Pelayanan dengan Kuorum-Kuorum Imamat Melkisedek dan Lembaga-lembaga Pertolongan yang Diperkuatkan
Frequently Asked Questions
Frequently Asked Questions
Pelayanan dengan Kuorum-Kuorum Imamat Melkisedek dan Lembaga-lembaga Pertolongan yang Diperkuatkan
Kehidupan dan pelayanan Yesus memberikan contoh dua perintah besar: “Kasihilah Tuhan Rajamu dengan sepenuh hatimu, dengan segenap jiwamu, dengan segala kekuatanmu, dan dengan seluruh akalmu” dan “Kasihilah sesama manusia seperti kamu mengasihi dirimu sendiri” (Matius 22:37, 39). Semasa ahli-ahli Gereja Juruselamat benar-benar ingin menjadi pengikut-Nya, kita harus mengikut peringatan-Nya untuk mengasih dan melayan Bapa di Syurga dan anak-anak-Nya. “Jika engkau mengasihi-Ku haruslah engkau melayani-Ku,” kata Juruselamat (A&P 42:29). Raja Benyamin mengajar, “Apabila kamu berada dalam pelayanan sesamamu, kamu semata-mata dalam pelayanan Tuhanmu. (Mosia 2:17). Alma meringkaskan tugasan kita dengan mengatakan, “Oleh kerana itu mereka mengawasi orang mereka, dan memelihara mereka dengan apa yang berkaitan dengan kebenaran. (Mosia 23:18).
Untuk membantu setiap kita bertindak pada mandat ilahi untuk menjaga dan melayani orang lain, Presidensi Utama telah mengumumkan penyesuaian-penyesuaian tersebut, direka untuk menumpu usaha kuorum-kuorum Imamat Melkisedek dan Lembaga-lembaga Pertolongan dalam pelayanan seperti Yesus telah lakukan. Penyesuaian-penyesuaian ini adalah yang berikut:
-
Pada tahap bahagian, satu kuorum Imamat Melkisedek.
-
Pada tahap pancang, satu kuorum imamat tinggi.
-
Pelayanan menggantikan pengajaran keluarga dan pengajaran berkunjung.
-
Melibatkan para remaja dalam pelayanan.
Dengan penyesuaian ini, bahagian dan pancang tidak lagi akan mengadakan mesyuarat jawatankuasa eksekutif imamat. Jika terdapat isu-isu istimewa berlaku dalam bahagian, contohnya seperti hal-hal keluarga atau cabaran kebajikan luar biasa, ini dapat dikemukakan dalam mesyuarat lembaga uskup tambahan. Hal-hal lain yang kurang sensitif dapat dikemukakan dalam majlis bahagian. Apa yang dipanggil “mesyuarat jawatankuasa eksekutif imamat pancang” kini dipanggil “mesyuarat majlis tinggi” (lihat soalan 8 dan 19 di bawah).
Pada Tahap Bahagian, Satu Kuorum Imamat Melkisedek
Presiden Russell M. Nelson telah mengajar bahawa “wahyu tidak perlu semuanya datang sekaligus. Ia boleh datang secara meningkat.”1 Pengungkapan peristiwa berkenaan kuorum-kuorum imamat dan pemahaman kunci-kunci imamat yang berkembang memberi satu corak wahyu yang meningkat. Di seluruh sejarah Gereja, Tuhan sering mengungkapkan kehendak-Nya baris demi baris, memberkati anak-anak-Nya dengan pemahaman lebih besar tentang bagaimana menggunakan asas-asas injil dalam keadaan-keadaan masa kini. (Lihat A&P 46:15–16).
Dalam tempoh masa dua tahun, Presidensi Utama dan Kuorum Dua Belas Rasul telah mempertimbangkan penyesuaian-penyesuaian terhurai di bawah. Hanya dengan banyak doa, mengkaji asas-asas berdasarkan tulisan suci kuorum-kuorum imamat, persetujuan dan pengesahan daripada para pemimpin Gereja utama bahawa ini adalah kehendak Tuhan, para pemimpin telah bersetuju dengan penstrukturan semula kuorum-kuorum pada tahap bahagian dan pancang, menjadikan ini satu langkah lagi dalam perkembangan Pemulihan.
1. Apakah penyesuaian-penyesuaian bagi kumpulan-kumpulan imam tinggi bahagian dan kuorum-kuorum penatua bahagian?
Dalam bahagian-bahagian, para ahli kuorum-kuorum penatua dan kumpulan-kumpulan imam tinggi kini bergabung menjadi satu kuorum dengan satu presidensi. Kuorum tersebut, apabila bertumbuh dalam bilangan dan perpaduan, akan dikenali sebagai “kuorum penatua” dan kumpulan imam tinggi bahagian dihentikan.
