“Panduan untuk Kurikulum 2021,” Panduan untuk Kurikulum 2021 (2020)
“Panduan untuk Kurikulum 2021,” Panduan untuk Kurikulum 2021
Panduan untuk Kurikulum 2021
Dokumen ini menyenaraikan bahan-bahan kurikulum Gereja untuk kegunaan tahun 2021. Bagi kebanyakan bahasa, bahan-bahan ini boleh didapati dalam aplikasi Gospel Library dan di ComeFollowMe.ChurchofJesusChrist.org. Bahan baharu untuk 2021 dinyatakan di bawah.
Individu dan Keluarga
BAHARU Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Ajaran dan Perjanjian 2021 (16587)
Jika ahli-ahli dalam unit anda berbahasa Hiligaynon, Sinhala, Turki, Hindi, Tamil, Telugu, atau Urdu, gunakan Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2021 (16899).
Sekolah Primer
Kelas Nurseri (Umur 18 Bulan–2 Tahun)
Lihatlah Anak-Anak Kecil-mu: Buku Panduan Nurseri (37108)
Waktu Menyanyi dan Semua Kelas Sekolah Primer (Umur 3–11)
BAHARU Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Ajaran dan Perjanjian 2021 (16588)
Jika ahli-ahli dalam unit anda berbahasa Amharic, Hiligaynon, Hindi, Hmong, Iceland, Lao, Lingala, Serbia, Shona, Sinhala, Slovak, Slovenia, Tamil, Telugu, Turki, Urdu, Xhosa, atau Zulu, sesuaikan idea dari Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga bagi kegunaan Sekolah Primer, atau gunakan buku panduan Gereja lain bagi kanak-kanak.
Sekolah Minggu
Sekolah Minggu Orang Dewasa dan Remaja
BAHARU Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Ajaran dan Perjanjian 2021 (16589)
Jika ahli-ahli dalam unit anda berbahasa Amharic, Hiligaynon, Hindi, Hmong, Iceland, Lao, Lingala, Serbia, Shona, Sinhala, Slovak, Slovenia, Tamil, Telugu, Turki, Urdu, Xhosa, atau Zulu, sesuaikan idea dari Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga bagi kegunaan Sekolah Minggu, atau menggunakan buku panduan Gereja lain.
Kuorum Penatua dan Lembaga Pertolongan
“Belajar dari Pesanan Persidangan Umum” (versi cetak tersedia dalam jilid persidangan Ensign atau Liahona)
Jika ahli-ahli dalam unit anda berbahasa Amharic, Hiligaynon, Hindi, Hmong, Iceland, Lao, Lingala, Serbia, Shona, Sinhala, Slovak, Slovenia, Tamil, Telugu, Turki, Urdu, Xhosa, atau Zulu, ajar daripada pesanan persidangan umum baru-baru ini yang memenuhi keperluan kuorum penatua atau Lembaga Pertolongan anda, atau menggunakan buku panduan Gereja lain.
Imamat Harun dan Remaja Puteri
BAHARU Ikutlah Aku—Untuk Kuorum Imamat Harun dan Kelas Remaja Puteri: Topik Ajaran 2021 (16639)
Jika ahli-ahli di dalam unit anda berbahasa Amharic, Hiligaynon, Hindi, Hmong, Iceland, Lao, Lingala, Serbia, Shona, Sinhala, Slovak, Slovenia, Tamil, Telugu, Turki, Xhosa, Zulu atau Urdu, guna pelajaran dalam bab 3 Mengkhutbahkan Injil-Ku (16229) Anda juga boleh mengajar dari pesanan persidangan umum baru-baru ini yang memenuhi keperluan para remaja anda.
Semua Organisasi
Mesyuarat Majlis Pengajar
Teaching in the Savior’s Way
Kursus Lain (jika buku panduan boleh didapati)
Kursus-kursus untuk memperkuatkan perkahwinan dan keluarga, persiapan bait suci, persiapan penginjil tidak akan diadakan pada waktu kedua gereja. Tetapi, menurut budi bicara uskup dan berdasarkan keperluan tempatan, kursus ini boleh diajar pada waktu lain untuk individu, keluarga, atau kumpulan.
Perkahwinan dan Perhubungan Keluarga
Marriage and Family Relations Instructor’s Manual (Buku Panduan Pengajar untuk Perkahwinan dan Perhubungan Keluarga) (35865) dan Marriage and Family Relations Participant’s Study Guide (Panduan Pembelajaran Peserta untuk Perkahwinan dan Perhubungan Keluarga) (36357)
Persediaan Bait Suci
Endowed from on High: Temple Preparation Seminar Teacher’s Manual (Dianugerahi dengan Kuasa dari Atas: Buku Pedoman Guru Seminar Persiapan Bait Suci) (36854) dan Preparing to Enter the Holy Temple (Mempersiapkan Diri untuk Memasuki Bait Suci yang Kudus) (36793)
Panduan untuk Pesanan Kurikulum Tahunan Unit
Untuk 2021, para uskup dan presiden cabang akan menerima salinan bercetak Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga untuk diedarkan kepada ahli gereja dalam unit-unit mereka. Mereka akan menerima satu salinan bagi setiap rumah tangga aktif dalam unit. Unit tempatan tidak akan dikenakan bayaran untuk salinan-salinan tersebut. Namun, unit-unit akan perlu membuat pesanan dan bayaran bagi salinan buku panduan bercetak yang digunakan dalam Sekolah Primer, Sekolah Minggu, Imamat Harun dan Remaja Puteri.
Anda boleh membuat pesanan bahan-bahan unit bermula pada 30 Jun 2020. Sila membuat pesanan anda tidak melewati 31 Ogos 2020. Bahan-bahan yang dipesan selepas tarikh ini mungkin tidak dapat tiba pada 1 Januari 2021. Untuk memesan bahan-bahan bercetak, sila layari store.ChurchofJesusChrist.org, pilih Units dan Callings, dan kemudian pilih Annual Curriculum.
Pertimbangkan soalan-soalan berikut untuk membantu anda mengelakkan pesanan bahan bercetak melampaui yang diperlukan.
-
Berapa banyak salinan bercetak yang unit anda sudah ada bagi setiap bahan ini?
-
Berapa orang pengajar dan ahli yang menggunakan bahan versi digital berbanding dengan bahan bercetak?
Bahan bagi Orang Kurang Upaya
Bahan-bahan dalam format audio, braille, dan bercetak besar juga terdapat di store.ChurchofJesusChrist.org.