Kitab Suci
3 Nefi 30


Bab 30

Bangsa bukan Israel zaman akhir diperintahkan untuk bertaubat, datang kepada Kristus, dan dihitung di kalangan bani Israel. Kira-kira 34–35 tahun M.

1 Dengarlah, Wahai kamu bangsa bukan Israel, dan dengarlah firman Yesus Kristus, Putera Tuhan yang hidup, yang telah Dia perintahkan kepadaku agar aku harus berbicara tentang kamu, kerana, lihatlah Dia memerintahkanku agar aku harus menulis, mengatakan:

2 Berpalinglah, kamu semua bangsa bukan Israel, dari jalan-jalan kejahatanmu; dan bertaubatlah di atas perbuatan jahatmu, dari dusta dan penipuanmu, dan dari pelacuranmu, dan dari kekejian rahsiamu, dan pemujaan berhalamu, dan dari pembunuhanmu, dan penipuan imammu, dan kedengkianmu, dan persengketaanmu, dan dari segala kejahatan dan kekejianmu, dan datanglah kepada-Ku, dan dibaptiskanlah dalam nama-Ku, agar kamu boleh menerima pengampunan dosa-dosamu, dan dipenuhi dengan Roh Kudus, agar kamu boleh dihitung di antara umat-Ku yang merupakan bani Israel.