Bab 22
Rancangan dibuat bagi orang untuk melepaskan diri daripada perhambaan oleh bangsa Laman—Bangsa Laman dijadikan mabuk—Orang itu melarikan diri, kembali ke Zarahemla, dan menjadi warga raja Mosia. Kira-kira 121–120 tahun S.M.
1 Dan sekarang, terjadilah bahawa Amon dan raja Limhi mula berunding dengan orang bagaimana mereka akan membebaskan diri mereka daripada perhambaan; dan bahkan mereka menyuruh agar semua orang hendaknya berkumpul bersama; dan ini mereka lakukan agar mereka boleh mengetahui suara rakyat berkenaan masalah ini.
2 Dan terjadilah bahawa mereka tidak dapat menemukan cara untuk membebaskan diri mereka daripada perhambaan, kecuali membawa kaum wanita dan anak-anak mereka, dan kawanan domba mereka, dan kawanan ternak mereka, dan khemah-khemah mereka, dan pergi ke padang belantara; kerana bangsa Laman sedemikian banyaknya, tidak mungkin bagi rakyat Limhi untuk melawan mereka, berfikir untuk membebaskan diri mereka daripada perhambaan oleh pedang.
3 Sekarang, terjadilah bahawa Gideon mara ke depan dan berdiri di hadapan raja, dan berkata kepadanya: Sekarang, Wahai raja, kamu telah hingga kini mendengar perkataan-perkataanku berulang kali ketika kita telah berjuang melawan saudara-saudara kita, bangsa Laman.
4 Dan sekarang, Wahai raja, jika kamu tidak mendapati aku sebagai seorang orang suruhan yang tidak menguntungkan, atau jika kamu telah hingga kini mendengarkan perkataan-perkataanku sedikit pun, dan ianya telah berguna bagi kamu, demikian pula aku berhasrat bahawa kamu akan mendengarkan perkataan-perkataanku pada waktu ini, dan aku akan menjadi orang suruhanmu dan membebaskan rakyat ini daripada perhambaan.
5 Dan raja mengabulkan baginya bahawa dia boleh berbicara. Dan Gideon berkata kepadanya:
6 Lihatlah jalan belakang, melalui tembok belakang, di bahagian belakang kota. Bangsa Laman, atau para pengawal bangsa Laman, pada malam hari mabuk; oleh kerana itu marilah kita hantarkan suatu perisytiharan ke kalangan semua rakyat ini agar mereka mengumpulkan bersama kawanan domba dan kawanan ternak mereka, agar mereka boleh menghalaunya ke padang belantara pada malam hari.
7 Dan aku akan pergi menurut perintah kamu dan membayar ufti terakhir wain kepada bangsa Laman, dan mereka akan mabuk; dan kita akan melalui jalan rahsia di sisi kiri perkhemahan mereka ketika mereka mabuk dan tertidur.
8 Demikianlah kita akan pergi bersama kaum wanita dan anak-anak kita, kawanan domba kita, dan kawanan ternak kita ke padang belantara; dan kita akan melakukan perjalanan mengelilingi negeri Silom.
9 Dan terjadilah bahawa raja mendengar perkataan-perkataan Gideon.
10 Dan raja Limhi menyuruh agar rakyatnya hendaknya mengumpulkan kawanan ternak mereka bersama; dan dia menghantar ufti wain kepada bangsa Laman; dan dia juga menghantarkan lebih banyak wain, sebagai hadiah bagi mereka; dan mereka minum dengan sepuasnya wain yang raja Limhi hantarkan kepada mereka.
11 Dan terjadilah bahawa rakyat raja Limhi berangkat pada malam hari ke padang belantara bersama kawanan domba mereka dan kawanan ternak mereka, dan mereka pergi mengelilingi negeri Silom di padang belantara, dan membelokkan laluan mereka ke arah negeri Zarahemla, dipimpin oleh Amon dan saudara-saudaranya.
12 Dan mereka telah membawa semua emas, dan perak mereka, dan benda berharga mereka, yang dapat mereka bawa, dan juga bekalan mereka bersama mereka, ke padang belantara; dan mereka meneruskan perjalanan mereka.
13 Dan setelah berhari-hari di padang belantara mereka tiba di negeri Zarahemla, dan bergabung dengan rakyat Mosia, dan menjadi warganya.
14 Dan terjadilah bahawa Mosia menerima mereka dengan kebahagiaan; dan dia juga menerima catatan-catatan mereka, dan juga catatan-catatan yang telah ditemukan oleh rakyat Limhi.
15 Dan sekarang, terjadilah ketika bangsa Laman telah mendapati bahawa rakyat Limhi telah keluar dari negeri itu pada malam hari, maka mereka menghantarkan sepasukan tentera ke padang belantara untuk mengejar mereka;
16 Dan setelah mereka mengejar mereka selama dua hari, mereka tidak dapat lagi mengikut jejak mereka; oleh kerana itu mereka tersesat di padang belantara.