Kuorum penatua tersebut termasuk semua penatua, bakal penatua dalam bahagian dan imam tinggi yang tidak melayan dalam lembaga uskup, dalam presidensi pancang, dalam majlis tinggi atau bapa-bapa bangsa yang sedang bertugas.
2. Bagaimanakah presidensi kuorum penatua diaturkan?
Presiden pancang, dibantu oleh penasihat-penasihatnya akan melepaskan kepimpinan kumpulan imam tinggi dan presidensi kuorum penatua. Kemudian presiden pancang akan memanggil presiden kuorum penatua baru dalam setiap bahagian, dan presiden pancang, seorang penasihat dari presidensi pancang atau seorang anggota majlis tinggi akan memanggil calon-calon penasihat yang dicadangkan untuk melayan dalam presidensi kuorum penatua. Presidensi kuorum penatua baru itu akan menambah para penatua dan imam tinggi, dari pelbagai usia dan pengalaman, melayan bersama dalam satu persidensi kuorum. Seorang penatua atau imam tinggi boleh melayan sebagai presiden kuorum atau seorang penasihat.2
3. Siapakah memimpin pekerjaan presidensi kuorum penatua?
Presiden kuorum penatua bertanggungjawab kepada presiden pancang, yang memberi latihan dan bimbingan daripada presidensi pancang dan juga melalui majlis tinggi. Uskup sebagai imam tinggi utama dalam bahagian juga sering bertemu dengan president kuorum penatua. Uskup memberikan kaunseling bersamanya dan memberi arahan yang sesuai mengenai cara terbaik untuk melayan dan memberkati ahli-ahli bahagian, bekerja secara harmoni bersama semua organisasi bahagian. (Lihat Buku Panduan 2, 7.3.1.)
4. Adakah penyesuaian dalam struktur kuorum ini mengubah jawatan imamat ahli-ahli kuorum?
Tidak. Penatua tetap sebagai penatua dan imam tinggi masih sebagai imam tinggi dari segi jawatan imamat. Tetapi, para penatua teruskan ditahbis sebagai imam-imam tinggi apabila mereka dipanggil ke presidensi pancang, majlis tinggi, atau lembaga uskup—ataupun pada masa lain dikenal pasti oleh presiden pancang melalui doa, pertimbangan dan ilham.
5. Bolehkah sebuah bahagian mempunyai lebih daripada satu kuorum penatua?
Ya. Dengan semangat Ajaran dan Perjanjian 107:89, apabila sebuah bahagian mempunyai bilangan pemegang Imamat Melkisedek aktif yang besar, para pemimpin boleh mengatur lebih dari satu kuorum penatua. Jika ia berlaku, setiap kuorum harus mempunyai keseimbangan dari segi usia, pengalaman, jawatan imamat dan kekuatan.
6. Kepada kuorum manakah para ahli presidensi bait suci, misi, dan pusat latihan penginjil tergolong?
Para saudara ini adalah ahli dalam kuorum penatua bahagian mereka.
Pada Tahap Pancang, Satu Kuorum Imam Tinggi
7. Apakah penyesuaian untuk satu kuorum imam tinggi?
Presidensi pancang masih melayan sebagai presidensi kuorum imam tinggi pancang itu. Para ahli kuorum tersebut adalah imam-imam tinggi yang masih melayan dalam presidensi pancang, dalam lembaga uskup, dalam majlis tinggi dan bapa-bapa bangsa yang sedang bertugas. Kerani bahagian dan pancang, dan setiausaha eksekutif bukan ahli-ahli kuorum imam tinggi.
Ahli-ahli kuorum imam tinggi pancang akan biasanya bertemu dengan kuorum penatua jika tidak ditugaskan ke mana-mana.
8. Apakah peranan satu kuorum imam tinggi?
Dalam peranan utama, presidensi pancang bertemu mengikut keperluan bersama ahli-ahli kuorum imam tinggi pancang untuk memberi latihan dan membantu ahli-ahli kuorum dengan panggilan mereka. Penjelasan mesyuarat pancang yang terdapat di Buku Panduan 2, bahagian 18.3 masih sah dengan penyesuaian-penyesuaian berikut:
-
Mesyuarat jawatankuasa eksekutif imamat pancang dipanggil “mesyuarat majlis tinggi.”
-
Sebuah mesyuarat tahunan bagi semua imam tinggi yang ditahbis dalam pancang tidak lagi diadakan. Namun, presidensi pancang yang mengadakan mesyuarat kuorum imam tinggi pancang itu secara tahunan.
