Lembaga Pertolongan dan Kuorum Penatua
Mengajar, Mempelajari dan Mengguna Pesanan Persidangan Umum


Ikutlah Aku

Mengajar, Mempelajari dan Mengguna Pesanan Persidangan Umum

Kuorum Penatua dan Lembaga Pertolongan memainkan peranan penting dalam pekerjaan penyelamatan dan pemuliaan. Semasa pertemuan hari Ahad, mereka bincangkan cara untuk menggunakan ajaran-ajaran dari pesanan persidangan umum terbaru dalam usaha mereka. Presidensi kuorum penatua dan Lembaga Pertolongan memilih sebuah pesanan persidangan untuk belajar pada setiap pertemuan hari Ahad, berdasarkan keperluan ahli-ahli dan bimbingan Roh Kudus. Sekali-kala, uskup atau presiden pancang juga boleh mencadangkan pesanan. Pada umumnya, pemimpin harus pilih pesanan-pesanan daripada ahli Presidensi Utama dan Kuorum Dua Belas Rasul. Namun, mana-mana pesanan dari persidangan umum terbaru boleh dibincangkan.

Pengajar berfokus dengan cara membantu menggunakan ajaran dari pesanan persidangan umum ke dalam hidup mereka. Para pemimpin dan pengajar mencari cara-cara untuk menggalakkan ahli-ahli untuk kaji pesanan-pesanan yang dipilih sebelum pertemuan itu.

Untuk maklumat selanjut mengenai pertemuan kuorum penatua dan Lembaga Pertolongan, lihat General Handbook: Serving in The Church of Jesus Christ of Latter-day Saints, 8.2.1.2, 9.2.1.2, ChurchofJesusChrist.org.

Merancang untuk Mengajar

Soalan-soalan berikut boleh membantu para pengajar semasa mereka merancang untuk menggunakan pesanan persidangan umum untuk mengajar. Pengajar berunding dengan presidensi kuorum penatua atau Lembaga Pertolongan tentang soalan-soalan ini.

  • Mengapakah presidensi kuorum penatua atau Lembaga Pertolongan pilih pesanan ini untuk dibincangkan? Apakah yang mereka harap ahli-ahli akan tahu dan bertindak selepas membincangkan pesanan ini?

  • Apakah yang pembicara ini mahu ahli-ahli untuk memahami? Apakah asas injil yang dia sedang mengajar? Bagaimanakah asas-asas ini digunakan dalam kuorum atau Lembaga Pertolongan?

  • Apakah ayat-ayat suci yang digunakan untuk menyokong pesanan pembicara? Adakah terdapat tulisan suci lain yang ahli-ahli boleh membaca untuk memperdalamkan pemahaman mereka? (Anda mungkin mendapati ayat-ayat suci di bahagian nota pesanan tersebut atau di Panduan Tulisan Suci [scriptures.ChurchofJesusChrist.org].)

  • Apakah soalan yang saya boleh tanya untuk membantu ahli-ahli merenungkan dan menggunakan ajaran dalam pesanan ini? Apakah soalan-soalan yang akan membantu mereka melihat kaitan ajaran-ajaran ini dalam hidup mereka, dalam keluarga mereka, dan dalam pekerjaan Tuhan?

  • Apa yang saya boleh lakukan untuk menjemput pengaruh Roh ke dalam pertemuan kita? Apakah yang saya boleh gunakan untuk meningkatkan perbincangan itu, termasuk cerita, analogi, muzik atau gambar? Apakah yang pembicara ini lakukan untuk membantu ahli-ahli memahami pesanannya?

  • Adakah pembicara memberi suatu jemputan? Bagaimanakah saya boleh membantu para ahli berkeinginan untuk bertindak pada jemputan itu?

Idea-idea Aktiviti

Terdapat banyak cara bagi pengajar untuk membantu ahli-ahli mempelajari dan menggunakan dari pesanan persidangan umum. Berikut adalah contoh-contoh; pengajar boleh menggunakan idea lain yang lebih berkesan dalam kuorum penatua atau Lembaga Pertolongan mereka.

