Bab 25
Keturunan Mulek di Zarahemla menjadi bangsa Nefi—Mereka belajar tentang orang Alma dan orang Zenif—Alma membaptis Limhi dan seluruh rakyatnya—Mosia memberikan Alma wewenang untuk menyusun Gereja Tuhan. Kira-kira 120 tahun S.M.
1 Dan sekarang, raja Mosia menyuruh agar semua rakyat hendaknya dikumpulkan bersama.
2 Sekarang, tidak ada demikian banyak anak-anak Nefi, atau demikian banyak daripada mereka yang adalah keturunan Nefi, seperti adanya orang Zarahemla, yang adalah keturunan Mulek, dan mereka yang datang bersamanya ke padang belantara.
3 Dan tidak ada demikian banyak bangsa Nefi dan orang Zarahemla seperti adanya bangsa Laman; ya, mereka tidak ada sampai setengah banyaknya.
4 Dan sekarang, semua bangsa Nefi berkumpul bersama, dan juga semua orang Zarahemla, dan mereka berkumpul bersama dalam dua kelompok.
5 Dan terjadilah bahawa Mosia membaca, dan menyuruh dibacakan, catatan-catatan Zenif kepada rakyatnya; ya, dia membacakan catatan-catatan tentang orang Zenif, sejak waktu mereka meninggalkan negeri Zarahemla sampai mereka kembali lagi.
6 Dan dia juga membacakan laporan tentang Alma dan saudara-saudaranya, dan segala kesengsaraan mereka, sejak waktu mereka meninggalkan negeri Zarahemla sampai waktu mereka kembali lagi.
7 Dan sekarang, ketika Mosia telah mengakhiri membacakan catatan-catatan itu, rakyatnya yang tinggal di negeri itu terpegun oleh ketakjuban dan kekaguman.
8 Kerana mereka tidak tahu apa yang harus difikirkan; kerana ketika mereka melihat mereka yang telah dibebaskan keluar daripada perhambaan mereka dipenuhi dengan kebahagiaan yang amat besar.
9 Dan lagi, ketika mereka berfikir tentang saudara-saudara mereka yang telah dibunuh oleh bangsa Laman mereka dipenuhi dengan dukacita, dan bahkan mencucurkan banyak air mata dukacita.
10 Dan lagi, ketika mereka berfikir tentang kebaikan Tuhan yang langsung, dan kuasa-Nya dalam membebaskan Alma dan saudara-saudaranya daripada tangan bangsa Laman dan daripada perhambaan, mereka mengangkat suara mereka dan bersyukur kepada Tuhan.
11 Dan lagi, ketika mereka berfikir tentang bangsa Laman, yang adalah saudara-saudara mereka, tentang keadaan mereka yang penuh dosa dan tercemar, mereka dipenuhi dengan rasa sakit dan kepedihan bagi kesejahteraan jiwa mereka.
12 Dan terjadilah bahawa mereka yang adalah anak-anak Amulon dan saudara-saudaranya, yang telah mengambil menjadi isteri para puteri bangsa Laman, tidak senang dengan tingkah laku bapa-bapa mereka, dan mereka tidak mahu lagi dipanggil dengan nama bapa-bapa mereka, oleh kerana itu mereka mengambil ke atas diri mereka nama Nefi, agar mereka boleh dipanggil anak-anak Nefi dan terbilang di kalangan mereka yang dipanggil bangsa Nefi.
13 Dan sekarang, semua orang Zarahemla terbilang bersama bangsa Nefi, dan ini kerana kerajaan tidak pernah dianugerahkan kepada sesiapa pun selain mereka yang adalah keturunan Nefi.
14 Dan sekarang, terjadilah bahawa ketika Mosia telah mengakhiri berbicara dan membaca kepada rakyat, dia berhasrat bahawa Alma hendaknya juga berbicara kepada rakyat.
15 Dan Alma berbicara kepada mereka, ketika mereka berhimpun bersama dalam kelompok-kelompok besar, dan dia pergi dari satu kelompok ke kelompok yang lain, mengkhutbahkan kepada rakyat pertaubatan dan iman kepada Tuhan.
16 Dan dia mendorong rakyat Limhi dan saudara-saudaranya, mereka semua yang telah dibebaskan daripada perhambaan, bahawa mereka hendaknya ingat bahawa Tuhanlah yang telah membebaskan mereka.
17 Dan terjadilah bahawa setelah Alma mengajar rakyat banyak hal, dan telah mengakhiri berbicara kepada mereka, maka raja Limhi berhasrat agar dia boleh dibaptis; dan semua rakyatnya berhasrat agar mereka boleh dibaptis juga.
18 Oleh kerana itu, Alma pergi ke dalam air dan membaptis mereka; ya, dia membaptis mereka menurut cara dia membaptis saudara-saudaranya di Perairan Mormon; ya, dan sebanyak orang yang dia baptis masuk dalam gereja Tuhan; dan ini kerana kepercayaan mereka akan perkataan-perkataan Alma.
19 Dan terjadilah bahawa raja Mosia mengabulkan kepada Alma bahawa dia boleh menyusunkan jemaah-jemaah di seluruh negeri Zarahemla; dan memberinya kuasa untuk mentahbiskan imam dan pengajar atas setiap jemaah.
20 Sekarang, ini dilakukan kerana ada demikian banyak orang sehingga mereka tidak dapat semuanya diawasi oleh seorang pengajar; tidak juga mereka semua dapat mendengar firman Tuhan dalam satu pertemuan;
21 Oleh kerana itu mereka berhimpun bersama dalam kelompok-kelompok berbeza, dipanggil jemaah-jemaah; setiap jemaah memiliki imam-imam mereka dan pengajar-pengajar mereka, dan setiap imam mengkhutbahkan firman menurut seperti yang disampaikan kepadanya oleh mulut Alma.
22 Dan demikianlah, sekalipun ada banyak jemaah, ia semuanya satu gereja, ya, bahkan gereja Tuhan; kerana tidak ada apa pun dikhutbahkan di semua jemaah kecuali ianya adalah pertaubatan dan iman kepada Tuhan.
23 Dan sekarang, ada tujuh jemaah di negeri Zarahemla. Dan terjadilah bahawa barang siapa berhasrat mengambil ke atas diri mereka nama Kristus, atau nama Tuhan, mereka menyertai jemaah Tuhan;
24 Dan mereka dipanggil umat Tuhan. Dan Tuhan mencurahkan Roh-Nya ke atas mereka, dan mereka diberkati, dan menjadi makmur di negeri itu.