“Sumber-sumber untuk Pelayanan dengan Kuorum-Kuorum Imamat Melkisedek dan Lembaga-lembaga Pertolongan yang Diperkuatkan”
“Sumber Pelayanan”
Sumber-sumber untuk Pelayanan dengan Kuorum-Kuorum Imamat Melkisedek dan Lembaga-lembaga Pertolongan yang Diperkuatkan
Sumber-sumber ini membantu para pemimpin memberi panduan dan untuk memimpin perbincangan dalam majlis kawasan, menyelaraskan majlis, persidangan pancang, majlis pancang, majlis bahagian dan pengajaran hari Ahad.
Cadangan untuk Menggunakan Sumber Ini
Dalam mesyuarat majlis, para pemimpin mungkin memulakan perbincangan mengenai perubahan yang diumumkan pada persidangan umum April 2018 dengan membaca bahagian pengenalan dalam lampiran yang termasuk dengan surat Presidensi Utama pada 2 April 2018, “Pelayanan dengan Kuorum-Kuorum Imamat Melkisedek dan Lembaga-lembaga Pertolongan yang Diperkuatkan” (lihat ministering.ChurchofJesusChrist.org).
Ahli majlis juga boleh menonton dan membincangkan video Visi Pelayanan (lihat “Video” di bawah). Video tambahan dan sumber lain disediakan untuk meningkatkan perbincangan ini dan boleh digunakan dalam mesyuarat majlis masa depan atau dalam mesyuarat lain. Setiap bahagian dalam video Pelayanan yang Berkesan diikuti dengan soalan boleh dibincangkan oleh kumpulan.
Video-video
Video-video berikut termasuk klip dari persidangan umum April 2018 dan dari mesyuarat kepimpinan persidangan umum dengan Persidangan umum, Ahli Kawasan Tujuh Puluh, dan Pegawai Umum.
Visi Pelayanan (4:41)
Pelayanan yang Berkesan (15:01) mengandungi bahagian yang berikut:
-
“Mengapa Kita Melayani” (2:43). Soalan: Mengapa kita melayani?
-
“Dengan Ringas, Secara Individu dan Dibimbing oleh Roh” (2:20). Soalan: Bagaimanakah kita menjadikan usaha kita biasa dan dipimpin oleh Roh?
-
“Gambaran Keseluruhan Temu Duga Pelayanan” (3:53). Soalan: Bagaimanakah temu duga pelayanan yang berkesan memberkati individu dan keluarga?
-
“Satu Usaha Penyelarasan” (2:49). Soalan: Bagaimanakah usaha yang selaras dapat membantu kita menjaga semua anak Tuhan?
-
“Jemputan untuk Bertindak” (3:24). Soalan: Bagaimanakah kita dapat melaksanakan visi pelayanan yang disediakan oleh Presidensi Utama dan Kuorum Dua Belas Rasul dengan terbaik?
Temu duga Pelayanan (19:18)
Rujukan Tulisan suci
Matius 10:39; 22:37–39; Lukas 22:32; Yohanes 10:11; 13:34; 21:15–16; Galatia 5:13; Mosia 23:18; Ajaran dan Perjanjian 20:51–53
Sumber Tambahan
-
Majalah-majalah Liahona dan Ensign bulan Mei 2018 dan comefollowme.ChurchofJesusChrist.org memberi sumber-sumber yang boleh digunakan dalam perbincangan hari Ahad keempat mengenai pelayanan dalam mesyuarat kuorum penatua dan Lembaga Pertolongan.
-
Maklumat tambahan, bertajuk “Asas-asas Pelayanan,”akan dimasukkan dalam majalah Liahona dan Ensign pada bulan akan datang.