  • Gunakan kebenaran dalam kehidupan kita. Jemput ahli-ahli untuk cari semula kebenaran-kebenaran dari pesanan persidangan yang dapat membantu mereka melaksanakan pekerjaan Tuhan yang diamanahkan sebagai individu, kuorum penatua atau Lembaga Pertolongan. Contohnya,, apakah yang kita pelajari boleh membantu kita sebagai pelayan rohani? ibu bapa? ahli misionari? Bagaimanakah pesanan ini mempengaruhi fikiran, perasaan dan tindakan kita?

  • Bincang secara berkumpulan. Bahagikan para ahli ke dalam kumpulan kecil dan tugaskan setiap kumpulan ke bahagian berbeza dalam pesanan persidangan untuk membaca dan berbincang. Kemudian minta setiap kumpulan untuk kongsikan satu kebenaran yang mereka jumpa dan bagaimana ia berguna bagi mereka. Atau anda boleh membentuk kumpulan dengan ahli-ahli yang telah membaca bahagian berbeza dalam pesanan ini dan jemput mereka berkongsi kebenaran yang dijumpai dengan satu sama lain.

  • Cari jawapan kepada soalan-soalan. Jemput para ahli menjawab soalan seperti berikut tentang pesanan persidangan: Apakah kebenaran injil yang kita dapati dalam pesanan ini? Bagaimanakah kita boleh menggunakan kebenaran ini? Apakah jemputan dan berkat-berkat dijanji yang telah diberikan? Apakah yang diajar oleh pesanan ini tentang pekerjaan yang Tuhan ingin kita lakukan? Atau bagi beberapa soalan sendiri yang menggalakkan ahli-ahli memikirkan pesanan dengan mendalam atau menggunakan kebenaran yang diajar. Benarkan ahli-ahli memilih salah satu daripada soalan ini dan mencarikan jawapan dalam pesanan itu.

  • Kongsikan beberapa kenyataan dari pesanan. Jemput ahli-ahli berkongsi kenyataan dari pesanan persidangan yang mengilhami mereka untuk memenuhi tanggungjawab mereka dalam pekerjaan keselamatan dan permuliaan. Galakkan mereka untuk mempertimbangkan cara mereka boleh berkongsi kenyataan tersebut untuk memberkati seseorang, termasuk orang yang dikasihi dan orang yang mereka melayani.

  • Berkongsi pengajaran berobjek. Terlebih dahulu, jemput beberapa ahli untuk membawa objek dari rumah supaya mereka boleh menggunakannya untuk mengajar tentang pesanan persidangan. Semasa pertemuan berlangsung, minta ahli-ahli untuk menerangkan bagaimana objek-objek itu berkaitan dengan pesanan dan bagaimana ia boleh digunakan dalam kehidupan mereka.

  • Menyediakan satu ajaran untuk diajarkan di rumah. Minta para ahli bekerjasama secara berpasangan untuk merancangkan satu ajaran malam keluarga berdasarkan pesanan persidangan. Mereka boleh jawab soalan-soalan seperti ini: Bagaimanakah kita boleh membuat pesanan itu relevan kepada keluarga kita? Bagaimanakah kita boleh berkongsi pesanan ini dengan orang yang kita melayani?

  • Berkongsi pengalaman. Baca beberapa kenyataan dari pesanan persidangan bersama. Minta ahli-ahli berkongsi contoh dari tulisan suci dan kehidupan mereka yang menunjukkan dan menegaskan ajaran yang diajar dalam kenyataan ini.

  • Cari frasa. Jemput ahli-ahli kelas untuk mencari pesanan persidangan, mencari frasa yang bermakna bagi mereka. Minta mereka untuk berkongsi frasa dan apa yang mereka pelajari dari frasa tersebut. Minta mereka untuk kongsikan bagaimana ajaran ini membantu mereka melaksanakan pekerjaan Tuhan.

Untuk idea lanjut tentang cara untuk belajar dan mengajar dari pesanan persidangan umum, lihat “Ideas for Learning and Teaching from General Conference (Idea Pembelajaran dan mengajar dari Persidangan Umum).” (Klik “Idea untuk Kajian” dalam “Persidangan Umum” di Gospel Library.)