9. Apakah tujuan-tujuan penyesuaian pada kuorum-kuorum Imamat Melkisedek?
Dengan adanya satu kuorum Imamat Melkisedek dalam satu bahagian, ia menyatukan para pemegang imamat untuk melaksanakan segala aspek pekerjaan penyelamatan, termasuk pekerjaan bait suci dan sejarah keluarga yang terdahulu berkoordinasi oleh pemimpin kumpulan imam tinggi. Ini membenarkan para ahli kuorum yang terdiri oleh pelbagai usia dan latar belakang untuk bermanfaat daripada perspektif dan pengalaman setiap tahap hidup yang berbeza. Ini juga memberi peluang-peluang tambahan bagi para pemegang imamat yang berpengalaman untuk membimbing yang lain, termasuk bakal-bakal penatua, ahli-ahli baru, para dewasa muda dan mereka yang kembali ke Gereja.
Penyesuaian-penyesuaian tersebut membantu kuorum-kuorum penatua dan Lembaga-lembaga Pertolongan mengkoordinasi usaha mereka, Mereka juga memudahkan koordinasi kuorum dengan lembaga uskup dan majlis bahagian. Dan mereka memberi uskup peluang untuk menugaskan lebih banyak tanggungjawab kepada para presiden kuorum penatua dan Lembaga Pertolongan supaya dia dan penasihatnya dapat fokus pada tugas utama mereka—terutamanya memimpin Imamat Harun dan remaja puteri.
10. Dalam pancang, adakah imam tinggi yang melayani sebagai ahli presidensi cabang merupakan ahli dalam kuorum imam tinggi?
Tidak. Imam tinggi yang melayani di dalam presidensi cabang di sebuah pancang bukanlah ahli dalam kuorum imam tinggi. Para ahli dalam kuorum imam tinggi adalah hanya mereka yang melayan dalam presidensi pancang, dalam lembaga uskup, dalam majlis tinggi, dan bapa bangsa yang sedang bertugas membolehkan mereka untuk menjadi imam tinggi.
11. Adakah para penatua melayani di dalam lembaga uskup (sebagai contoh, di dalam pancang dewasa bujang) ahli dalam kuorum imam tinggi?
Tidak. Para penatua yang melayani di dalam lembaga uskup bukan ahli dalam kuorum imam tinggi.
12. Bagaimana pelayanan diterapkan kepada ahli kuorum imam tinggi?
Di bawah arahan uskup mereka, imam tinggi yang mempengerusi di dalam bahagian, para ahli kuorum imam tinggi dan keluarga mereka mempunyai pelayan saudara dan saudari yang ditugaskan kepada mereka oleh kuorum penatua dan Lembaga Pertolongan.
Oleh kerana presidensi pancang dan lembaga uskup bertanggungjawab kepada semua ahli dalam pancang atau bahagian, para saudara ini tidak secara umum ditugaskan sebagai pelayan saudara kepada individu atau keluarga khusus. Anggota majlis tinggi dan bapa bangsa yang sedang bertugas boleh ditugaskan, menurut keadaan setempat, seperti yang ditentukan oleh presiden pancang. Sekiranya mereka ditugaskan, ia adalah oleh presiden kuorum penatua mereka di bawah arahan uskup dalam bahagian mereka.
Sebagai tambahan kepada tanggungjawab penting yang lain seperti imam tinggi yang mempengerusi dan hakim Israel, uskup mempunyai satu tanggungjawab khusus, bersama dengan penasihat mereka, untuk menjaga remaja. Ajaran dan Perjanjian 107:15 menyatakan, “Lembaga uskup adalah presidensi bagi imamat [Harun] ini, dan memegang kunci atau wewenang dari imamat yang sama.” Handbook 1, 2.2, menyatakan, “Ahli lembaga uskup mengawasi dan memelihara remaja putera dan remaja puteri di dalam bahagian.”
Begitu juga dengan presiden pancang, sebagai imam tinggi yang mempengerusi pancang, ialah “pemimpin rohani utama dalam pancang” (Handbook 1, 1.1.1) dan “mengawasi pekerjaan penyelamatan” (Handbook 1, 1.1.2).
Pelayanan Menggantikan Pengajaran Keluarga dan Pengajaran Berkunjung
Bertahun-tahun, pengajar keluarga dan pengajar berkunjung telah melakukan tugasan mengunjungi rumah ahli gereja setiap bulan, memberi pesanan dan bantuan. Banyak masa digunakan untuk pelayanan yang diabdikan dan yang tidak mementingkan diri dalam pekerjaan besar ini.
Dibina di atas pengabdian, para pemimpin Gereja kini meminta ahli-ahli untuk meningkat tumpuan mereka pada penjagaan seperti Kristus kepada orang lain, kedua-dua secara rohani dan duniawi. (Lihat Buku Panduan, 2 3.2.3). Untuk menegaskan bahawa penjagaan, program terdahulu iaitu pengajaran keluarga dan pengajaran berkunjung kini menjadi satu usaha sama yang dikenali sebagai “pelayanan,” diselia oleh presidensi-presidensi kuorum penatua dan Lembaga Pertolongan di bawah arahan uskup.
