Bantuan Pengkajian
5. Sungai Susquehanna


5. Sungai Susquehanna

foto 5

Foto ini menunjukkan Sungai Susquehanna di Perbandaran Harmony, Pennsylvania.

Peristiwa Penting: Joseph Smith Jr. pertama kalinya datang ke Harmony pada 1825 mencari pekerjaan. Dia bersama bapanya tinggal dekat sini di dalam rumah Isaac Hale, dimana Joseph bertemu dengan Emma Hale pada pertama kalinya, iaitu bakal isterinya. (JS—S 1:56–57). Joseph dan Emma dikahwinkan pada 18 Januari 1827. Nabi memperoleh kepingan-kepingan emas pada 22 September 1827, di Manchester, New York, dan tidak lama kemudian berpindah ke Harmony bersama Emma, dimana dia mula menterjemahkan kepingan-kepingan itu. Semasa penterjemahan Kitab Mormon, Joseph dan Oliver Cowdery ingin mengetahui dengan lebih tentang pembaptisan dan berjalan ke suatu tempat dalam hutan dekat sini untuk berdoa kepada Tuhan mengenai hal ini. Sebagai jawapan kepada doa ini, Yohanes Pembaptis menampakkan diri pada 15 Mei 1829 (JS—S 1:66–74; A&P 13). Dia menganugerahkan Imamat Harun ke atas Joseph dan Oliver. Mereka kemudiannya pergi ke sungai dan membaptiskan satu sama lain bagi pengampunan dosa-dosa. Joseph dan Oliver kemudian diarahkan oleh Yohanes Pembaptis untuk mentahbiskan satu sama lain kepada Imamat Harun. Tidak lama selepas itu Petrus, Yakobus dan Yohanes menampakkan diri di antara Harmony dan Colesville dan menganugerahkan Joseph dan Oliver Imamat Melkisedek (A&P 27:12–13; 128:20).