Pornografi
Bagaimana saya bercakap dengan anak saya tentang seksualiti yang sihat?


“Bagaimana saya bercakap dengan anak saya tentang seksualiti yang sihat?” Bantuan untuk Ibu Bapa (2021)

“Bagaimana saya bercakap dengan anak saya tentang seksualiti yang sihat?” Bantuan untuk Ibu Bapa

keluarga sedang bersiar-siar di luar

Bagaimana saya bercakap dengan anak saya tentang seksualiti yang sihat?

Ramai ibu bapa teragak-agak atau malu untuk bercakap dengan anak-anak tentang seksualiti, atau mereka takut bercakap tentang seksualiti akan membangunkan kelakuan seksual anak-anak. Sebenarnya, jika anda tidak bercakap dengan anak-anak anda tentang seksualiti, mereka akan belajar tentangnya dari sumber lain. Perbualan kerap dengan anak-anak anda tentang topik penting seperti seksualiti yang sihat, akan membantu mereka faham bahawa anda mudah didekati.

Kebanyakan kanak-kanak secara semula jadi ingin tahu, dan mereka ingin fahami perasaan semula jadi yang Tuhan berikan. Anda boleh menyediakan diri untuk bercakap dengan anak-anak anda tentang seksualiti dengan mengingati pengalaman anda pada usia anak-anak anda. Apakah beberapa perasaan yang anda pernah alami? Apakah fikiran, soalan atau kebimbangan yang anda pernah ada? Dari manakah anda mencari maklumat? Apakah yang anda harap anda pernah dengar atau diajar?

Tidak mengapa jika anda rasa tidak yakin tentang cara terbaik untuk perbualan ini. Anda boleh gunakan kelemahan anda untuk membina perhubungan dengan anak-anak anda. Kanak-kanak boleh merasakan kasih sayang semasa anda jujur dan ikhlas dalam berkomunikasi dengan mereka, walaupun anda mungkin rasa janggal.

Untuk memelihara komunikasi terbuka, anda boleh:

  • Bermula semasa anak-anak anda masih muda dengan memanggil bahagian anggota badan dengan nama yang betul. Ini mengajar kanak-kanak tentang tubuh mereka dan memberi mereka istilah yang mereka perlukan untuk menjadi sihat dan peka.

  • Beritahu anak-anak anda bahawa mereka boleh tanya anda apa-apa soalan, dan cuba untuk tidak berlebihan atau membuat mereka berasa malu tentang soalan atau pengakuan mereka. Bergembira apabila mereka bercakap dengan anda, tunjukkan kasih dan sokongan kepada mereka dan lakukan yang terbaik untuk terus berkomunikasi.

  • Elakkan menggunakan kiasan untuk seksualiti. Kanak-kanak perlukan maklumat yang disampaikan dengan cara yang jelas dan jujur. Contohnya, beberapa remaja menceritakan tentang pengajaran di mana melanggar hukum kemurnian seumpama mengunyah gula getah atau makanan yang telah diedarkan dari seseorang ke seseorang yang lain dan ia tidak lagi diingini. Walaupun berniat baik, jenis kiasan ini sering menggalakkan ketakutan terhadap seksualiti atau perasaan rendah diri atau harga diri yang tidak dapat dibaiki.

  • Adakan pengajaran malam keluarga tentang topik-topik yang berkaitan dengan seksualiti dan izinkan anak-anak anda mengajar apabila mereka bersedia. Topik-topik boleh termasuk akil baligh, imej tubuh dan aspek-aspek seksualiti yang positif.

  • Bincangkan bagaimana mengalami perasaan seksual dan rangsangan seksual adalah biasa. Kanak-kanak tidak perlu bertindak atas perasaan dan sensasi itu tetapi boleh peka tentang perasaan itu. Ini bererti menyedari perasaan seksual tetapi tidak menghakimi perasaan itu secara negatif. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa berlatih kesedaran dapat membantu kanak-kanak membuat pilihan yang lebih baik yang seiring dengan nilai dan matlamat mereka.

  • Cuba jangan rasa jijik atau marah apabila kanak-kanak menyentuh diri atau remaja mengakui melancap. Bagaimana ibu bapa bertindak balas terhadap kelakuan ini mempengaruhi perasaan kanak-kanak dan remaja terhadap diri mereka dan seksualiti mereka.

  • Ajarkan anak-anak anda sebab-sebab untuk standard yang berkaitan dengan hubungan dan seksualiti. Semasa anda mengajar standard-standard ini dan sebab-sebab mengapa ia berharga, ingatlah bahawa penting untuk melakukannya tanpa memalukan atau menimbulkan ketakutan.1

Nota

  1. Kata kunci dipetik dan disesuaikan dari Laura M. Padilla-Walker dan Meg O. Jankovich, “How, When, and Why: Talking to Your Children about Sexuality,” Liahona, Ogos 2020.