Bantuan Pengkajian
17. Penghijrahan ke Barat


17. Penghijrahan ke Barat

foto 17

Permulaan pemindahan Nauvoo, Illinois dirancangkan untuk bulan Mac–April, tetapi kerana ugutan perusuh, Presiden Brigham Young mengarahkan penghijrahan Orang Suci di seberang Sungai Mississippi bermula pada 4 Februari 1846. Presiden Young tinggal untuk melaksanakan anugerahan kepada Orang Suci dan tidak meninggalkan Nauvoo sehingga pertengahan bulan Februari.

Peristiwa Penting: Sebelum kematiannya, Nabi Joseph Smith bernubuat, “Ada di antara kamu akan hidup untuk pergi dan membantu dalam pembinaan tempat tinggal serta perbandaran dan melihat para Orang Suci menjadi orang-orang yang perkasa di tengah-tengah Rocky Mountains.” Hampir 12,000 Orang Suci meninggalkan Nauvoo dari bulan Februari hingga September 1846. Setelah Orang Suci meninggalkan Winter Quarters dan lokasi seterusnya, mereka diorganisasikan ke dalam rombongan sepuluh, lima puluh dan ratus, dibawah seorang pemimpin rombongan (A&P 136:3). Pada September 1846 sekumpulan perusuh kira-kira 800 orang lelaki bersenjata dengan enam meriam mengepung Nauvoo. Selepas beberapa hari bertempur, para Orang Suci yang masih tinggal terpaksa untuk menyerah untuk menyelamatkan diri mereka dan berpeluang untuk menyeberangi sungai ini. Lima hingga enam ratus lelaki, wanita dan kanak-kanak menyeberangi sungai ini dan berkhemah di tepi sungai ini. Presiden Brigham Young menghantar kumpulan-kumpulan penyelamat dengan bekalan untuk memindahkan “para Orang Suci yang miskin.”