13. Apa Itu “pelayanan”?
Juruselamat menunjukkan melalui teladan ertinya untuk melayani semasa Dia melayan kerana kasih terhadap Bapa-Nya dan terhadap setiap orang (lihat Yohanes 15:9–10). Dia mengasih, mengajar, berdoa untuk, menghibur, dan memberkati mereka di sekitar-Nya, menjemput semua untuk mengikut Dia (lihat Markus 8:34). Semasa ahli-ahli Gereja melayan, mereka berdoa mencari peluang untuk melayan seperti Dia— untuk “menghibur mereka yang memerlukan penghiburan,” “mengawasi gereja selalu, dan berada bersama dan menguatkan mereka,” “mengunjungi rumah setiap anggota,” dan membantu setiap orang untuk menjadi pengikut Yesus Kristus yang sejati (Mosia 18:9; A&P 20:51,53; lihat juga Yohanes 13:35).
Semasa ahli-ahli melayan, mereka memutuskan melalui berkomunikasi dan ilham bagi cara dan kekerapan untuk berhubung dengan mereka dalam jagaan mereka. Mereka berbincang dan memberi sebuah laporan kepada para pemimpin mereka sekurang-kurangnya sekali dalam setiap suku tahun mengenai pelayanan mereka, keperluan dan kekuatan mereka yang dijemput untuk menjaga. Para pemimpin melaporkan temu duga pelayanan ini setiap suku tahun; mereka tidak perlu melaporkan bilangan kunjungan atau hubungan yang dilakukan kepada para individu dan keluarga. Lebih lagi, melalui satu hubungan imamat kepada setiap ahli, pelayan-pelayan saudara dan saudari menjadi satu pemimpin rangkaian komunikasi yang boleh digunakan pada suatu masa yang bahaya atau kecemasan.
14. Mereka yang melayan dikenali sebagai apa?
Para pemegang imamat dikenali sebagai “pelayan-pelayan saudara,” dan para saudari Lembaga Pertolongan dikenali sebagai “pelayan-pelayan saudari.” Secara lazim, mereka akan dipanggil dengan nama mereka: “Brother Jones” dan “Sister Smith.” Mereka tidak dipanggil sebagai “pelayan”.
15. Bagaimanakah pelayanan sama dan berbeza dari pengajaran keluarga dan pengajaran berkunjung?
Pelayanan sama seperti pengajaran keluarga dan pengajaran berkunjung dimana setiap rumah tangga akan mempunyai para saudara imamat—pelayan-pelayan saudara—untuk melayan dan menjaga keluarga atau individu-individu yang tinggal di sana (lihat A&P 20:47, 59). Setiap saudari dewasa akan mempunyai para ahli Lembaga Pertolongan—pelayan-pelayan saudari—untuk melayan dan menjaga dia. Penekanan berkenaan pelayanan akan dikongsi oleh Presidensi Umum Lembaga Pertolongan bermula di bulan Januari 2018 (lihat “Kekalkan Hubungan Bersama Dia Bila-bila, Di Mana Sahaja, Apa Jua Cara,” Ensign atau Liahona, Januari 2018, 7).
Lebih lagi, beberapa syarat-syarat pengajaran keluarga dan pengajaran berkunjung telah diubahsuai untuk membantu ahli-ahli melayan dengan fokus yang lebih besar berkenaan memenuhi keperluan. Tidak perlu lagi setiap kunjungan dilakukan secara formal. Kunjungan boleh diadakan di dalam rumah, di gereja atau di mana-mana yang selamat, senang dan jarak yang boleh di sampai. Yang diajar oleh Elder Jeffery R. Holland: “[Apa] yang paling penting ialah bagaimana anda telah memberkati dan berprihatin terhadap mereka yang di dalam pengawasan anda, yang langsung tidak berkaitan dengan jadual atau tempat tertentu. Yang penting ialah bahawa anda mengasihi orang dalam dalam pengawasan anda dan memenuhi perintah untuk ‘mengawasi gereja selalu.’”3
Secara ringkas, pelayanan dibimbing oleh Roh, ia fleksibel dan ia disesuaikan mengikut keperluan setiap ahli.
