Ikutlah Aku
Idea-idea untuk Menggalakkan Pengkajian Secara Peribadi dan Sekeluarga


“Idea-idea untuk Menggalakkan Pengkajian Secara Peribadi dan Sekeluarga,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“Idea-idea untuk Menggalakkan Pengkajian Secara Peribadi dan Sekeluarga,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2019

Imej
remaja puteri menulis

Idea-idea untuk Menggalakkan Pengkajian Secara Peribadi dan Sekeluarga

Berikut merupakan beberapa idea untuk membantu anda menggalakkan ahli-ahli kelas mengkaji firman-firman Tuhan di rumah secara peribadi atau secara sekeluarga. Sila peka terhadap ahli-ahli kelas yang tidak dapat mengkaji tulisan suci bersama keluarga mereka (contohnya, ada yang hidup berseorangan atau hidup bersama keluarga yang bukan ahli gereja).

  • Jemput ahli-ahli kelas untuk kongsikan pengalaman yang mereka peroleh ketika mengkaji tulisan suci di rumah. Contohnya, anda boleh minta mereka kongsikan satu ayat daripada pembacaan minggu ini yang telah menarik perhatian mereka dan jelaskan mengapa mereka mendapati ia amat bermakna.

  • Tanyakan ahli-ahli kelas untuk berikan contoh-contoh apa yang mereka lakukan untuk membuat pengkajian tulisan suci peribadi atau bersama keluarga lebih bermakna. (Beberapa idea boleh didapati dari “Idea-idea Memperbaikkan Pengkajian Tulisan Suci Secara Peribadi” dan “Idea-idea-idea Memperbaikkan Pengkajian Tulisan Suci Secara Sekeluarga” dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga.)

  • Jemput ahli-ahli kelas untuk kongsikan bagaimana mereka bertindak atas tanggapan yang mereka terima ketika kelas sebelumnya atau ketika pengkajian tulisan suci peribadi atau sekeluarga.

  • Luangkan beberapa minit menunjukkan ahli-ahli kelas beberapa sumber yang disediakan oleh Gereja untuk membantu ahli-ahli mengkaji Injil, misalnya bantuan pengkajian tulisan suci yang didapati di scriptures.lds.org; “Scripture Stories” dijumpai di children.lds.org; kandungan yang berpusatkan remaja youth.lds.org; bahan-bahan dan buku panduan untuk seminari dan institut; dan video, rakaman audio, dan gambar-gambar (lihat medialibrary.lds.org). Kebanyakan sumber ini boleh didapati di dalam aplikasi “Gospel Library”.

  • Luangkan beberapa minit menerangkan bagaimana untuk menggunakan aplikasi “Gospel Library” untuk mengkaji tulisan suci, termasuklah bagaimana untuk menandakan ayat dan mencatatkan tanggapan.

  • Jemput seorang atau beberapa ahli kelas untuk kongsikan bagaimana mereka mengajar asas Injil tertentu kepada keluarga mereka.

Cetak