Terikat Kepada Juruselamat Melalui Perjanjian dan Tatacara
Arahan kepimpinan ini telah diperkenalkan semasa mesyuarat kepimpinan persidangan umum April 2021.
Garis Panduan Latihan bagi Majlis-majlis Kawasan, Penyelaras, Misi, Pancang, Bahagian dan Cabang
Dalam arahan ini, anda akan melihat dan mendengar pengalaman anak-anak Bapa Syurgawi kita di pelbagai tempat sepanjang perjalanan untuk terikat kepada Juruselamat melalui perjanjian dan tatacara. Anda akan mendengar bagaimana mengasihi, berkongsi dan menjemput telah membantu mereka berkembang dalam perjalanan perjanjian dengan gembira. Anda mungkin mengenali bagaimana perkongsian injil, kerja bait suci dan sejarah keluarga serta menjaga mereka yang memerlukan bantuan memainkan peranan masing-masing. Terutamanya, anda mungkin menyedari bagaimana hal-hal ini “menyatukan segala sesuatu … dengan Kristus” (Efesus 1:10).
Tahap Kehidupan 1: Kanak-kanak
Tonton video Presiden Joy D. Jones dan kanak-kanak, kemudian bincangkan perkara yang akan anda lakukan untuk membantu kanak-kanak mengikatkan diri mereka kepada jalan perjanjian Juruselamat.
-
Apakah yang Roh ajarkan ketika kita menonton video ini?
-
Bagaimanakah asas-asas mengasihi, berkongsi dan menjemput membantu kanak-kanak apabila mereka berusaha untuk berkongsi injil?
-
Bagaimanakah pelayanan membantu kanak-kanak kekal di jalan perjanjian setelah dibaptiskan?
Tahap Kehidupan 2: Remaja
Tonton video Presiden Bonnie H. Cordon serta Presiden Stephen J. Lund dan para remaja, kemudian bincangkan perkara yang akan anda lakukan untuk membantu para remaja mengikatkan diri mereka kepada jalan perjanjian Juruselamat.
-
Bagaimanakah kita boleh membantu para remaja mentaati perjanjian pembaptisan dan bersedia untuk langkah yang seterusnya sepanjang jalan perjanjian?
-
Bagaimanakah asas-asas mengasihi, berkongsi dan menjemput membantu para remaja melibatkan diri dalam kerja bait suci serta sejarah keluarga?
-
Bagaimanakah kita boleh membantu para remaja mempunyai harapan dan semangat kekitaan apabila mereka menjadi terikat kepada Juruselamat?
Tahap Kehidupan 3: Dewasa Muda
Tonton video Presiden Mark L. Pace dan para dewasa muda, kemudian bincangkan perkara yang akan anda lakukan untuk membantu para dewasa muda mengikatkan diri mereka kepada jalan perjanjian Juruselamat.
-
Apakah yang kita pelajari daripada mengasihi, berkongsi dan menjemput yang diberikan oleh orang lain kepada kita?
-
Bagaimanakah kita boleh membantu dewasa muda mempunyai harapan dan semangat kekitaan apabila mereka meningkatkan keberdikarian serta melayani orang lain? Bagaimanakah kita boleh membantu mereka menyedari bahawa mereka diperlukan dalam Gereja Tuhan?
-
Apakah peranan aktiviti-aktiviti Gereja bermakna dan para pemimpin yang penyayang dalam mengikatkan para dewasa muda kepada Juruselamat?
Tahap Kehidupan 4: Dewasa
Tonton video Presiden Jean B. Bingham dan para dewasa, kemudian bincangkan perkara yang akan anda lakukan untuk membantu para dewasa mengikatkan diri mereka kepada jalan perjanjian Juruselamat.
-
Bagaimanakah perjanjian-perjanjian kita memulihkan dan membantu kita tetap kekal pada jalan itu—walaupun dalam masa yang susah?
-
Apakah cara-cara yang dapat membantu ahli-ahli mengikatkan diri mereka dan orang lain kepada Juruselamat melalui perjanjian dan tatacara?
-
Bagaimanakah perkembangan keberdikarian rohani boleh membantu kita mengasihi, berkongsi dan menjemput?