16. Bagaimanakah pelayanan dibimbing oleh Roh?
Semasa ahli-ahli melayan, mereka mencari ilham untuk mengetahui cara terbaik untuk menjangkau kepada mereka dan membantu dengan keperluan mereka. Adakah suatu kunjungan yang dirancang dan panggilan telefon yang kerap kepada seorang saudari tua yang tinggal sendirian memberi perhubungan yang mencukupi? Adakah suatu jemputan untuk menyertai sebuah projek komuniti kepada seorang dewasa muda kurang aktif adalah paling berguna? Adakah menyokong pertandingan bola sepak seorang remaja membantu kedua-dua remaja dan ibu bapanya? Adakah menghantar sms kepada seseorang yang mengandungi ayat suci yang penuh harapan meringankan bebannya? Adakah menghantar satu not, kad atau e-mel menunjukkan prihatin yang baik? Apakah Juruselamat ingin hamba-hamba-Nya lakukan? Mencari jawapan-jawapan berilham kepada pertanyaan seperti itu dan menggunakan segala kaedah untuk menghubungi mereka yang ditugaskan adalah paling utama dalam pelayanan yang terilham. Untuk memberi pelayanan seperti Kristus, pelayan-pelayan saudara dan saudari tidak boleh bersandar pada kunjungan rutin atau pesanan yang ditetapkan; mereka mencari inspirasi dan nasihat dengan ahli-ahli keluarga untuk memberi penjagaan terbaik bagi mereka yang ditugas—mengguna masa dan sumber-sumber yang mereka ada.
17. Bagaimanakah pelayanan fleksibel?
Pelayan-pelayan saudara dan saudari mempunyai peluang untuk melakukan dengan cara terbaik. Mereka yang dijemput untuk menjaga mungkin tidak perlu memberi perhatian yang setara. Kerja bersama lembaga uskup dan majlis bahagian, presidensi-presidensi kuorum penatua dan Lembaga Pertolongan, mereka akan memberitahu keutamaan kepada pelayan-pelayan saudara dan saudari supaya mereka mengetahui siapakah yang sangat memerlukan mereka. Kebanyakan keutamaan tertinggi terdiri oleh para ahli baru, ahli kurang aktif yang mungkin terbuka, juga orang lain seperti satu ibu bapa, janda-janda dan duda-duda. Para pemimpin boleh menugaskan seorang pemimpin remaja kepada sebuah keluarga di mana seorang remaja putera atau puteri sedang mengalami cabaran, dan mereka menugaskan pelayan-pelayan saudara dan saudari kepada penganut baru dengan segera. Mereka boleh menugaskan sesiapa ahli-ahli kuorum penatua—imam-imam tinggi dan para penatua—ke pelayanan tersebut.
Di mana sesuai, satu pasangan yang telah kahwin boleh ditugaskan kepada seorang keluarga dan individu. Tambahan pula, Laurels dan Mia Maids boleh memberi sumbangan penting dengan melayani sebagai teman-teman kepada saudari Lembaga Pertolongan, sama seperti para imam dan pengajar dengan melayani bersama pemegang Imamat Melkisedek (liha soalan 22, di bawah).
18. Bagaimanakah pelayanan disesuaikan mengikut keperluan setiap ahli?
Pelayan-pelayan saudara dan saudari mencari cara terbaik untuk memenuhi keperluan individu. Setiap cara berkomunikasi boleh digunakan untuk bertindak pada bimbingan Roh dan memenuhi keperluan mereka yang dilayan. Memenuhi keperluan-keperluan itu bermula dengan pertimbangan tulus dan dengan perbualan yang berinformasi dengan para keluarga dan individu yang ditugaskan. Dalam perbualan dan komunikasi seterusnya, mereka mendengar orang yang ditugas untuk melayan. Kemudian mereka dapat mengetahui cara terbaik untuk melayan, kekerapan dan cara komunikasi mengikut kehendak mereka serta keperluan dan pesanan yang mereka kongsikan. Mereka yang melayan memastikan semua cara komunikasi dengan mana-mana ahli keluarga adalah sesuai.
Pelayan-pelayan saudara dan saudari mencari peluang membantu para individu dan keluarga bersedia untuk tatacara seterusnya, mentaati perjanjian yang mereka telah lakukan dan menjadi berdikari. Bantuan ini boleh termasuk pesanan kongsian rohani yang disesuaikan kepada seorang individu atau keluarga, tetapi pelayanan bukan sebahagian besar suatu tugasan berkongsi pesanan. Liahona dan Ensign tidak akan lagi termasuk pesanan tertentu untuk digunakan dalam pelayanan.
19. Bagaimanakah para pemimpin Imamat Melkisedek dan Lembaga Pertolongan menyatukan usaha mereka?
Suatu kebolehan tambahan untuk melayan orang lain adalah salah satu hasil daripada penyusunan semula kekuatan kuorum-kuorum imamat yang meningkat, dan hasil kesatuan bersama Lembaga Pertolongan. Pelayanan menjadi satu usaha koordinasi untuk memenuhi tugas imamat untuk “mengunjungi rumah setiap anggota” “mengawasi gereja selalu, dan berada bersama dan menguatkan mereka” dan tujuan Lembaga Pertolongan untuk “meningkatkan iman dalam Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus dan Korban Tebusan-Nya; menguatkan para individu, keluarga, rumah tangga melalui tatacara dan perjanjian, dan bekerjasama untuk membantu mereka yang perlu” (A&P 20:47, 53; Buku Panduan 2 9.1.1).
