Nov. 2013, 19–20].) Bagaimanakah kita dapat membantu orang lain meningkatkan iman mereka dalam hukum persepuluhan Tuhan?

Imej
ikon sumber tambahan

Sumber-sumber Tambahan

Majlis mengenai Pengagihan Sepersepuluh.

Elder Robert D. Hales berkata:

“Seperti yang diungkapkan oleh Tuhan, penggunaan persepuluhan ditentukan oleh sebuah majlis yang terdiri daripada Presidensi Utama, Kuorum Dua Belas Rasul, dan Uskup Utama. Tuhan secara khususnya menyatakan bahawa kerja majlis diaturkan ‘melalui suara-Ku sendiri kepada mereka’ [Ajaran dan Perjanjian 120:1]. Majlis ini dipanggil Majlis mengenai Pengagihan Sepersepuluh.

“Ia adalah menakjubkan untuk menyaksikan majlis ini mendengar suara Tuhan. Setiap ahli sedar dan mengambil bahagian dalam semua keputusan majlis. Tiada keputusan dibuat sehingga majlis itu sebulat suara. Semua dana persepuluhan dibelanjakan untuk tujuan Gereja, termasuk kebajikan—menjaga golongan miskin dan yang memerlukan—bait suci, bangunan dan penyenggaraan bangunan pertemuan, pendidikan, kurikulum—secara ringkasnya, pekerjaan Tuhan. …

“… Saya memberi kesaksian saya tentang Majlis mengenai Pengagihan Sepersepuluh. Saya telah terlibat dalam majlis ini selama 17 tahun, sebagai Uskup Utama Gereja dan sekarang sebagai ahli Kuorum Dua Belas Rasul. Tanpa pengecualian, dana persepuluhan dari Gereja ini telah digunakan untuk tujuan-Nya” (“Tithing: A Test of Faith with Eternal Blessings,” Ensign atau Liahona, Nov. 2002, 28).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Jemputlah pelajar untuk saling mengajar satu sama lain. “Ia mungkin sesuai bagi menjemput pelajar untuk membantu satu sama lain mencari jawapan kepada soalan mereka. Apabila didorong oleh Roh, anda boleh membuat keputusan untuk melakukan ini walaupun anda rasakan anda tahu jawapannya” (Teaching in the Savior’s Way, 24).

Cetak