Bab 7
Anak-anak lelaki Lehi kembali ke Yerusalem dan menjemput Ismael dan keluarganya untuk menyertai mereka dalam perjalanan mereka—Laman dan yang lain memberontak—Nefi memujuk saudara-saudaranya supaya beriman kepada Tuhan—Mereka mengikatnya dengan tali dan merancangkan pembinasaannya—Dia dibebaskan oleh kuasa iman—Saudara-saudaranya meminta ampun—Lehi dan kumpulannya mempersembahkan korban dan persembahan yang dibakar. Kira-kira 600–592 tahun S.M.
1 Dan sekarang aku inginkan engkau tahu bahawa selepas bapaku, Lehi, telah berhenti bernubuat berkenaan keturunannya, terjadilah bahawa Tuhan berfirman kepadanya lagi, mengatakan bahawa tidak sesuai untuk dia, Lehi, membawa keluarganya ke dalam padang belantara tanpa teman; tetapi anak-anak lelakinya patut mengambil para gadis sebagai isteri, supaya mereka dapat membangkitkan keturunan bagi Tuhan di negeri yang dijanjikan.
2 Dan terjadilah bahawa Tuhan memerintahkan dia supaya aku, Nefi, dan saudara-saudaraku, harus kembali lagi ke negeri Yerusalam, dan membawa Ismael dan keluarganya ke padang belantara.
3 Dan terjadilah bahawa aku, Nefi, sekali lagi, dengan saudara-saudaraku, masuk ke dalam padang belantara untuk pergi ke Yerusalem.
4 Dan terjadilah bahawa kami pergi ke rumah Ismael, dan kami didapati berkenan pada pandangan Ismael, sehingga kami dapat berbicara kepadanya firman Tuhan.
5 Dan terjadilah bahawa Tuhan melunakkan hati Ismael, dan juga keluarganya, sehingga mereka menyertai kami dalam perjalanan ke dalam padang belantara ke khemah bapa kami.
6 Dan terjadilah bahawa semasa kami membuat perjalanan dalam padang belantara, lihatlah, Laman dan Lemuel dan dua orang puteri Ismael, dua orang anak lelaki Ismael dan keluarga-keluarga mereka, memberontak terhadap kami; ya, terhadap aku, Nefi, dan Sam, dan bapa mereka, Ismael, dan isterinya, dan tiga orang anak perempuannya yang lain.
7 Dan terjadilah bahawa semasa pemberontakan itu, mereka ingin kembali ke negeri Yerusalem.
8 Dan aku, Nefi, kerana bersedih disebabkan kekerasan hati mereka, oleh kerana itu, aku berbicara kepada mereka, mengatakan, ya, bahkan kepada Laman dan Lemuel: Lihatlah, engkau abangku, dan mengapakah engkau begitu keras dalam hatimu, dan begitu buta dalam penglihatanmu, sehingga engkau memerlukan bahawa aku, adikmu, mesti berbicara kepada engkau, ya, dan memberi teladan bagimu?
9 Bagaimanakah mungkin engkau telah tidak menghiraukan firman Tuhan?
10 Bagaimanakah mungkin engkau dapat melupai bahawa engkau telah nampak seorang malaikat Tuhan?
11 Ya, dan bagaimanakah mungkin engkau dapat melupai perkara-perkara besar yang Tuhan telah laksanakan untuk kami, dengan membebaskan kami dari tangan Laban, dan juga bahawa kami telah memperolehi catatan itu?
12 Ya, dan bagaimanakah mungkin engkau dapat melupai bahawa Tuhan boleh melaksanakan segala-galanya mengikut hasratnya, bagi anak-anak manusia, jikalau mereka beriman kepada Dia? Oleh kerana itu, marilah kita beriman kepada Dia.
13 Dan jika kami beriman kepada Dia, kami akan memperolehi negeri yang dijanjikan; dan engkau akan tahu pada suatu tempoh masa depan bahawa firman Tuhan akan digenapi berkenaan penghancuran Yerusalem; kerana segala hal yang Tuhan telah firmankan berkenaan penghancuran Yerusalem pasti digenapi.
14 Kerana lihatlah, Roh Tuhan akan cepat berhenti cuba mempengaruhi mereka; kerana lihatlah, mereka telah menolak para nabi, dan Yeremia telah mereka buang ke dalam penjara. Dan mereka telah berupaya mengambil nyawa bapaku, sehingga mereka telah menghalaukan dia keluar dari negeri.
15 Sekarang lihatlah, aku berkata kepadamu bahawa jika engkau kembali ke Yerusalem, engkau akan binasa dengan mereka. Dan sekarang, jika engkau berupaya memilih, pergilah ke negeri itu dan ingatlah kata-kata yang aku ucapkan kepadamu, iaitu jika engkau pergi, engkau juga akan binasa; kerana demikianlah Roh Tuhan mendesak aku berbicara.
16 Dan terjadilah bahawa apabila aku, Nefi, telah mengucapkan kata-kata ini kepada saudara-saudaraku, mereka marah terhadapku. Dan terjadilah bahawa mereka memegangku, kerana lihatlah, mereka tersangat marah, dan mereka mengikatku dengan tali kerana mereka ingin mengambil nyawaku, agar mereka dapat meninggalkan aku di padang belantara supaya dimakan oleh binatang-binatang buas.
17 Dan terjadilah bahawa aku berdoa kepada Tuhan, mengatakan: Ya Tuhan, menurut imanku kepadaMu, sudikah Engkau melepaskan aku dari tangan saudara-saudaraku; ya, bahkan memberi aku kekuatan agar aku dapat memutuskan ikatan ini dengan mana aku diikat.
18 Dan terjadilah bahawa setelah aku mengucapkan kata-kata ini, lihatlah, ikatan itu dilonggarkan dari tangan dan kakiku, dan aku berdiri di hadapan saudara-saudaraku, dan aku berbicara kepada mereka lagi.
19 Dan terjadilah bahawa mereka marah dengan aku lagi, dan berupaya mengenakan tangan kepadaku; tetapi lihatlah, seorang daripada anak-anak perempuan Ismael, ya, dan juga ibunya, dan seorang daripada anak lelaki Ismael, telah memohon kepada saudara-saudaraku, sehingga mereka telah melunakkan hati mereka; dan mereka berhenti berupaya mengambil nyawaku.
20 Dan terjadilah bahawa mereka bersedih, kerana kejahatan mereka, sehingga mereka membongkok di hadapanku, dan memohon kepadaku agar aku mengampuni mereka bagi perkara itu yang mereka telah lakukan kepadaku.
21 Dan terjadilah bahawa aku dengan tulus ikhlas mengampunkan mereka atas segala yang telah mereka buat, dan aku menggesa mereka agar mereka patut berdoa kepada Tuhan mereka untuk memperolehi pengampunan. Dan terjadilah bahawa mereka berbuat demikian. Dan setelah mereka habis berdoa kepada Tuhan, kami sekali lagi pergi dalam perjalanan kami menunju ke arah khemah bapa kami.
22 Dan terjadilah bahawa mereka sampai ke khemah bapa kami. Dan setelah aku dan saudara-saudaraku dan seluruh keluarga Ismael telah masuk ke khemah bapaku, mereka memberi syukur kepada Tuhan mereka; dan mereka mempersembahkan korban dan persembahan bakaran kepada Dia.