Sumber bagi majlis-majlis Kawasan, Penyelaras, Misi, Pancang, Bahagian dan Cabang
Untuk Kanak-kanak dan Remaja
Gambaran Keseluruhan Kanak-kanak dan Remaja
Program Kanak-kanak dan Remaja direka untuk mengukuhkan keimanan generasi yang akan datang terhadap Yesus Kristus dan membantu kanak-kanak, remaja serta keluarga mereka memajukan diri sepanjang jalan perjanjian di samping menghadapi cabaran hidup. Program ini membantu melibatkan usaha kanak-kanak dan remaja dalam pengumpulan orang Israel dan kerja penyelamatan serta permuliaan dalam kehidupan mereka setiap hari. Usaha ini berpusat di rumah dan disokong di gereja.
Harapan bagi Generasi Akan Datang
Kanak-Kanak dan Remaja membantu generasi akan datang berkembang dalam pelbagai cara, termasuk melalui wahyu, hak pilihan dan perhubungan. Setiap individu belajar untuk menerima dan mengikut wahyu peribadi apabila mereka menggunakan hak pilihan serta memilih peluang-peluang yang mengembangkan diri mereka. Ini juga berlaku apabila para remaja belajar memimpin di dalam presidensi kuorum dan kelas. Mereka membina perhubungan bersama keluarga, pemimpin dan rakan sebaya apabila mereka bekerja dan melayan bersama dan ketahui bahawa mereka tergolong dan diperlukan dalam kerja Tuhan.
Di Manakah Harus Kita Bermula Hari Ini?
Kita menjemput kanak-kanak, remaja dan ibu bapa serta para pemimpin mereka untuk berjanji atau memperbaharui perjanjian supaya menjadi lebih seperti Juruselamat dengan terlibat dalam kerja-Nya. Usaha-usaha ini tidak seharusnya susah! Berikut beberapa cara untuk bermula:
Ibu Bapa
-
Kumpulkan keluarga untuk pengajian injil. Sumber-sumber Ikutlah Aku boleh membantu. Pertimbang untuk mengadakan perbincangan tentang topik-topik seperti perjanjian, wahyu, hak pilihan dan berkat bapa bangsa.
-
Rancangkan aktiviti keluarga. Bagaimanakah anda boleh melayani jiran atau komuniti anda dengan selamat? Jika tersedia, JustServe boleh membantu memberikan idea.
-
Bertemu dengan setiap anak lelaki atau anak perempuan secara individu. Bincangkan minat mereka dan cara mereka ingin berkembang. Bantu dan sokong perkembangan peribadi mereka. Bincangkan matlamat yang ingin dicapai atau diusahakan oleh mereka.
Para Pemimpin Sekolah Primer
-
Ketahui situasi keluarga kanak-kanak dan cari wahyu untuk membantu mereka secara individu.
-
Mulakan pertemuan Ahad dan aktiviti-aktiviti Sekolah Primer secara langsung atau maya (jika selamat dan dibenarkan).
-
Jangan bimbang untuk mengaitkan matlamat individu kepada aktiviti! Tumpuan anda adalah untuk berhubung dengan dan memberkati kanak-kanak serta keluarga mereka—terutamanya apabila mereka memerlukan atau meminta bantuan.
Para pemimpin dewasa bagi remaja
-
Mulakan pertemuan Ahad dan aktiviti-aktiviti kuorum serta kelas secara langsung atau maya (jika selamat dan dibenarkan). Galakkan para remaja untuk menghafalkan dan memulakan pertemuan dengan tema baharu Remaja Puteri serta kuorum Imamat Harun.
-
Panggil, tetapkan dan perkasakan presidensi kuorum serta kelas. Bantu mereka untuk mengadakan mesyuarat presidensi secara kerap dan merancang serta membimbing pertemuan Ahad dan aktiviti yang berkaitan. Adakan majlis remaja bahagian dan galakkan penglibatan dalam pertemuan penyelarasan penginjil dan bait suci serta sejarah keluarga. Bimbing dan sokong presidensi apabila perlu tanpa mengambil alih tugas mereka. Bantu ahli-ahli presidensi belajar kemahiran membimbing dengan menggunakan sumber-sumber presidensi kuorum dan kelas.
-
Rancang dan adakan kem remaja serta persidangan remaja pada tahun 2021, mengikut garis panduan keselamatan.
-
Jangan bimbang untuk mengaitkan matlamat individu kepada aktiviti! Tumpukan perhatian dalam berhubung dengan para remaja. Anda juga mungkin membantu presidensi kuorum dan kelas memastikan aktiviti-aktiviti memenuhi keperluan para remaja.
Untuk maklumat lanjut, lihat ChildrenandYouth.ChurchofJesusChrist.org.