Kerja bersama dan di bawah arahan uskup, presidensi-presidensi kuorum penatua dan Lembaga Pertolongan berpeluang untuk diilham, diatur, dan berkoordinasi supaya mereka mencarikan cara terbaik untuk memerhati dan menjaga setiap individu dan keluarga. Pengkoordinatan termasuk bekerjasama dengan cara-cara berikut:
-
Presidensi-presidensi kuorum penatua mencadangkan tugasan pelayanan bagi para individu dan keluarga bahagian. Presidensi-presidensi Lembaga Pertolongan mencadangkan tugasan pelayanan bagi para saudari Lembaga Pertolongan. Di mana keperluan khas wujud, presidensi kuorum penatua dan Lembaga Pertolongan boleh bincangkan tugasan tertentu sebelum dimuktamadkan.
-
Presidensi-presidensi kuorum penatua dan Lembaga Pertolongan mencadangkan tugasan pelayanan kepada uskup untuk kelulusannya.
-
Jika perlu, pelayan-pelayan saudara dan saudari boleh bincangkan keadaan khas para individu dan apabila amat diperlukan, hubungi para pemimpin kuorum atau Lembaga Pertolongan mereka untuk bantuan dan sumber-sumber selanjut.
-
Presidensi-presidensi kuorum penatua dan Lembaga Pertolongan bertemu setiap suku tahun untuk membincangkan keperluan para individu dan keluarga yang dipelajari melalui temu duga pelayanan.
-
Selepas mesyuarat itu, presiden-presiden kuorum imamat dan Lembaga Pertolongan bertemu setiap suku tahun bersama uskup untuk bincangkan keperluan-keperluan para individu dan keluarga.
-
Jika perlu, para pemimpin kuorum penatua dan Lembaga Pertolongan berbincang dengan majlis bahagian mengenai kekuatan dan keperluan yang dikenal pasti dari temu duga pelayanan dan melaksanakan rancangan untuk melayani dan memberkati ahli-ahli bahagian.
Untuk memudahkan pengkoordinatan, bahagian-bahagian berfokus pada mesyuarat majlis bahagian dan tidak lagi akan mengadakan mesyuarat jawatankuasa eksekutif imamat. Perkara-perkara agenda yang diuruskan dalam jawatankuasa eksekutif imamat dibincangkan terdahulu, jika perlu, dalam mesyuarat lembaga uskup, majlis bahagian, atau mesyuarat uskup setiap suku tahun, presiden kuorum penatua dan Lembaga Pertolongan.
20. Bagaimanakah ahli-ahli menerima tugasan pelayanan mereka?
Pemimpin bertemu dengan pelayan-pelayan saudara dan saudari—sebaik-baiknya dalam pasangan—untuk berkongsi tugasan bersama mereka dan berbincang tentang kekuatan, keperluan dan cabaran orang yang mereka melayan. Perbualan ini dilakukan dalam temu duga pelayanan (lihat soalan 24, di bawah) atau apabila diperlukan.
21. Apakah peranan kunjungan di dalam rumah?
Menurut bilangan, jarak, keselamatan, dan pertimbangan lain, satu kunjungan ke setiap rumah pada setiap bulan mungkin tidak praktis, walau bagaimanapun, kunjungan peribadi adalah penting apabila dapat dilakukan. Untuk melayan seperti Juruselamat, pelayan-pelayan saudara dan saudari mempertimbangkan setiap kemungkinan untuk menjaga dan berhubung dengan mereka yang ditugaskan.
22. Adakah pelayanan selalu ada perkongsian pesanan?
Tidak. Apabila pelayan-pelayan saudara dan saudari mengenal mereka yang ditugaskan, mereka mempelajari keperluan mereka dan Roh Kudus akan membimbing mereka untuk mengajar sesuatu asas injil. Seorang ibu bapa juga boleh meminta sesuatu topik khas bagi keluarganya. Tetapi “pesanan” yang terbaik adalah penjagaan dan belas kasihan.
23. Bagaimanakah pelayan-pelayan saudara dan saudari melaporkan usaha mereka?
Para pemimpin tidak perlu lagi mengumpul laporan tentang para keluarga dan individu yang telah dikunjungi semasa sesuatu bulan tu. Sebaliknya, pelayan-pelayan saudara dan saudari mempunyai peluang untuk berbincang dengan pemimpin-pemimpin kuorum penatua dan Lembaga Pertolongan mengenai keadaan-keadaan mereka yang dilayani dan usaha pelayanan yang berterusan. Kaunseling bersama ini diadakan sekurang-kurangnya pada setiap suku tahun dalam temu duga pelayanan dan segala masa tambahan apabila komunikasi diperlukan.
24. Apa itu temu duga pelayanan?
Sebuah temu duga pelayanan diadakan (1) untuk berbincang mengenai kekuatan, keperluan, dan cabaran para keluarga dan individu yang ditugaskan, (2) untuk mengenal pasti keperluan-keperluan yang boleh dibantu oleh kuorum, Lembaga Pertolongan atau majlis bahagian, dan (3) untuk belajar daripada para pemimpin dan diberi galakan dalam usaha pelayanan.
