Ajaran dan Perjanjian 2021
22–28 November. Ajaran dan Perjanjian 135–136: “Dia ‘Telah Memeteraikan Misinya dan Pekerjaannya dengan Darahnya Sendiri’”


“22–28 November. Ajaran dan Perjanjian 135–136: ‘Dia “Telah Memeteraikan Misinya dan Pekerjaannya dengan Darahnya Sendiri,”’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“22–28 November. Ajaran dan Perjanjian 135–136,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2021

Imej
bahagian luar Penjara Carthage

Penjara Carthage

22–28 November

Ajaran dan Perjanjian 135–136

Dia “Telah Memeteraikan Misinya dan Pekerjaannya dengan Darahnya Sendiri”

Semasa anda membaca bahagian 135–136, Roh Kudus boleh memberi anda pandangan yang mungkin berguna kepada ahli kelas anda. Idea-idea dalam panduan ini juga boleh mencetuskan idea yang anda boleh gunakan semasa anda mengajar.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Berikut adalah satu cara untuk menjemput ahli kelas berkongsi pendapat mereka tentang bahagian 135–136. Jemput mereka bayangkan bahawa mereka boleh bercakap dengan seorang ahli Gereja dari tahun 1844, seseorang yang tidak keruan tentang kematian Joseph Smith dan risau tentang apa yang akan terjadi kepada gereja. Apakah yang kita boleh kongsi dari bahagian ini yang mungkin boleh membantu orang ini?

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Ajaran dan Perjanjian 135; 136:37–39

Joseph dan Hyrum Smith memeteraikan kesaksian mereka dengan darah mereka.

  • Bagaimanakah pengorbanan Joseph dan Hyrum Smith “memeteraikan” kesaksian mereka? Mungkin ahli kelas dapat merenungkan soalan ini semasa mereka mengkaji semula Ajaran dan Perjanjian 135; 136:37–39. Mereka kemudiannya boleh berkongsi apa-apa pandangan yang mereka terima. Mereka juga boleh berkongsi perasaan mereka tentang kesediaan Joseph dan Hyrum untuk memberikan nyawa mereka demi kebenaran. Walaupun kita mungkin tidak diminta untuk mati demi kebenaran, bagaimanakah kehidupan kita boleh menjadi seperti satu “meterai” untuk kesaksian kita?

Ajaran dan Perjanjian 135:3

Joseph Smith telah melakukan lebih banyak untuk keselamatan kita daripada sesiapa kecuali Yesus Kristus.

  • Bagaimanakah anda boleh membantu ahli kelas memahami apa yang dilakukan oleh Joseph Smith untuk keselamatan mereka? Anda boleh menulis di papan tulis Kerana apa yang diungkapkan oleh Tuhan melalui Joseph Smith, saya… dan kemudian jemput ahli kelas untuk memikirkan cara-cara untuk melengkapkan ayat ini. Mereka boleh bermula dengan mencari Ajaran dan Perjanjian 135:3 untuk perkara yang Joseph Smith lakukan untuk membantu kita mendapatkan keselamatan. Pertimbangkan untuk menjemput ahli kelas untuk berkongsi perasaan mereka tentang Joseph Smith dan apa yang Tuhan mengungkapkan kepadanya.

  • Satu lagi cara untuk membantu ahli kelas berfikir tentang misi Joseph Smith adalah dengan menjemput mereka untuk menulis obituari atau eulogi ringkas untuknya. Anda mungkin ingin membincangkan peristiwa atau pencapaian penting dari kehidupannya yang boleh disertakan. Apakah yang mereka temui dalam Ajaran dan Perjanjian 135 yang mereka boleh sertakan? Apakah yang mereka boleh katakan dalam eulogi mereka untuk membantu orang lain menguatkan iman mereka dalam misi ilahi Joseph Smith?

  • Kebanyakan kebenaran mengenai Yesus Kristus dan Korban tebusan-Nya telah diungkapkan melalui Joseph Smith—kebenaran yang menyumbang kepada keselamatan semua lelaki dan wanita. Untuk membantu ahli kelas mengenali sumbangan ini, anda boleh memaparkan gambar Yesus Kristus dan minta beberapa ahli kelas untuk berkongsi ayat kegemaran tentang Yesus Kristus dari tulisan suci yang diungkapkan melalui Joseph Smith: Kitab Mormon, Ajaran dan Perjanjian, dan Mutiara yang Sangat Berharga. Bagaimanakah tulisan suci ini membantu kita memahami dan mendekatkan diri kepada Juruselamat? Bagaimanakah kebenaran dalam ayat-ayat ini menyumbang kepada keselamatan kita?

Ajaran dan Perjanjian 136

Kita boleh mencapai kehendak Tuhan apabila kita mengikut nasihat-Nya.

  • Panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga mencadangkan bahawa ahli kelas mencari nasihat dalam Ajaran dan Perjanjian 136 yang boleh membantu mereka menukarkan satu percubaan kepada satu pengalaman rohani. Anda boleh meminta ahli kelas berkongsi sebarang nasihat yang mereka temui. Anda juga boleh meminta mereka untuk mencari dalam bahagian ini nasihat yang dapat membantu kita mencapai kehendak Tuhan di zaman kita, sebagaimana ia telah membantu para Orang Suci dalam “perjalanan mereka ke Barat” (ayat 1).

    Imej
    Winter Quarters

    Winter Quarters, oleh Greg Olsen

  • Ia mungkin menyeronokkan untuk kelas anda membuat poster seperti yang terdapat dalam majalah Gereja tentang salah satu ayat dalam bahagian 136. Bekerja secara berpasangan atau secara individu, ahli-ahli kelas boleh mula dengan mencari ayat-ayat untuk kebenaran yang menonjol kepada mereka. Mereka kemudian boleh membuat poster mudah yang menunjukkan bagaimana kebenaran ini, diajar pada tahun 1847, masih dapat membantu kita hari ini.

Imej
ikon sumber tambahan

Sumber-sumber Tambahan

Musik Berkaitan

Menyanyi nyanyian berikut atau menonton video boleh menjemput Roh Kudus atau mengilhami perbincangan mengenai pekerjaan Nabi Joseph Smith dan pengorbanan para Orang Suci yang mengikutnya.

Pengembara yang Sengsara” (Nyanyian Rohani, no. 17). Semasa di Penjara Carthage, Joseph Smith meminta John Taylor untuk menyanyikan lagu rohani ini.

Puji Dia yang Tinggal dengan Yehova” (Nyanyian Rohani, no. 14; video, www.thetabernaclechoir.org/videos/praise-to-the-man-mormon-tabernacle-choir). Teks dalam lagu rohani ini ditulis sebagai penghargaan kepada Joseph Smith.

Mari, Mari Orang-Orang Suci” (Nyanyian Rohani, no. 15; video, www.thetabernaclechoir.org/videos/come-come-ye-saints-mormon-tabernacle-choir).

Faith in Every Footstep” (video, www.thetabernaclechoir.org/videos/faith-in-every-footstep).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Bersaksi tentang ajaran benar. Anda boleh berkongsi kesaksian anda tentang kebenaran ajaran di sepanjang pelajaran, bukan hanya pada akhirnya. Semasa anda lakukannya, Roh Kudus akan mengesahkan kebenaran ajaran di hati orang yang anda ajar. (Lihat Teaching in the Savior’s Way, 21.)

Cetak