Untuk Orang Dewasa
Tempat Perkumpulan Golongan Belia (YSA)
Presidensi Utama telah memberi kebenaran bagi tempat-tempat untuk perkumpulan para dewasa bujang berdasarkan keperluan kawasan tersebut. Tempat perkumpulan merupakan suatu tempat yang ditetapkan dalam kemudahan yang sedia ada (contohnya bangunan pertemuan atau institut) yang para dewasa bujang dan kawan-kawan dapat berkumpul dan mengambil bahagian dalam beberapa atau semua yang berikut (berdasarkan keperluan dan sumber tempatan):
-
Pendidikan agama dan pembelajaran injil (termasuk institut)
-
Aktiviti-aktiviti pelayanan dan sosial
-
Aktiviti-aktiviti bait suci dan sejarah keluarga
-
Peluang keberdikarian dan pendidikan
-
Aktiviti-aktiviti penginjil dan jangkauan masyarakat
-
Program-program Gereja lain
Semua tempat perkumpulan harus diluluskan oleh Presidensi Kawasan dan diawasi oleh presiden pancang serta uskup.
Panggilan bagi Golongan Belia dan Golongan Dewasa Bujang
Perubahan dan penjelasan tentang dasar baru-baru ini telah menyelesaikan kemungkinan salah faham dan tradisi mengenai had peluang berkhidmat bagi ahli bujang di Gereja Tuhan. Perubahan dan penjelasan dasar tersebut, yang telah diluluskan oleh Presidensi Utama dan Kuorum Dua Belas serta dimasukkan dalam General Handbook, menjelaskan bahawa golongan belia dan dewasa bujang boleh diberkati dan memberkati orang lain dalam pelbagai panggilan, termasuk sebagai pemimpin pancang dan bahagian. Dasar yang sama kini berkuat kuasa dalam semua unit Gereja, termasuk unit-unit golongan belia dan dewasa bujang. Sekatan terhadap golongan belia dan dewasa bujang daripada melayan dalam presidensi pancang, lembaga uskup dan presidensi Lembaga Pertolongan pancang dalam unit golongan belia serta dewasa bujang telah dikeluarkan.
Ahli-ahli bujang kini boleh melayan dalam kedudukan kepimpinan termasuk presidensi organisasi bahagian dan pancang, presidensi kuorum penatua, penasihat lembaga uskup, anggota majlis tinggi dan penasihat presidensi pancang.
Memerlukan dan Mengalu-alukan Semua—Mengasihi, Berkongsi dan Menjemput
Apabila ahli berasa ragu-ragu akan kehadiran mereka, kadang-kadang pemimpin dan orang lain secara tidak sengaja mengatakan sesuatu yang memperkuatkan kepercayaan ahli tersebut bahawa mereka tidak tergolong atau tidak diperlukan.
Mengingati kebenaran berkenaan dengan mengasihi, berkongsi dan menjemput boleh membantu mengalu-alukan semua ahli untuk terlibat dalam aktiviti, menjalin persahabatan serta rasa tergolong dalam Gereja Yesus Kristus:
-
Setiap orang anak terkasih Tuhan yang mempunyai sifat dan takdir ilahi. Selain berkat abadi yang dijanjikan kepada mereka yang setia, Dia ingin memberkati anak-anak-Nya sekarang, sepanjang hidup ini.
-
Setiap anak Tuhan diperlukan dalam usaha membina kerajaan-Nya.
-
Untuk membantu seseorang merasai semangat kekitaan dan diperlukan, bermulalah dengan kasih. Dengarlah dan fahami pengalaman mereka. Jangan andaikan bahawa anda sudah tahu atau faham.
-
Kita tidak mempunyai jawapan bagi segala soalan yang kita atau orang lain hadapi dalam hidup ini. Misalnya, kita tidak tahu sebab seseorang menghadapi cabaran tertentu.
-
Bersikap terbuka dan tidak menghakimi. Alu-alukan setiap orang, tanpa mengira apa pun situasi mereka. Tawarkan untuk membantu dan tumpukan pada kebenaran bahawa setiap orang diperlukan di dalam Gereja.
-
Jika anda terkata sesuatu yang menyinggung perasaan secara tidak sengaja, jangan mempertahankan diri; minta keampunan dan cuba memperbaiki diri.
Maklumat tentang bagaimana untuk membantu ahli dalam keadaan tertentu, lihatlah Sumber-sumber Kaunseling.
Cara Satu Penukaran Hati Berkembang Menjadi Sekumpulan Saudara
Asas-asas Mengasihi, Berkongsi dan Menjemput
Berkat-berkat yang Dijanjikan apabila Kita Mengasihi, Berkongsi dan Menjemput