Sekurang-kurangnya setiap suku tahun, pelayan-pelayan saudara dan saudari bertemu dengan seorang pemimpin kuorum penatua atau Lembaga Pertolongan dalam temu duga pelayanan, sebaik-baiknya berhadapan dan bersama pasangan mereka. Pasangan yang sudah kahwin dan membuat pelayanan bersama boleh bertemu dengan pemimpin kuorum penatua atau Lembaga Pertolongan, ataupun kedua-dua. Di antara temu duga, pelayan-pelayan saudara dan saudari memberitahu maklumat lain jika perlu—berhadapan atau melalui panggilan telefon, sms, e-mel, dan lain-lain. Mereka berkongsi maklumat sulit hanya dengan presiden kuorum penatua atau Lembaga Pertolongan—atau secara langsung dengan uskup.
25. Bagaimana pemimpin menyimpan rekod temu duga pelayanan?
Presidensi-presidensi kuorum penatua dan Lembaga Pertolongan menyimpan sebuah rekod untuk setiap temu duga yang diadakan bersama pelayan-pelayan saudara dan saudari. Para pemimpin mencatat temu duga bulan itu dan sesiapa menyertainya. Mereka melaporkan pasangan sebagaimana ditemu duga walaupun hanya salah seorang ahli daripada pasangan itu ditemu duga pada suku tahun itu.
Pada 1 Ogos 2018, kemaskini kepada aplikasi LDS Tools dan ‘Leader and Clerk Resources’ di LDS.org akan disediakan untuk laporan tersebut. Perubahan pada Laporan Suku Tahun juga akan disediakan pada pertengahan tahun 2018. Maklumat-maklumat selanjut bagi para pemimpin dan kerani akan diberikan dalam pemberitahuan akan datang dari ibu pejabat Gereja.
26. Apakah peranan para penyelaras dan penyelia pelayanan?
Pemanggilan penyelaras pelayanan dan penyelia pelayanan telah diberhentikan. Mereka yang telah dipanggil ke panggilan ini harus dilepaskan.
27. Siapakah yang mengendalikan temu duga pelayanan?
Setiap ahli presidensi kuorum penatua dan Lembaga Pertolongan mengendalikan temu duga pelayanan. Bahkan dalam bahagian yang besar, para pemimpin akan mendapati temu duga senang diurus ketika beberapa diadakan setiap minggu oleh setiap ahli presidensi. Temu duga pelayanan tidak perlu panjang untuk dijadikan berkesan.
28. Bilakah pada suku tahunan tersebut akan pemimpin mengadakan temu duga pelayanan?
Temu duga pelayanan boleh dan harus diadakan sepanjang setiap suku tahunan—dan tidak ditetapkan untuk minggu terakhir atau bulan terakhir untuk suku tersebut. Semasa para pemimpin mengadakan temu duga selalu, mereka akan mendapati bahawa mereka dapat mencapai tujuan rohani dan duniawi pelayanan.
Melibatkan Para Remaja dalam Pelayanan
29. Bagaimanakah para remaja terlibat dalam tugasan pelayanan?
Para pemimpin boleh menugaskan Laurels dan Mia Maids sebagai teman-teman kepada para saudari Lembaga Pertolongan, dan imam dan pengajar yang kini ditugaskan sebagai teman-teman kepada para pemegang Imamat Melkisedek. Para remaja berkongsi kurnia unik mereka dan berkembang secara rohani semasa mereka melayan bersama dewasa-dewasa dalam pekerjaan penyelamatan dan juga berbincang mengenai pelayanan dalam temu duga pelayanan. Tambahan juga, penglibatan para remaja dalam tugas pelayanan meningkatkan penjagaan orang lain dengan meningkatkan bilangan ahli-ahli yang menyertai. Ia juga akan memudahkan dan menguatkan usaha-usaha ini di kalangan para keluarga sebagai ibu dan anak perempuan—dan bapa dan anak lelaki—melayani bersama.
30. Perlukah seorang remaja mempunyai pelayan-pelayan saudara dan/atau saudari yang ditugaskan khas untuk dia?
Tidak. Para remaja putera dan remaja puteri dilayani oleh mereka yang melayan kepada keluarga-keluarga mereka dan di prihatin oleh pemimpin Imamat Harun dan Remaja Puteri mereka.
31. Bolehkah remaja putera dan remaja puteri ditugaskan untuk melayani bersama teman dewasa?
Ya. Garis panduan dalam maklumat terkini “Preventing and Responding to Abuse” mengizinkan pasangan pelayan dengan remaja ditugaskan sebagai teman kepada orang dewasa. “Pelayanan” tidak digolong sebagai sebuah “aktiviti” atau “kelas”, seperti yang dirujuk dalam garis panduan tersebut.
Para pemimpin harus menggunakan pertimbangan berilham ketika menugaskan remaja sebagai teman pelayanan. Teman dewasa harus mengelak keadaan yang akan menyebabkan salah faham. Mereka harus berhati-hati mengenai situasi satu per satu agar remaja mempunyai sebuah pengalaman pelayanan yang selamat dan berhasil. Sebagai tambahan, kebijaksanaan harus digunakan dalam tidak menugaskan remaja kepada keadaan rumah atau keluarga yang sukar.
32. Adakah semua Mia Maid dan Laurel mempunyai tugas pelayanan?
Mia Maids dan Laurels boleh dijemput untuk melayani. Ibu bapa dan pemimpin berbincang bersama setiap remaja puteri, dan apabila keadaan dia adalah boleh dan sanggup untuk melayani, dia boleh diberikan tugasan pelayanan. Remaja puteri melayani sebagai teman kepada para saudari Lembaga Pertolongan.
33. Siapakah yang memberikan tugasan melayani kepada remaja?
Dengan kelulusan uskup, seorang ahli presidensi Lembaga Pertolongan menyampaikan tugasan pelayanan kepada Mia Maid dan Laurel. Dan, dengan kelulusan uskup, seorang ahli presidensi kuorum penatua menyampaikan tugasan pelayanan kepada pengajar dan imam.
Kuorum dan Lembaga Pertolongan
34. Adakah penumpuan kepada kuorum penatua dan Lembaga Pertolongan memperkuatkan peranan uskup dan majlis bahagian?
Ya. Uskup merupakan imam tinggi yang mempengerusi dan “menyediakan bimbingan dan nasihat kepada pemimpin lain di dalam bahagian” (Handbook 1 2.1.1). Dia menyemak dan meluluskan tugasan pelayanan. Di bawah arahan uskup, majlis bahagian meneruskan peranan utama untuk “membantu individu membina kesaksian, menerima tatacara-tatacara keselamatan, mentaati perjanjian-perjanjian, dan menjadi para pengikut Yesus Kristus yang dipersucikan” (Handbook 2, 4.4). Kuorum penatua dan Lembaga Pertolongan yang diperkuatkan—diwakili oleh presidensi mereka, yang merupakan ahli dalam majlis bahagian—akan meningkatkan keberkesanan majlis tersebut.
35. Patutkah presidensi kuorum penatua melawat atau menemu duga ahli kuorum sekali setahun (lihat Handbook 2, 7.3.2)—sebagai tambahan kepada temu duga pelayanan suku tahunan?
Ya. Sebagai sebahagian dari tanggungjawab keseluruhan mereka, presidensi kuorum penatua harus menemu duga ahli kuorum berkenaan dengan tanggungjawab imamat—termasuklah kesejahteraan pemegang imamat tersebut, pasangannya, dan keluarganya—sekurang-kurangnya sekali setahun. Temu duga ini boleh diadakan di sepanjang tahun. Perbincangan ini harus tidak digabungkan dengan temu duga pelayanan di mana teman pelayanan turut hadir.
36. Siapakah yang dapat membantu presidensi kuorum penatua dan Lembaga Pertolongan menjayakan pekerjaan penyelamatan?
Presidensi kuorum penatua dan Lembaga Pertolongan boleh mengatur para ahli untuk membantu menjayakan pekerjaan seperti yang diperlukan. Sebagai contoh, mereka boleh memanggil para ahli untuk memimpin dan membantu pekerjaan sedemikian sebagai pelayanan, bait suci dan sejarah keluarga, berkongsi injil, dan kebajikan.
37. Bolehkah sebuah bahagian mempunyai lebih dari satu kuorum penatua atau Lembaga Pertolongan?
Ya. Dengan semangat Ajaran dan Perjanjian 107:89, apabila sebuah bahagian mempunyai bilangan pemegang Imamat Melkisedek aktif yang besar, para pemimpin boleh mengatur lebih dari satu kuorum penatua. Jika ia berlaku, setiap kuorum harus mempunyai keseimbangan dari segi usia, pengalaman, jawatan imamat dan kekuatan. Asas-asas yang sama diterapkan untuk Lembaga Pertolongan.
38. Bolehkah presidensi kuorum penatua dan Lembaga Pertolongan memanggil penasihat tambahan untuk membantu dalam pelayanan?
Tidak. Seorang presiden mempunyai dua penasihat. Sekiranya pemimpin memerlukan bantuan tambahan, mereka boleh berbincang dengan uskup mereka untuk memanggil satu atau lebih setiausaha pelayanan. Setiausaha pelayanan ini mungkin ditugaskan, sebagai contoh, untuk menjadualkan temu duga pelayanan dan untuk membantu menyediakan laporan temu duga suku tahunan.